Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, April 15, 2012

#869 Me Vs Kenan

Itchiness. Baru tahu yang Zaraa sebenarnya kenan. Okay aku ibu yang naif. Kelmarin keluar bermesyuarat tingkap dengan jiran Puan Menteri. (aku bersiaran dari komputer baru Puan Menteri harap maklum). Bila aku bagitau kepala Zaraa berkuping dan asyik tergaru sana-sini, makcik makcik jiran pakat spotcheck kepala anak aku ni. Diorang cakap Zaraa kenan. Patut la aku ada rasa dua bijik kat belakang kepala dia. Told encik Jack before, tapi dia cakap alah semua orang pun ada. *dua-dua pun sama tak reti 
Add caption
Makcik-makcik yang ariff cakap Zaraa ni gatal-gatal sebab kenan. Yang berkuping tu 'bunga kenan'. Yang berbijik tu 'butir kenan'. Sungguh kreatif orang-orang lama bagi nama. Patut la dia kegatalan je akhir-akhir ni. Dah mencapai kemuncak la ni. Diorang cakap kalu dibiarkan nanti kepala Zaraa akan bau hanyir. Omo!Omo!

Susah hati dah aku. Kesian dia tau. Tergaru-garu sampai berdarah kulit kepala. Pacik-pacik yang join mesyuarat tingkap terus sepakat pegi cari daun semambu. Terus start motor dalam misi pencarian. Oh terharunya aku. Bestkan dok kat kampung. Kalu kat bandar, jangan harap la. 
Tak sampai 10 minit, daun semambu selamat dalam tangan aku. Diorang suruh rebus daun semambu tu, pastu mandikan Zaraa dengan air tu. Bijik kat belakang kepala tu, diorang suruh gentel dengan air liur basi pagi-pagi. (eeewwww!!!) Maghrib tu aku rebus terus daun ni untuk mandikan Zaraa. 
Tadi pegi buat border pass. Ahad depan ada projek ke Golok. Hehe. This time nak cross cara bermaruah. Kalu cross pakai perahu, takleh nak shopping banyak barang. Malas nak membimbit kan berat-berat. Cross ngan keta syok la buleh borong benda berat-berat. Kakak-kakak ipar, kakah nasi kerabu you nanti ai beli minggu depan ye! Kalu ada jual paprik paste, ai belikan jugak. Harap tak basi la sepanjang dalam courier tu nanti. Aku nak borong air hijau banyak-banyak. *masuk setan dah

Tadi 3 ladies potong rambut ngan Iron Chef. Ambik nombor okay! Start ngan Zaraa, pastu aku, pastu Puan Menteri. Hairdresser terbaek dari ladang! Zaraa dah rambut pendek. Rambut dia ngan rambut Puan Menteri sepesen. Kalu tengok dari belakang, mesti tertukar mana nenek mana cucu *wink Hopefully rambut pendek ni, kuranglah sikit gatal dia tu.

11 comments:

rzahira said...

ok ok...nanti kasik bil ya...

Anonymous said...

zara supo ore dulu2 paka bedak sejuk..hehhehe tgk periuk tu mace nok wi resepi masak2 pulok.
-kakak-

Hasnor said...

mung..gapo penyebab2 kenan tuh?
aku pon x penah tau wehhh..
huhuhu...
pastu gano tu zara? ok dh?
x yoh g klnik ko?

mem fiza said...

mek..yg keruping kat kepala tu ko rajin2 sapu baby oil..bagi lembap sikit..kalau kering kepala rasa gatal..kalau garu sampai berdarah, kang kuman pulak..cuba elak dr keruping tu sampai berair..kang susah nak sembuh tau

*azni* said...

yelah,anak sy dulu pun kenan jugak..kudis kat kepala byk,bau hanyir takyah cakap la..hubby botakkan kepala dia,menangis sy tgk..ayah saya bgtau pagi2 mmg kena gentel bijik kenan dgn ibu kunyit baru dia cepat hilang..alhamdulillah,skg dah ok..

Blog Diva said...

senor:ntah la mung.kebetule anok aku rmbt lebat kot.ko keturune heh? aku pun xtahu.tp kenei nih byk jgk baby keno.nyakit baby kot. kalu org tuo2, nyakit gini home treatment jah. kalu gi klinik pun habih cekak doktor bui ubat sapu gitu jah kot.

madu:aku buh baby oil, make it even worse. makin bertepek ada la daki2 tuh.nak gi cari bomoh kenan la kot.

azni:saya ada dengar jugak guna ibu kunyit tuh.tp x detail cemana nak buat. ingat nak try jugak la. ikhtiar kan...

MiJa said...

zakwan pun ado kenan ni..kejap ada kejap ilang..ma abah aku oyak kenan.. doc oyak eczema.. wallahua'lam..hihihi

mama ct said...

ikut aku..itu eczema mek...kenan...mak aku ada ckp jugak...and gentel air luir tu...erm...takut infection plak mek...hahaha...

utk itu mek...kalau mu x nak botakkan zara...u kena pastikan scalp dia elok x lembab..namti infection n very smelly....

tapi...yg aku rese pelik..muka semua...less likely to be eczema...srlalu di scalp and kaki n joint...so...betulke bukan other type of infection...aku ni dermato kurang fasih sgt...lecture straight 3 jam memang ubat tido aku lah...:-)

Blog Diva said...

ct:joint xde apa. kat kepala je gatal tu. kalu tgk skali, mcm dandruff yg teruk la. memutih mcm snow flakes atas kepala.

kalu thp smelly tu nak treat cane weh?

mem fiza said...

Mek Teh : tak jauh dari masjid sungai seluang, lunas ada nenek yg pandai urut + buat air penawar..kalau sakit2 mengandung pun dia leh urut..nak no tepon mintak kat aku.. bayaran ikut ikhlas hati.

Blog Diva said...

madu:aku kat kb now.