Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, May 15, 2012

#885 Me Vs Once Upon A Mobile Phone

Meh citer pasal henpon. Gambar aku tiadakan untuk mengurangkan impak keji.

Cer citer, uols start pakai henpon sejak tahun bila? Henpon pertamaku adalah pada tahun 1999. Masa tu aku buat matrik kat KYPM Bangi. Mula-mula masuk memang takde henpon pun. Agaknya sem kedua baru aku guna kot. Entah, tak berapa nak ingat pulak. Time tu, Motorola ketekebal tengah hit. Nak caj, kena bogelkan beteri. Juga boleh digunakan sebagai pemberat kertas. Hoho. Tapi aku tak pakai Motorola pun.

Time tu, dalam satu kuliah, ada jarang-jarang orang je yang guna henpon. Sape yang ada tu, memang mangsa la. Member yang takde phone akan tumpang nombor dia untuk kasi kat mak bapak kat kampung serta boipren dan kekasih gelap untuk call time rindu-rinduan mahupun emergency. Tumpang untuk call in aje tau. Time tu simkad masuk sekeping besar camtu je dalam phone. Hoho. Tak nak ingatlah. Tapi ingat lagi dulu-dulu, kalu nak beli henpon, kena make sure ia single band or dual band. Kahkahkah. Then, function macam mana. Ada line ke tak tempat nak guna tu. Aku pernah tersuka kat Phillips Savvy... Wooot! Nama-nama henpon yang glemer ketika itu yang masih ingat - Startek, T10, Banana phone, Twist, Atur. Ada lagi yang aku tertinggal?


Berbekalkan sifat dengki apa orang ada aku pun nak ***time tu la, muda kan ikut nafsu aku pun ugut la lelaki terhangat di pasaran suruh belikan aku henpon. Maka belilah dia henpon kat aku sebijik. Nak save kononnya, beli je yang second hand kat aku. Cap Ericsson gitu. Ada antena secoet. Panjang sejengkal. Kalu bubuh dalam beg galas, bunyi jatuh dia tu 'bedebum' gitu. Haha beratnya la hai. Dulu henpon buh dalam beg okeh. Sebab time matrik pakai uniform sekolah lagi. Kalu buh dalam poket, aku takleh imaginelah impak pemberat dia tu.

Disebabkan sangat nak save belikan anak henpon second hand, maka kualiti pun adalah second hand jugaklah. Call in dengar ringing je, bila answer, tak dengar suara caller. Nak call out pun tak boleh. Alahai... Susahnya nak bergaya macam anak orang kaya ni. Lepas banyak kali tak tahan telinga dengar aku bebel komplen henpon adalah kodi, maka Lelaki Terhangat Di Pasaran suruh aku poskan aje henpon tu kat dia. Ala-ala money back guaranteed la gitu.

Tak lama lepas tu, Lelaki Terhangat Di Pasaran ganti henpon baru kat aku. Ericsson T10. Meletops dah tu bagi aku. Walaupun prepaid TM Touch sekali send 30 sen, aku tetap bahagia berhenpon. Kahkahkah. Nak bergayut pun tak perlu tumpang henpon member lagi. So cool ait? Walaupun text message tu masuk satu line-satu line yang hanya boleh dibaca dari kiri ke kanan aje, sms tetap laju. Wuuuuhu! *Gilos. Time ni public phone masih hot penggunaannya. Masih queue panjang lagi. Guna henpon untuk sms aje. Call mahal. Nak bijak lagi, guna Ring Ring Card. Ko pernah guna?

T10 rosak, which takes a year or two jugak, then aku beli Sagem something. Nombor model tak ingat. Tapi aku ingat bentuk dia. Macam biskut ikan. Hahaha. Time tu dah first year kat USM. Sagem ni bestlah ketika itu. Sebab bentuk dia senang nak grip. Kecik pun kecik. Ringan pun ringan. Hepi lah! Satu lagi yang aku ingat pasal henpon Sagem ni, bila sms masuk, ada lampu indicator merah menyala. So, dalam gelap, dalam cerah pun tak payah nak unlock to check ada sms ke tak. Sungguh mudah. *ayat iklan prabayar

Then tak ingat what happen to that Sagem, aku pakai Nokia 3210. Tri-tu-ten. Ewah. Ketika itu start zaman kegemilangan Nokia la. Konon-konon henpon first yang takde antena la kan. Ye ke? Lama jugak pakai henpon orang nak buang ni. Skrin rosak pun, hantar repair taruk blue light. Hahaha.. Wiken, pegi Bukit Jambul mesti usya cover. Poyo kan zaman dulu suka tukar-tukar cover. Sekejap biru. Sekejap merah. Suka hati je. Pulak tu macam masing-masing nak show off sape cover paling pelik. Geli pulak sekali ingat.

Musim pakai henpon second hand lagi bagi aku. Lepas bagi balik 3210 tu kat tuan dia, aku beli Nokia 7250i dengan abang angkat aku. Peh, henpon poliponik dan coloured screen pertamaku. Time tu dah final year. Aku beli henpon 'canggih' ni dengan harga 750 (matawang dirahsiakan), separuh harga dari harga asalnya. Abang angkat aku ni suka tukar-tukar phone. Pakai tak sampai 3 bulan, tukar. Bajet kaya agaknya. Dengki lagi.Time pakai henpon ni memang rasa king la. Dalam family aku, kira aku la yang paling canggih skali. Ketika itu lah. Time ranking tengah meletops.


Aku pakai Nokia 7250i tu sampai la Adam umur berapa tahun tak ingat lak. Itu pun sebab skrin blackout. Dah pernah repair, malas pulak nak hantar untuk kali kedua. Not worth dah kan. Pastu Puan Menteri ada bagi henpon canggih yang dia beli kat China. Borong macam empat seringgit gitu. Geng pencen pakat beli pat bijik sorang. Aku takde hal sangat henpon China ni. Btw, buleh tengok TV pakai henpon tu. Touch skrin.   Tapi kamera tak best. Masalah utamanya adalah charger mudah rosak. Charger ganti susah nak cari  kat sini.

Pakai henpon China ni tak lama. Sebab charger rosak, Encik Jack belikan henpon Sony Ericsson W660i kat aku. Sangat-sangat appreciate dapat henpon tu. Selaku kamerawoman amatur yang aktif mengambil gambar, that piece came handy to me. Sangat best. Function pun sangat menepati apa yang aku inginkan. Tapi disebabkan tragedi itu, jodoh aku dengannya tak panjang. Berkubur.

Encik Jack dengan baik hati gantikan Sony Ericsson C901 kat aku. Guna ni sampai la skang. Orang lain kiri kanan dah lama bertukar ke smartphone. Tapi aku masih lagi guna telefon konservatif ni. Hoi, kekadang kalu dalam ramai-ramai, tetiba henpon berbunyi, malu ya amat la weh nak jawab. Orang lain dengan henpon sejengkal, aku jugak la dok guna henpon jaman batu ni. Oh yes, dalam jaman serba canggih ni henpon aku dah jatuh kelas jaman batu dah hoi. Sad.

Encik Jack sendiri dah berhijrah ke Galaxy Note. Phone lama dah menunjukkan ciri-ciri pereputan dan penuaan. Tinggal lah aku sorang-sorang dok pakai henpon cara lama ni. Tiap kali henpon bunyi, rasa macam aku sorang je dok guna telefon macam public phone ni. Macam, alahai ketinggalannya telefon aku. Wakakaka... Encik Jack ada tanya aku nak upgrade ke smart phone jugak ke tak. Not sure. *Dalam hati ada taman Tapi, rasa segan pulak kalu orang tengok. Like, Uh uh uh...koyaganah la tu. Surirumah buat la cara surirumah. Ahahaha.. Pulak dah. Nak tapi malu tapi nak.

Ada smartphone ni cabaran jugak bagi aku. Kang makin bergelandangan budak dua beradik ni. Bila dah ada ofkos la tempting kan nak surf itu ini. Tengok orang ada, teringin jugak nak.

Tapi tapi tapi.....

______________________________

Kepada exMJSCPC yang mengenali Era Mayuza jika ada kelapangan, silalah visit blog beliau. Kesian aku kat dia. Desperate sangat-sangat nak cari penawar kat anak dia. Paham sangatlah bila kita sendiri ni jadi ibu, memang tak sanggup tengok anak sakit. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai penawar tersebut, buleh la kontek beliau directly. Share-share la yea...

1 comment:

mommynadia said...

baru tahu era ada blog.sian anak dia. Nadia tgh struggle Ryan baru start eczema. Start product baru. Nanti free ambe comment kat log dia. Kena bersyukur,kita ingat baby kita terok dah, ada lagik yg lagik sian.KEna bersyukur!