Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, May 5, 2012

#881 Me Vs The Bad Rashes

Nak nanges rasa. I made a terrible mistake. Baru ni entah macam mana tersalah beli Huggies kat Zaraa. Sedangkan aku dah sedia maklum what will happen if she wear it. Masa beli tu encik Jack dah tanya aku. Tapi entah apa lah dalam fikiran aku time tu, tengok plastik Huggies dok nampak plastik Drypers. Sama-sama biru kan. Macam mana lah buleh kompius. Bila balik umah baru sedar. Waaaaaaa~~~~

Nak tak nak, pakaikan jugak la. Rashes dia tu on off. Nasib tak baik, jadi. Nasib baik, tak jadi. Nak jadi citer, sehari dua lepas dia asyik kareb. Kelmarin saje, ada la 7,8 kali kot kareb. This is not good. Anak aku ni kalu kareb lebih 3 kali sehari atau kareb kerap dalam jangka masa terdekat, memang naik rashes la. Dah nak jadi citer nasib tak baik kelmarin, merah menyala la dalam pampers depan belakang tu.

Sebelum ni dah biasa merah-merah nappy rash. Tapi Zaraa maintain aktif macam biasa. Kira tak teruk sangat la. Kelmarin time start petang dah nampak dia semacam je. Tiap kali kareb, nak basuh bontot tu asyik nanges gelepar-gelepar aje. Kena air nanges. Bukak pampers nanges. Sebelum tu try buh calamine lotion, lagi la meraung dia pedih sampai ketar-ketar. Aku sendiri rasa nak pitam tak tau nak buat cane. Dia tak nak didudukkan. Dukung pun dia sakit. Berdiri pun tak kena jugak. Aku paham la kalu melecet kat situ rasa macam mana. Nak-nak dia tu baby lagi.

Call semua kawan-kawan yang ada background medic nak tanya pendapat, tapi kebetulan agaknya semua tak available. Panik ok. Anak guling-guling nanges sakit. Aku tak tau nak buat apa. Encik Jack tak nak masuk campur sebab konon salah aku kan setuju ambik Huggies. *sigh Terkapai-kapai lah aku menenangkan Zaraa yang kesakitan. *tak baek tau

Last-last call Puan Menteri. Dia suruh aku apply linokin kat bawah ni dulu sebelum sapu calamine lotion. Aku pun tak terpikir pulak. Linokin ni dapat masa bawak Adam pegi kat Kecemasan HUSM haritu la. Doktor sana kasi untuk sapu kat bontot Adam. Benda ni kasi efek bius gitu la. Suppose tak sakit la dia. Berdebar la jugak aku nak buat tu. Takut dia makin menggelepar sakit je.
Semalam terpaksa la suruh encik Jack keluar pegi Tesco cari Drypers kat Zaraa. Dah jadi camni takkan nak tunggu lagi. Harini pulak Encik Jack kena pegi Shah Alam balik hari. Takde masa dah. Elok encik Jack balik dari Tesco, Zaraa kareb lagi untuk kesekian kalinya. Perfect timing la.

Kesian dia, macam trauma tiap kali bukak pampers. I tried to be as gentle as I could. Bukak je pampers, terus terkencing. Agaknya dia tahan nak kencing dalam pampers sebab takut sakit. Sian anak aku ni. Macam-macam dugaan. Lepas lap kering-kering, berdebar giler nak bubuh linokin tu. Tapi kalu tak buat, bila nak sembuh. Makin worse ada la. Telan liur, bismillah, pejam mata terus sapu. Huhuhu... Nanges jugak dia... Pejam mata lagi, telan liur lagi, bismillah lagi, tiup-tiup sampai kering then bubuh calamine lotion pulak. Pecah hati tengok dia kesakitan. Kalu buleh tukar tempat, aku sanggup!

Banyak-banyak minit lepas sapu 2 ubat tuh, baru la buleh bangun Zaraa. Kalu tak, tak tahu nak letak dia macam mana. Serba sakit. Nak baringkan pun dia tak nak. Lepas sejam barulah buleh bangun jalan-jalan, main-main macam biasa. Tu pun kalu tersilap landing bontot, nanges jugak sakit. Tapi kira ok sangat lah dia dah buleh bangun. Huhu baru tahu macam mana seksanya bila anak nappy rash teruk ni. Time Adam kecik dulu tak pernah face this problem.

Pagi ni neves aku nak bukak nappy dia pagi tadi. Tertanya-tanya jugak cane progress rash dia tu. Merah jugak. Tapi bila basuh, dia dah tak nanges. Bubuh ubat pun dia tak nanges dah. Tak sakit dah kot. Fuuh lega. Alhamdulillah.. Sudah getting better. Tak sanggup dah nak tengok dia sakit-sakit lagi. Sebab aku, dia yang tanggung sakit. Susah jugak jadi mak orang ni. No room for mistake. Bapak orang aje buleh silap. *LOL
Satu lagi yang aku perasan cik mek ni, rambut dia makin banyak gugur. Kalu gugur sekata takpe jugak. Ni, kat depan lebat, tang pusar tu gondol. Sungguh Betty La Fea. Memang budak akan luruh rambut ke dalam proses pembesaran? Is it bad? * stres banyak masalah kot sebab tu rambut gugur Hairclips yang Bos IBM bagi sebekas tu pun dah takleh nak pakai. Asyik slipping aje. Tunggu rambut panjang lah.

Adam pulak kelmarin encik Jack kutip kat sekolah, cikgu cakap minggu depan ada exam. (..........) Tatau nak cakap apa. Sebab tatau nak harapkan apa dari dia.... Entahlah... Kita sama-sama tunggu dan lihat je lah.

No comments: