Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, May 4, 2012

#880 Me Vs The Special Dinner

Semalam tak pegi pun mekdi. Encik Jack bawak pegi Pizza. Masuk Sunway Carnival Mall tuh berbelah bagi bila tengok Burger King, Pizza ngan Subway. *gulp Bila tanya birthday boy, dia jawab nak pizza. Masuk pizza je la. Bersungguh kitorang order benda-benda yang berpotensi menggugat selera dia. Dia makan semulut je. Semalam kitorang order Meal 3, Hut's Platter, Salad, Berry Smoothies, Citrus Passion Smoothies. Air dia minum la. Tu pun aku spelek smoothies tu as slurpee. Baru dia minum. 
Villain of the night.
Keluar dinner semalam memang dengan perut kosong cadang nak makan ala barbaric kat sana. Memang lapar tahap cipan lah. Adam pun, time tengah tunggu order sampai tu asyik dok kata nak makan pizza la, lapar la, itu la, ini la. Bila yang diorder sampai, tak makan pun. Jamah itu sikit, letak. Jamah ini sikit, tinggal. Asyik minum coke aje la. Huk aloh. Tak berbaloi nak celebrate dengan budak ni. Baik bawak pegi mekdi aje. Itu je dia reti appreciate. Tahun depan celebrate makan nasik kat umah je lah.
Cik Mek ni pulak, potong stim aku nak makan. Serabut aje. Buh dalam highchair asyik menggelepar tak nak duduk. Dia ni ikut mood jugak. Time ok, kita tabur makanan buat umpan, memang diam la dia dalam tu. Malam ni, memang disaster. Kucar-kacir. Tangan tu kejap nak capai gelas, garpu, pinggan mangkuk atas meja. Dari yang lapar berkeriut perut, terus jadi takde mood nak makan. Aiseh! Ni malas nak makan kat luar dengan budak-budak ni. Kalu ada sedara-mara yang buleh diharap dekat-dekat ni, memang aku tinggal dah budak kecik ni. Pfffttt!!! Tensi lah malam tadi.
Birthday boy ni, bila makanan sampai asyik duduk bangun atas kerusi buat macam kat umah pulak. Jenuh dok suruh dia behave. Macam-macam alasan dia bagi. Nak pegi situ la, sini la. Adoi la... Terasa macam orang ulu anak sploh aje lah! Nak kawal yang tu yang ni yang situ yang sinun.... Tobatlah aku serabut keluar macam ni!
Sebelum semua kanak-kanak riang beraksi, semua makanan kelihatan sangat tempting. Bila dah berserabut, terus tekak rasa tercekik nak makan. Sudahnya, bungkus je la benda ketul-ketul bawak balik. Yang berair aje kitorang habiskan. *dengan penuh serabut tangan kiri kanan dok kawal budak-budak. Belum citer suara Wan Zaraa membebel, bertempik, growling kuat-kuat. Habis orang pandang. Nasib baik la comei kan.
Masa tunggu abang pizza tapaukan makanan tuh, Adam ajak pegi makan burger pulak at Burger King. Hekeleh.... Bukannya makan pon!
Keluar dari Pizza Hut tuh nampak keta-keta mewah ready untuk disewa pandu. Biasanya kitorang tak layan pun kalu Adam mintak nak naik. Tapi malam tadi kasi chan la kat dia on his special day kan. RM3 for 5 minutes ride. Layan je lah. Dah dapat tu bereslah dia.
Ingatkan bergerak sebab dia drive sendiri. Rupanya pakai remote control. Huk aloh. Berunsur penipuan rupanya. Sambil tunggu Adam main keta ni, akak jaga keta ni mintak nak dukung Zaraa. Encik Jack pandang-pandang je. Maklum la, 2 thousand dollar baby kan!
Laki yang baik akan bawak handbag bini.
Habis main keta, dapat belon free. Macam lah anak aku appreciate benda bulat-bulat ni. Oh hei, Sunway Carnival ada sale barang-barang for bedding. Aku tengok semalam cadar 800 thread counts normal price 1000+  jadi after less tak sampai 200. *pengsan Gedik gila nak beli. Tapi kesian pulak kat encik Jack. Buleh je gores kad kredit. Tapi tak sampai hati nak mencalar imej isteri mithali aku ni. Nasib baik tido semalam tak mimpi-mimpi cadar mewah plain tu.

Semalam melilau jugak cari bed skirt. Tapi promoter cakap skirtings ada kat dalam. Sale tu depa lambak kat foyer. Malas la pulak nak masuk Parkson, lenguh dukung semek ni yang sekejap pusing sana, kejap pusing sini melawan daya kita. Sales boy pun sibuk mintak nak dukung Zaraa. Hoho... Aku tak berapa nak bagi. Tapi nak cakap tak buleh tak sampai hati kan. Nasib baik Zaraa jual mahal semalam. Selamat. Tu pun encik Jack jeling-jeling. Orang sembarangan takleh dukung budak kecik ni.
Baju Aunty Mah kasi.
Balik umah, encik Jack keluarkan satu keta hotwheels dari kotak yang 20 bijik tu kasi kat dia. Bersinar la mata dia tengok! Hahaha cheapskate. Alah dia pun tahu keta tu Ayah Su yang beli sekotak tu. Kira birthday gift la tu. Kehkehkeh.

1 comment:

Anonymous said...

teh.jgn biar yr perut kosong.. Take care of yrself coz u r super VIP thr.
-kakak-