Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 6, 2012

#888 Me Vs Melentur Buluh Betung

Banyak citer dan kisah yang berlaku. Tapi banyak takde kesempatan nak tulis kat sini untuk kenangan masa depan. Rugi kan. Asyik berserabut je dengan budak-budak. Oh, dulu masa belum kawin sangat berazam nak jadi ibu yang penyayang. Kejadah jadinya. Masa tu tak tahu lagi kan betapa horornya bila 24 jam asyik exposed dengan budak. Mana nak tahu, aku kan the youngest in the family. Mana pernah serabut dengan budak kat umah. *orang serabut dengan aku ada lah.
 
Bila time nak online tapi line tak clear tuh, memang menyumpah-nyumpah la jadi surirumah. Tengok orang keje, walau busy pun buleh je curi-curi bukak fb, write blog, blog hop etc. Aku ni skang macam ibu ayam la. Jalan ke mana pun ada je mengonet kat belakang. Yang kecik, yang besar. Masuk jamban pun nak ikut. Kalu nak jemur kain, semua pakat keluar. Yang kecik dah reti noti. Kalu dibiar, habis gondol pokok bunga aku dicarik-cariknya. Kasi keluar pun susah. Kurung lagi la meraung. Yang besar pulak, kalu tak kasi main basikal kat luar, asyik kacau adik. Kalu kasi main kat luar pulak, asyik langgar-langgar gril, buat wheely, memekik-mekik kebisingan kat luar. Jika anda jadi saya bagaimana?
Aku tatau la kecik-kecik dulu aku nakal sangat ke. Rasa-rasa macam tak pernah pulak kena pukul. Sama ada Puan Menteri seorang yang sangat penyabar atau memang aku tak degil sangat. Mengenangkan Adam ni, umur 4 tahun dah kena macam-macam dah. Macam-macam approach yang aku dah try. Approach cara lembut, tak jalan. Dia makin menjadi-jadi. Makin dibuat tak tahu, makin la dia nak cabar kita. I don't know. Aku memang tak minat nak deal dengan perangai budak-budak ni. Tell me, budak mana yang takde perangai kan. Macam tu la kalu 24 jam takde life lain, takde tengok muka lain. Asyik nak gaduh je.
Orang keje asyik meroyan dengan hal ofis, komplen takde masa nak spend dengan anak-anak. Trust me, kalu anda terlebih masa macam saya, lain pula jadinya. Dan anda akan lebih appreciate dengan komitmen kerja anda. *hujung bulan dapat duit lagi. Atau mungkin anda tak setuju dengan kata-kata saya. Sebab anda memang sukakan kanak-kanak. Saya tak. Biasalah tu. Apa yang kita ada, memang takkan appreciate. Bila dah takde, baru rasa nak balik. Baca blog orang takde anak, one part of myself rasa macam oh bestnya buleh dating-dating-dating, tengok wayang, dinner or lunch berdua, makan angin situ sini etc.. Another one part rasa kesian pulak orang tu. Tak ada anak miserable weh. Entah la. Mungkin entry ni rambling post aje dari aku yang tengah serabut. Surirumah takleh serabut ke?
Dah tiba masa untuk ubah profession kot.

1 comment:

mama ct said...

kerja lah mek...hahaha...cuba rasa pulak...ye dak?...heehee

aku x reti sgt nk nasihat sebab aku rasa ok kerja aku sekarang...

setiap org lain2...ada turun naik...ada stress ada happy..

bagi aku...sabar dan bersyukur aje dgn apa yg Allah bagi...sebab nk tukar pun Allah jugak yg bagi..;-)

take care ye darl..;-)