Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, June 12, 2012

#890 Me Vs Adam At Transit

Tak pernah jadi tapi first time jadi jugak. Encik Jack terlupa ambik Adam tadi kat sekolah. Aku kat umah ni agak hairan jugak bila 12.30pm dia tak sampai-sampai lagi. Last time ada la kul 1pm lebih dia tak sampai-sampai, aku sms encik Jack dia cakap dia ada meeting. So aku sedapkan hati dia ada meeting lah sebab tu lewat hari ni. Nak sms, malas pulak kot-kot ganggu orang tengah meeting.

Tengok jam, kul 2 lebih. Tak sampai-sampai jugak. Hati dah tak sedap. Macam-macam dok pikir. Tapi sms malas jugak. No news is a good news to me. Kalu ada apa-apa, I'll be informed. Camtu la aku ni. Nasik dah sejuk. Lauk dah tukar kaler. Adam tak balik-balik jugak. Hmmm busy sungguh encik Jack ni. Dengar citer UiTM baru bukak sem, so extra busy la kot.

Sekali dengar suara Adam bagi salam. Sampai pun dia. Encik Jack kucar-kacir masuk bagitau lupa nak ambik Adam. Tadi dia jadi interviewer untuk bakal lecturer baru. Dragging-dragging masa nak perabih interview tu yang terlupa terus nak ambik Adam. Lagipun, dah 2 minggu kan sekolah cuti tak payah ambik hantar Adam. Huhu. Kesian Adam.

Sebelum dia sampai tu dalam dok tertanya-tanya kenapa dia lambat sampai tu, dalam fikiran dok terbayang dia lapar je lah. Jadi mak orang ni camtu lah kot. Risau anak lapar-lapar-lapar. Kat transit mana diorang jamu makan. Kalu makan pun, pagi brunch tu je la. Alahai kesian pulak kat Adam.

Sampai je kat umah, terus bukak fridge cari Nutrigen. Haus benar dia. Dah la skang ni cuaca panas terik kan. Pegi sekolah tak makan apa. Kat sekolah entah makan ke tak. Balik umah dah pukul 3 baru jumpa makanan. Memang lapar lah dia. Balik-balik dok order nak makan megi la, fries la donat la. Siap kasi ayat drama lagi, Buat la kat Adam, Mommy. Adam nak makan lapar ni. Kesian, kesian. Lain kali kalu dia lambat balik, kena sms encik Jack ASAP. Laki aku kan busy mengalahkan Obama Bin Laden. Tak boleh malas-malas dah. Kesian kat anak kelaparan. Gosh... Rasa sungguh guilty lah!

Encik Jack citer, time dia sampai kat transit tu, Adam dengan semua budak tengah tido. *heran, cemana diorang buat budak-budak ni buleh tido semua dalam satu masa? Kalu kat umah, memang penat suruh tido dia tak mau jugak tido. Takleh imagine la tempat transit tu, yang selalu aku tengok nampak macam kepanasan je, maklum la umah kampung. Tapi encik Jack cakap quite cosy jugak dalam tu, siap ada LCD tv tepek kat dinding, lagi besar dari tv tebal umah aku ni. *motif tetap kesian kat dia kena squeeze-squeeze tido kat transit. Aku kat umah ni selesa je dengan Zaraa.. Wuuu...

Oh rupanya hari ni, esok ngan lusa semua budak tadika Adam kena pakai tracksuit sebab nak training untuk hari sukan. Cikgu pesan suruh bagitau parents. Tapi dia tak bagitau pun kitorang. Hambik, dia sorang je la pakai uniform sekolah tadi. Budak lain semua pakai baju sukan. Budak lain lagi kecik dari dia pun dah tahu sense and sensibility. Entah la Adam ni. Benda-benda macam ni dia takleh nak cope lagi. Pegi sekolah bawak beg kitorang yang ingatkan. Balik sekolah kawan-kawan yang ingatkan ambik beg bawak balik. Nak harapkan dia...... Entah la... Risau aku Adam ni. Bukan tak ajar. Bukan tak bagitau. Bukan tak ingatkan. Tapi dia macam tu lah. Sometimes aku rasa Adam ni body je 5 tahun tapi roh yang terperangkap dalam tubuh tu sebenarnya 3 tahun. *pengaruh Secret Garden tak habis-habis.

Tak tahu nak buat cemana dah Adam tu. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. 

6 comments:

mommyNadia said...

Cikgu dia pun tak boleh harap budak bgtau..ada yg jenis tak bgtau...mcm my Adam jugak..
sepatutnye dia ada information book, apa2 info tulis dalam buku tu or tulis note ke ape, masuk dlm bag budak. Masa kita sekoloh dulu pun, time PJ duk ingat sokmo gak kan, tu dah darjah 1,2..ni kan budak 5 yrs..no worry!

Anonymous said...

ambik no tipun cikgu..apa2 hal call tanya cikgu..kesian kat adam. nape tak balik lg etc..kena ada no cikgu/sekolah dia gak for emergency purposes. nak nangis baca..kesian anak sedaraku balik kelaparan-kakak-

mama ct said...

sokong apa yg nad tulis...

Blog Diva said...

nadia:ha kan?! i pun wonder jgk why cikgu tak bgtau sendiri kat parents time parents pegi ambik anak tu. mana buleh harapkan budak bgtau.kalu hal camni, main pass kat budak je bgtau. cer kalu bab yuran. haha, cikgu sendiri yang bgtau kan.takut parents lupa, byr lambat.

cikgicomel said...

patutnya cikgu pesan & tulis kat message book...tp mesti ada bdk lain x pkai bj sukan gok tu..mami jgn downgradekan adam hokei...perlu masa utk cope dgn benda luar bidang dia.

Blog Diva said...

mah:naufal mu ado message book ko? anok aku takdok pun ?