Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, June 5, 2012

#887 Me Vs Susahnya

Balik dari wedding anak sepupu aku minggu lepas kat KB, semua penduduk di rumah ini tak sihat. Everyone is down with flu. Adam and Zaraa ada extra, demam. Kalu kata aku tak seronok nak bergathering ramai-ramai, nampak macam antisosial pulak. At least not until my kids are grown. Susahnya bila anak kecil tak sihat tau! Nak-nak pulak, kalu jenis yang lambat baik macam anak-anak aku ni. Tapi nak buat macam mana. Takkan semata-mata tengok anak orang hidung berhingus tetiba je aku nak tarik diri kan. Buat-buat tak nampak je lah. Pastu bila betul-betul kena, baru menyumpah dalam hati. Kan?! Macam tu lah bila ada anak kecik. Memang takleh lari dah. Nak-nak kalu duduk dalam komuniti yang tak concern sangat pasal health problem ni. Motif, kalu sakit ubat kan ada.
Zaraa dengan jamban bundle nya.
Cuti sekolah aku buat apa? Mengawal diri dari menjadi kaki pukul yang ditakuti. Hari-hari adalah menguji kesabaran. Mahu online pun sudah tiada ketenangan seperti selalu. Masa lapang adalah sangat banyak. Tapi kesempatan tidak ada. Masing-masing sangat expert untuk buat aku panas punggung nak berlama-lama di depan lappy ini. *hoho zaman skang ni mahu sebut laptop je pun dah rasa macam guna alat zaman batu. Semua orang online guna ipad, smart phones, android (eh ke menatang apa android ni) etc. Aku je masih di takuk lama online guna laptop. Malunya.

Zaraa semenjak ada gigi ni makin la tak nak makan. Makin kurus dan makin kurang cute dah aku tengok. Makan serba sikit. Adult food yang merepek-repek tu dia suka lah. Susu pun minum main-main. Huh, semua pun nak ikut stail aku. Takde ke sorang nak ikut kuat makan macam encik Jack? Nampak gaya memang takde la anak aku yang bertubuh kepal-kepal. Tengok anak orang montel-montel nampak terletak je pakai apa pun. Semua yang jumpa Zaraa kat wedding aritu cakap Zaraa lain dalam fb. Kat fb nampak besar padahal kat luar inperson kecik je tuannya. Kata-kata yang mematahkan hati aku. *Tak nak makan sudah lah.
Suka Oreo budak ni.
Balik dari wedding aritu, Zaraa dah pandai kenyit mata. Pastu buat muka inesen tak mengaku. Kat KL aritu dia dah pandai tunjuk guna jari telunjuk. Terkejut jugak tetiba tunjuk bakat terpendam ni. Now dah faham kalu orang sebut 'tepuk tangan' cepat-cepat dia tepuk. Dah pandai bye-bye orang. Dah pandai tepuk mulut ala-ala red indian buat. Tido adalah sangat susah skang ni. Ditambah pulak Adam tak sekolah cuti ni, lagi la buat aku membara-bara nak marahkan dia. Susah betul nak tumbangkan anak perempuan aku ni. Dia nak tido sambil dukung pulak dah skang ni. Letak sekejap, datang abang dia buat bising, bangun pulak. Nanges pulak takde manja-manja. Terus gear 5 la selalunya. Aktiviti ke toilet kadang-kadang adalah sangat haru-biru. Kalu cirit, sah-sah kena angkut dia-dia sekali masuk toilet. Kisah benar ni.Susahnya jadi surirumah.
Suka durian budak ni.
Sebelum ni kitorang plan nak bercuti ke Tioman bersama geng pencen Puan Menteri. Nampak gaya terpaksa la caras idea murni tu. Balik dari KL ke KB yang makan masa 7,8jam tu pun bebudak ni dah restless, inikan pulak nak menyampai ke Tioman nun starting dari Penang ni. Tol lagi, tambang bot lagi yang cekik darah, minyak keta lagi, makan minum lagi, penat lagi, kalu bebudak tak sihat lagi........ Kitorang givap je terus. Memang kitorang ni tak tahan lasak bab berjalan jauh. Time macam ni la rasa jeles dengan orang-orang yang solo. Maunyer!

Tunggu la anak-anak besar. Nak pegi mana-mana pun senang. Kalu sakit pun senang sikit. Kecik-kecik ni duduk je la kat umah. Takpe lah, mungkin bukan rezeki kitorang berjalan makan angin lagi. Satu hari mungkin, mana tahu kan. Atau mungkin ubah destinasi ke tempat yang dekat-dekat saje. Langkawi again perhaps. Or Pangkor. Or Lost World of Tambun? Or Cameron? Or Ferringhi je? Tak kisah la. Janji semua tak penat giler dan menyusahkan diri lepas balik rumah. Macam tak berbaloi je makan angin macam nak rak pastu balik umah tensi-tensi. *ye, kitorang memang tak challenging.
Semenjak 2,3 hari ni 2,3 hari jugak la Adam dok berdarah hidung. Blame the global warming? Entah la. Time hujan baru ni pun dia berdarah hidung jugak. Risau pulak aku. Kot-kot simptom penyakit-penyakit berbahaya lah. Peh, terpengaruh banyak tengok citer Korea kejadah. 2,3 hari ni keje aku asyik rendam, sental kain berlumuran darah je la.

Cuti sekolah ni aku ada la jugak buat homeschool kat Adam. Ajak dia buat latihan tulis huruf dengan nombor. Aku masih terikat dengan cara konvensyenel. Alhamdulillah, dah makin jinak la bila ajak menulis tuh. (*walaupun drama) Yang aku perasan kan, kalu suruh tulis huruf straight-straight, memang dia ok. Contoh: huruf H. Sekejap dia toreh-toreh, siap huruf H. (as H stands for HONDA he says). Tapi kalu suruh tulis huruf yang kena condong-condong sket contohnya A, K, M, N etc, memang darah tinggi la aku nak mengajar. Huruf yang kena melengkung contohnya B,C, D pun satu hal jugak. Tangan dia memang takleh nak lembut-lembut lagi. Bila pegang pensel, terus kejung.

Tapi, satu hal bagus pasal dia skang aku perasan dia banyak membebel translate BM-english or english-BM. Cikgu dia la ajar kat sekolah. Kalu bukak TVIQ (now Ceria dah kena banned kat umah ni) kalu ada words yang familiar cikgu dia ajar or new words, dia akan sebut depan aku. Oklah tu. Asalkan otak dia bekerja from day to day tu kira ok aje bagi aku. Aku dulu pun umur 5 tahun apa yang pandainya.
Dengar citer, orang keje kat kedai Fareeda dapat gaji agak lumayan. Dapat free tudung lagi kekadang. Belakang perumahan aku ni ada outlet Fareeda. Jalan kaki je ikut jalan kampung. Aku bagitau encik Jack. Huh, terus kena caras. Gaji murah katanya. Ok what. Murah-murah pun, daripada aku dok umah berblogging  macam orang gila tak dapat-dapat jugak 50hengget Nuffnang tuh lepas bertahun-tahun pun. Nyehnyehnyeh.

4 comments:

mommyNadia said...

Haha..lawoklah Zaraa teppek dinding tuh..cute!
Jgn rusing mek, Adam pun pah lenni dak reti nullis pun, malas nak push..duk panda tulis A je..biorlah..pahni panda la tu..

Mimi kabo mek commey Zaraa n Pn Diva mari Indahria lepas balik dah..tny gak dia tahu mn, dia kata mek update fb.Aii mmg malas bukok fb, tu yg ketinggalan tu..

rzahira said...

kitorang pun kalo duk umah suka pasangkan TVIQ utk Kiki. biar dia blajar skit. so far, dia mmg minat la tgk tv tu.

faerni said...

seriously, a week with the kids..bawa balik besut, mak n i surrender.... dushhh, i'm soooo not motherly type....

Blog Diva said...

nadia:haha, saje xmau menyusahkan uols blk keje mesti penat kan..ingatkan mimi bgtau dah.sbb tu xbising2 bgtau here n there.kikiki. xper la.ada jodoh jumpa la raya ni ;p


kaklong:ceria memang merepek.so far bagus jgk dia tgk tviq.mcm2 belajar scr x langsung. counting from 1-20 in english, etc.

nyoh:hihi.we're in the same boat! ;p