Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, April 2, 2012

#862 Me Vs Sunyi Sudah

Sunyi sudah... Semua ipar duai, mak mertua dah berangkat pulang ke kediaman agam masing-masing. Yes, my in-laws were here. Seronok sangat ramai-ramai tunggang langgang satu rumah. Macam JANUARI umah aku. Januari tu maksudnya gilang gemilang lah. Dulu kat Kelantan birthday sultan Yahya sambut in Januari. Maka sangat terang bergemerlapan la seluruh negeri sempena sambutan keputeraan Sultan. Orang tua-tua akan sebut 'macam JANUARI'... Begitulah ceritanya.

Bila ramai-ramai, semua pun hepi. Makan pun berebut. Ais pun tak cukup. Masuk toilet pun beratur. Hihi. Macam raya pun ada. Suka! Suka! Suka! Hope semua ipar duai selesa la sepanjang berada kat sini. Bab makan-makan memang ai tak pandai masak. Please bear with my low-cooking-skill-food. Jangan serik datang lagi tau! Ai suka ramai-ramai kasi meriah rumah ai yang sentiasa sunyi ni.

Seronok tengok the kiddos main sama-sama. Abang Du dah tak noti dah. Tak pukul-pukul Adam dah. Adam pulak yang jadi samseng kampung dusun. MIL cakap, diorang ni macam ibu ayam la. Sape pangkah dulu, dia la juara bengkeng. *LOL. But true!

Ingatkan MIL nak duk lama sikit lepas diorang balik, rupanya nak balik terus ke Apal. Huk aloh. Sibuk betul nak attend mesyuarat tingkap nampak. Bukan senang nak datang sini. Sekali datang biar la dok lama-lama sikit. Buleh la teman sembang dengan aku kat umah. Puan Zainab, Puan Zainab. Tak pernah tak sibuk.

Entri sebelum ni tu kitorang pegi Penang Bird Park on Saturday. Lepas breakfast nasi kerabu hitam (biru actually, but Kelantanese tend to call it 'hitam'), kitorang ramai-ramai pakat serang taman burung. Dekat je dengan umah aku. Makan cekelat pun tak sempat habis. Nak bawak pegi tempat lain, kitorang pun tak tahu nak bawak mana. Tak sampai pun lagi. Haha.

Masa aku darjah 4 dulu, aku dah pernah pegi Taman Burung tuh. Masihkah kau ingat wahai Mek Ganu? Daku bercelana pendek, T-shirt dan berteropah manakala dikau berbaju kurung di taman burung? Wakakaka... Aku dari kecik lagi bab berfesyen ni out. After 21 years, sampai lagi aku kat situ. Memang berbeza la view aku. View masa umur 10 tahun lain. Ofkos la pegi taman burung is something that has a WOW factor. Nih dah umur XX tahun, ofkos la rasa Okey-okey je. Budak-budak je la eksaited tengok burung. My Adam tu pun bukannya reti nak appreciate hal kebinatangan ni. Kalu bawak pegi car show, seronoklah dia. Tapi sebab jalan ramai-ramai dengan Kiki, Abang Du, Tihani and us, semua orang hepi dalam panas-panas tuh... Ai pun bila dapat tengok dunia luar, hepi lah!!! Gila jakun.

Semua orang sudah balik. Wuuuu~~~ Sedey la pulak. Semua orang tertinggal barang. Hihi. Yay! Ada reason untuk datang sini lagi kan? Next time kita main masak-masak dengan lebih sedap. Ramai-ramai ni memang makan bertambah. Best berebut lauk ni.

MIL aku ni, memang rare punya MIL la dalam dunia. Ada-ada je nak kasi kitorang. Zaraa ada another add on to her bling-bling MIL bagi. Aku dia bagi satu kotak barang Tupperware. Kalu semua MIL dalam dunia macam ni, macam mana Puan Kaunselor nak cari makan jual Tupperware ye tak? Hihi...
Sepanjang sepupu-sepupu ada kat sini baru ni, memang Adam asyik main game je la. Jakun kan baru kenal iPad nih. Mommy dia lagi la jakun! Cikgu kasi homework suruh tulis D-I, maut la nak tunggu dia habis tulis tuh. Time semua orang kat sini memang langsung la tak sentuh buku. Main-main-main je la. Bila semua dah balik, memang terus paksa dia buat homework. Aduyai... Memang sakit jiwa la nak ajar dia tulis. Asyik tanya benda sama je. Kita ajar, suruh dia buat, dia tak reti-reti jugak. Sampai ke malam jugak la semua orang naik darah... Siap lah sampai F. Itupun after menyinga mendidih-didih otak nak make sure dia buat. Time kita bising, dia pegang la pensel. Pantang aku diam, mata pandang ke tv. Tangan terus stop tak bergerak.
Adam dah start selsema. Adik pun nampak macam dah sneezing... Bukan jangkit dengan diorang. Adam dari balik sekolah aritu lagi dok bersin. Time ramai-ramai aku tak sempat nak teringat nak suap ubat kat both kids. Busy kan jadi host ni. Lepas tetamu balik baru giat operasi memberi ubat.

Penat but fun. Please come again ye my dear in-laws. Kalu ada apa-apa yang terkurang, sorry la ye. Specially bab makan. Nanti ai belajar masak sedap-sedap lagi.....

3 comments:

Anonymous said...

hehhe give him time..selama ni duk main je dlm hidup dia..tetiba kena study ..sure tak biasa heheh

adam so cute..nampak budak bijak pakai spek n zaraa mood ngah baik heheh kat tmn burung masam jek..panas kut.
-kakak-

Yours truly said...

hehe ingat lagi pegi sana but i tak ingat siap berbaju kurung? errr???
ingat lagi kita tgk burung hantu yg nama Boy gak! hehehe

Blog Diva said...

ayeen:xingat?nak ai tepek gmbr arkib kita tu kat sini? ;p *wink