Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, April 18, 2012

#871 Me Vs The Two

Balik kampung memang best. I get to eat goreng pisang nangka almost everyday (tipu, belum dapat pun lagi, pisang jenama lain je available) pastu buleh minum air kelapa muda tiap hari jugak. Sampai sakit urat-urat minum air kelapa muda kerap sangat ni. Aku nak kejar peluang yang ada. I don't know why, di negeri lain yang pernah aku duduki, air kelapa muda tidak seenak seperti di bumi makanan mewah ini. Anyone can tell me? This part, Adam shares the same interest like me. Kalu beli air kelapa muda, takleh share dengan dia. Memang habis dua gelas dia sorang pun. And to my surprise, lil Zaraa pun suka bangat jugak. Isi kelapa muda bak hingus tuh srup sruuup sruuup dia hisap. Bagus, selera Kelantan. Laksam pun dia minat jugak membedal. Bagus!

Kat umah Puan Menteri ni, memang aku dengan budak-budak ni je la kat umah sepanjang hari. Puan Menteri ligat ke sana ke mari cung gi cung mari. Usrah la. Kelas mengaji la. Talaqi la. Kuliah ugama la. Tengok orang sakit  la. Orang beranak la. Kenduri la. Sungguh lah busy bertaraf menteri. 

Ditinggalkan di rumah sebesar ini dengan dua orang kanak-kanak yang tak sebulu adalah sangat membulukan aku. Satu keje pun susah nak buat. Tinggal nak basuh pinggan kejap, yang kecik nanges diusik yang besar. Masuk toilet pun kalu tak terdesak sangat kena hold dulu. Umah sendiri yang kecik cinonet tu senang. Nak pegi mana-mana pun dalam umah buleh nampak apa anak buat. Kat umah besar ni, lindung mata sikit, mula la si kecik ni nak nanges. Nak angkut sekali, kat umah ni tak baby friendly. Ada je yang membahayakan dia.

Memang tensi la bila Adam tak pegi sekolah ni. Nak mengajar pun malas. Kita ajar benda lain, dia dok cakap pasal keta-keta-keta jugak. Sudahnya dok kacau adik la keje seharian. Adik nak main toys dia, tak boleh. Mana yang adik capai, yang tu la direntapnya. Padahal kalu adik tak ambik, dia tak main pun. Skang ni memang selamba kasi bedal aje dengan belt. Kalu pukul, buat sakit tangan aku je. Mesej tak jugak sampai. Berdenyut-denyut tangan, dia macam tu jugak. Skang ni dia takut la bila aku tunjuk belt. Cakap elok-elok kalu tak nak dengar, aku libas aje. Time masuk setan tu memang membidas lah. 

Kelmarin aku bagitau kebimbangan aku pasal Adam tak nak menulis tu kat pakar psikologi tu. Dia just cakap, it's okay sebab Adam baru 5 tahun. Baru start sekolah pun tahun ni. Pelik. Mungkin sebab aku dah terbiasa dengan kisah ct homeschool anak-anak dia 3-4 tahun pun dah buleh tulis kira baca. Aku tak rasa 5 tahun tak boleh menulis adalah sesuatu yang normal. Higher expectation maybe?

Zaraa skang ni dah laju berdiri rebah. Mencangkung pun terer dah. Kalu tengok saiz body dia, memang tak seswai la dia dah boleh berjalan. Tiny, but walkable.  Haha. Perkataan tak wujud. Lucu pulak bila tengok budak kecik tapi boleh berjalan dah ni. Lambat la besar macam kak Semek dia. Skang ni kalu pimpin tangan dia berdiri dan berjalan, dia yang tarik tangan aku. Betapa eksyennya.

Lil Zaraa skang ni makin banyak membebel. Kat klinik kelmarin, satu klinik buleh dengar dia growling. Tuan kecik, mata besar, suara kuat. 

Semenjak encik Jack takde ni, aku tak guna pun puting Zaraa tu. Kira nekad jugak la ni nak stop pacifier dia. Nak kata addicted tu tak jugak. Dia just hisap puting time nak tido je. Bila dah lena, puting tu akan tanggal sendiri. Memang chaos jugak la. Aku nak stop puting tu sebab aku perasan dia dah depend kat benda tu.  (dia dah pandai buh kat mulut sendiri dah) Takut molot muncung macam Adam pun ye. So now memang huru hara jugak la nak tidokan dia. Breastfeeding can solve this problem. Setakat nak bagi tido tak jadi masalah. Tapi bila tersedar, memang dia tak nak tido dah la. Kalu ada pacifier, bila dia tersedar aku sumbat je pacifier tu InsyaAllah dia tido balik. La ni, memang tido kejap je la. Dah la anak aku ni jenis tido tak lena. Kejap-kejap terjaga. Nak tengok dia tido direct 2 jam tu, memang nan ado la.

Kot-kot mana pun memang aku dah kena stop pacifier ni. Adam dulu umur 3-4 bulan dah berjaya stop. Kesian dia, aku tarik nikmat dunia dia. Kalu dibiarkan, makin lama, makin dia besar, makin dia pandai, makin la susah nak ceraikan pacifier tu kan. Sila kasi moral sapot beramai-ramai kat saya. 

Terima kasih.

2 comments:

mommyNadia said...

anak nadia pun semua sumbat puting..harus..
tapi before 1 year dah stop,sendiri takmo..
Ryan ni selalu bawak bekal puting kat nursery, diorang tak boleh hidup tanpa puting Ryan kut..tapi lama dah ni nmpk dah macam tak terusik,smlm langsung hilang ke mana..hish!!..Ryan tak cooperate lah tu..hahaha..

ciyok teh before terlambat..

Blog Diva said...

nadia:tu lah.sbb takut terlambat sbb tu la gohek jugak ni haha.tp memang susah la awal2 ni. bukan takat dia je dependen kat pacifier tuh, rasanya ngan kita2 skali dah terbergantung kat puting tu.maklum la, ada puting tu senang sikit kan nak tinggal lama2 dia tido.