Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, April 8, 2012

#865 Me Vs Karipap-Karipap Cinta

Kelmarin terjah jualan gudang Pacific kat Chai Leng Park. Buang masa. Baju saiz aku takde. Seluar saiz aku takde. Baru nak gali handbag(s), sekali Adam cakap Macam beg Mamatuk kan Mommy?!  Aku gali tempat lain. Ayat sama jugak keluar mulut dia. Semua handbag kelas nenek-nenek aje ke jual kat sini. Tak nak lah! Aku cakap kat dia, cari beg macam Cik Long kat Mommy. -None!

Sambil tunggu encik Jack pilih seluar keje dia, saje mengusya set cadar. Ada yang harga 1k+ after less jadik 200+.  Tapi berbunga rimba sangat. Serabut ah mata. Nak tido kena rilek-rilek. Untuk itu aku perlukan cadar plain. Tapi tempat-tempat macam ni tak dapat lah. Blah je la.
Tadi kat  market Adam dok mintak aku belikan dia stiker keta. Ala stiker main tepek-tepek tu la. Kesian dia minggu ni asyik menerima penderaan fizikal aje dari aku. Malas ar nak citer. Skang ni bilik berita bergerak sangat ramai. Puan Menteri tak payah bukak blog pun buleh tahu citer aku. Free-free kena ceramah keibubapaan kat Puan Menteri.

Dipendekkan citer, harini aku baik hati. Belikan stiker kat dia. He's so happy. Kalaulah dia tahu harga kegembiraan dia cuma bernilai hanya RM1! Hahaha.. Seronok benar dia aku tengok. Kesian, jarang-jarang je aku belikan dia apa-apa. Anak orang lain dapat ipad, anak aku dapat stiker je... Yang penting dia gembira kan. (ofkos la kalu beli ipad dia lagi soooookkkkaaaa). Pegang stiker tuh macam nak show off kat semua orang dia ada something yang orang lain takde. I'm happy that he's happy.

Pegi Tesco, susu Adam ada buat promosi hari ni. Dah la lagi murah, siap dapat free gift lagi. This time dapat plastisin lagi. Aku pulak yang terlebih terkinja. Dulu masa aku kecik-kecik, impian aku nak memiliki set Playdoh tak pernah kesampaian. Berjejesan air liur tengok iklan Playdoh okay! Tapi dulu memang tak mampu nak beli benda-benda tak mengenyangkan ni. Bila tengok Sustagen buat promosi ni, haruslah mata aku bersinar-sinar. Dia tak nak main, biar aku yang main! ;p
Harini Zaraa jangok sikit. Tepung gomak pegi market ngan Tesco melaram pakai gaun. Sayang kat gaun ni sebab dah menunjukkan ciri-ciri nak ketat dah. Baik aku pakaikan aje walau di mana saje acaranya. Oh harini sangat syok sebab balik ni tak perlu rushing masak sebab encik jack nak makan terus kat luar. Kalu balik, nak bersihkan ayam, ikan, pastu prepare nak masak, pastu anak meraung nak tido, pastu anak sorang lagi buat bising sampai anak yang nak tido tu takleh tido, eh pastu kul berapa baru buleh makan nasik? Kelmarin lunch tak masak. Harini pun tak masak. Heavenlah bagi surirumah macam aku.
She's standing!
Sampai je kat umah, cepat-cepat bukak dough set ni. Adam tak mengerti pun, dia sibuk dengan stiker. Bila aku bukak baru terbeliak bijik mata bersorak. Oh hei, banyak jugak items yang terkandung dalam kotak ni. Worth sangat la. Siap bagi pinggan, piring, dulang... Hihi patut anak pompuan yang main ni!
This part yang aku geli hati tak boleh blah ni. Bila tengok encik Jack bikin karipap-karipap cinta. I told you, he's a real expert dalam keje kelim mengelim karipap. Hohohohoho... Karipap huduh sebab Adam dah mixed semua plastisin pelbagai warna sekaligus.
Anyone dare to eat? Tapi comel kan?
Adam gi skolah esok aku nak main lah pulak ;p

9 comments:

jie @ azie said...

doh buleh jale doh zaraa.. cepat sggh ^-^

Blog Diva said...

jie:tu lah.tapi gak behi ngerat nok ddukung sokmo jgk.nok wak kijo pun pyh!

Anonymous said...

hahahhaha best baco cito ni ....cun gilos karipap en jack!Leh buat jual ni! Isi dale sedap mu masok..luar comei en jack kelim! laku la wei kalu en jack jual kat Uitm..ada berani student/staff dio tok sei beli? hahhahaha

baru buleh tgk gambar adam..fb buh retek la pic adam..miss him so much!
-kakak-

rzahira said...

wakakaka...tak sia-sia hjh zainab berjualan karipap bertahun-tahun!

NikNadimah said...

yummmehnyooo karipap cinta encik jack iteww...ms aku kecik2 dlu dey la bli sor set meney playdoh tu pon sbb kami key 3 beradik tino so kami dpt meyakinkan ibu kami utk membelinya...masa tu rego RM30++ tu pon sero mahal ya amat..huhu.

Blog Diva said...

kaklong:hok bsr skali tuh udin oyat seriyal sor. hahahaha. makei sbutir kenye sari.

mah:ceh, biso mok mu beli menei 30 rial nah.aku kecik2 dulu stakat pedei thundercat dgn transformers jah mok pok aku layei. barbie, polly pocket pun xmeraso.

NikNadimah said...

polly pocket dulu aku g main rumoh rashrin haida.mu igt x?time petey b4 koko g makey nasik umh dio...haha dio ado maid..umh dio dkt skoloh jah.hihihi byk meney umoh dio weiii..mugo mokpok loded keh...kironya bilik dio pun mace bilik princess gituuu.

Blog Diva said...

mah:kelah mu buleh saim dgn rashrin. Ore2 gred A jah buleh bergaul dgn dio.aku penoh jgk koya nok polly pocket tuh.tapi hampa ;(

NikNadimah said...

kah3x....gilo.pah mano tahu la saing2 aku spt tg nur zaheran...tu pon sokmo aku g umh dio.bkpo tau la g umh dio aku pun xtau.dio suko saing nge aku kut..dlu aku x ssaing sgt nge mung key..bkpo tahu la mu x sudi.hahahha.