Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, May 9, 2012

#883 Me Vs WW

Tapi nak mengarang jugak! ;p Ni bunga nama apa entah. Baru start berbunga. Masa mula-mula tanam, encik Jack ala-ala tak berminat. Sekali bila berbunga, terus dia suggest aku belikan planter banyak-banyak tanam kat balkoni atas. Woho. Pokok ni start blooming masa birthday Adam aritu. Patah riuk pun masa harijadi dia lah. Nak marah  pun, dah birthday dia. Huk aloh. Takpe la, terkepak sikit je. Belum tanggal lagi. Esoknya, tunjuk kat encik Jack, encik Jack belek -putus terus. Apa lah tangan lelaki ni. Pegang bunga memang failed. *apatah lagi nak seprais-sepraiskan bunga kat bini huhu
Encik Jack pegi Langkawi baru ni beli banyak coklat, Tefal dan sudu garfu. Ini antaranya. I have a crush on Whittaker's. Tapi yang selalu aku makan yang kaler merah-with almond inside. Yang ni plain chocolate only. Encik Jack cakap dia sengaja beli yang plain sebab tak suka ada kacang-kacang inside. Sungguh la bertentangan minat kami berdua. *we complete each other. Disebabkan 'we complete each other' tu la, cekelat ni abadi dalam peti tak habis-habis. Kalu beli my favourite kaler merah tu, agaknya dah tinggal separuh. Aku bukanlah peminat kacang yang suka munch-munch kacang depan tv. Just suka kacang dalam coklat bar sebab appearance kacang tu akan overshadow rasa oversweet tuh. Benda manis tersangat ni aku kurang suka. *sebab diri dah sedia manis siot.
Ini tadi sebelum pegi sekolah. Hari Rabu Adam ada PJ. Aku kompius sebenarnya. Kata minggu ni test week kan. Nak kena pakai baju sekolah ke, pakai baju PJ? Karang kalu pakaikan baju sekolah, orang lain pakai baju PJ. Begitu juga sebaliknya. Nasib baik tadi aku ambik keputusan yang betul. Seminggu dua ni tiap kali nak pegi sekolah selalu berjujuran air mata. Balik sekolah berseri-seri pulak. Setaman buleh dengar dia bagi salam. Assalamualaikom,  assalamualaikom Mommy!
Dead phone line. Jari halus kat umah ni memang pantang tak tarik line telefon kalu nampak. Sape nak bergayut free sila sms dahulu. Encik Jack dah ugut nak beli konsol table or something decent nak letak telefon ngan modem so that lil Zaraa tak boleh tarik-tarik sesuka hati.
Bila ada anak kecik ni, memang sangat susah la nak maintain kekemasan dan kebersihan rumah. Patutlah aku skang ni 9pm pun dah rasa macam nak flat out dah. Zaraa skang ni dah boleh lawan berekspresi dengan kita. Dah pandai 'menjawab'. Adam marah dia, dia lawan balik. Adam jerit kat dia, she'll shout back. Bila aku gelakkan dia, dia akan membuat huduh sampai tercongek hidung. My life is wonderful. Bab dua budak ni bergaduh berebut apa-apa pun tak kurang wonderfulnya juga. Zaraa sangat pantang nampak botol Adam. Suka benar botol orang. Senang nak grip kot.
Having kids in the house might be a challenge for the uphostered furniture lover like me. Adam selalu balik sekolah dengan kaki hitam legam main apakah aku pun tatau. Suka benar la lompat-lompat atas sofa. Yang kecik pulak, makanan selalu ada kat tangan. Kalu sayangkan sofa, kena selimut macam kat atas la. Ada orang cakap, sayang la beli sofa santek-santek tapi tudung dengan kain. Hehe. Sebab sayang la aku tudung! Nak-nak pulak yang tak washable ni... Memang takleh lari dah kalu ada anak kecik dan still nak pakai perabot fabrik.. Pendapat aku lah.
Stor kah? Atau dapur kah? Atau play room kah? Dapur. Terpaksa la bertema taman hiburan. Kalu tak, memang serabut nak masak dengan budak suka memerap ni. Tu pun, kekadang dia tak berapa nak heran jugak dengan benda-benda ni. Cap dukung jugak yang dia nak. Huk aloh.
Crumbs. Be it cookie crumbs or bread crumbs, tiap-tiap hari kena sapu. Nak bagi dia ralit kekadang kena umpan benda-benda ni. Ralit sangat sampai kadang-kadang dia hilang dari pandangan. Nak cari dia senang je, ikut je crumb trails. Hahahaha. Betul ni. Ikut je jejak cebisan makanan dia, sure jumpa cari dia. Memang tak menghampakan. Mek ni kekadang eksaited pegang makanan bukan nak makan sangat. Nak buat sepah ada la. Time marathon Nora Elena, haruslah aku biarkan lantai berupa camni...
Stiker. Adam tengah gila stiker skang ni. Yang ni Puan Menteri belikan dia. Fridge la jadi mangsa tepekan. Apa-apa je benda or kertas yang buleh melekat, semua tepek kat peti. Kalu tak kat peti, kat kabinet tv. Mommy layan je la. Datang si adik dengan jari halus dia, korek-korek-korek. Pastu si abang bertempik, si adik balas jerit. Balas-balas-balas-mommy datang masuk campur.Pastu esok datang tepek lagi. and the same story goes again.
Bila anak lapar tapi mak baru nak masak. Umpan dia dulu dengan apa-apa yang buleh munch-munch. Sementara kan. Disamping bagi dia ralit tak memerap sikit, kenyang pun kenyang. Kenyang la jugak kejap kan.
Adalah guilty bagi anak makan makanan jatuh ke lantai pastu kutip masuk mulut. Exceptional kalu lantai baru mop semalam ;p
Sudah pandai suap makan sendiri. Benda kecik, besar semua boleh. Plastisin pun selamat telan baru ni. Sikit je. Mommy sempat korek sikit je. Sikit lagi dah selamat telan. Eh tapi gambar atas ni dia makan biskut ikan tu. Biskut memori kat tadika dulu-dulu cicah air teh o panas.
Time busy, method apa pun sanggup buat asal anak tak kacau. Bila setel memasak aiseh, banyak la pulak keje nak kena cover. Semalam je baru mop. Ada anak kecik jangan berangan la buleh mop lantai seminggu sekali.
Kalu bagi biskut kat anak tabur cenggitu je atas lantai rasa macam ibu yang hamla pulak. Tapi bubuh dalam mangkuk pink santek-santek (tengs aunty nik aida diana) ni  pun, last-last ke lantai jugak duduknya.Apa pun, aku sangat terkejut jugak setel masak tadi, toleh-toleh tengok crumbs aje yang ada atas lantai. Mostly dia makan la.... Hihi...

Sekian a day in a housewife life.

2 comments:

niSamiR said...

Fridge aku masih kosong utk whittakes itew..n fyi..fyi kauuu hahahaha..aku mmg menggila yg plain!hah

Blog Diva said...

nisa:kalu mu mari umoh aku, aku jamu doh!