Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, June 16, 2012

#893 Me Vs Gigi Lagi

Puan Menteri dengan bff tengah seronok jadi flipper kat Tioman. Mandi jangan tak mandi. Jangan sampai jadi ikan dugong sudah. Hoho.. Sepatutnya kitorang ada sama-sama menyerang kediaman Nik Pareh. Apa nak buat kan. Tunggu la Sir Richard Brensen jadi abang ipar aku buleh la terbang direct ke sana. Oh bestnya buleh cuti-cutian sama family. To the Ramli's, plan la island getaway raya ni. Pulau Perhentian ke, Redang ke, Pulau Kapas ke... Oh syoknyer kalu Puan Zainab ada sekali. Takde Puan Zainab, tak meriah nak bergossip. Hihi.
Dah 3 hari aku nampak gigi kapak Zaraa yang belah atas dah nak keluar. Bapak besau! Habih la kejelitaan anak aku. (Irma Hasmie cantik jugak ape) First time aku perasan tu sebab dia dok kacip, asah gigi atas ngan bawah kruk-kruk-kruk bunyi. Sikir gigi aku. Tengok-tengok gigi atas dah nak keluar putih-putih. Patut la tak berapa nak makan. Hopefully pasni makan la ye. Makin panjang aku tengok muka dia.

Zaraa skang ni makin mischievous. Nak tergelak dengan kacip gigi sama banyak aku kekadang. Anak ni memang lah... Dia la racun, dia la pengarang jantung. Memang la aku asyik membebel mengeluh-ngesah mengomel pasal anak-anak macam aku sorang je la ibu yang penat jaga anak. But deep-deep-deep down my heart, memang syukur ada anak. Bestnya ada anak sendiri, ko buleh penyet-penyet, cium sampai leper muka dia, sampai dia nangis, sampai dia menjerit nak lari. Anak orang ko buleh buat camtu? Anak sendiri ko buleh marah-marah, pukul-pukul, mandikan tak pakai sabun sekali sekala, pulas telinga anytime ko rasa perlu. Anak orang ko tergamak ke? Hehe.

Setiap yang Tuhan jadikan atas muka bumi ni, ada harganya. Setuju tak. Yang ada anak, rasa penat tak cukup tido, tak bebas nak kemana-mana, takde life yada yada. Tapi puas hati ada milikan semulajadi mutlak untuk kau. Tak perlu isi borang macam nak beli umah, keta, tanah bagai untuk jadikan ia milik kau yang sah. Tiap kali aku rasa susah dengan budak-budak ni, aku selalu cakap kat diri sendiri, aku lebih bertuah dari datuk ct... Wakakaka... Terbaek. 

Yang takde anak, at least you got husband. Buleh dating-dating sepuasnya. Think positively. Tuhan beri kelebihan untuk bebas ke mana-mana, rasa muda selama-lama, buleh berkasih-sayang selalu, tido cukup,  duit tak abih banyak dan awet muda. Tak seronok kah?

Bagi yang single takde partner, anda lagi best. (pikir positif) Allah bagi anda peluang untuk memanjakan diri. Tak payah nak sentap-sentap anak tak pandai pakai baju sendiri, anak tak pandai tulis, nak kena ajar macam-macam kat anak, nak kena spend masa untuk setiap ahli keluarga. Raya paling syok, dah sah-sah ko balik umah mak kau. Duit gaji kau, kau decide la nak perabis macam mana. Kau nak beli umah kat mana, nak duduk kat mana, secara totalnya kau sendiri yang decide. Peh, sorga lah nak kata. But ofkos, u loose something. Takpe la, orang ada pasangan pun bukan semua yang buleh tumpang time sakit demam tu. Ada anak pun bukan semua buleh ada time ko memerlukan. Dulu sebelum kawin, aku pun rasa sedih jugak asyik dengar kawan one by one yang kawin. Lepas kawin ni baru lah tahu betapa childish nye pikir camtu.

Sekarang ni, pikir positif. Kalu aku single, aku ada keje, ada gaji sendiri, I'm happy. I can contribute. I can go partayyy. I can live the life I want. I can make friends. Nak gemuk ke, nak kurus ke, aku adalah the big boss of myself. Hehe. 

Don't get me wrong. Baru ni kan Cik Rosyeta datang teman aku time encik Jack takde. Sikit sebanyak aku cuba menyelami hidup dia lah yang masih single tu. Tapi dia sangat-sangat positif orangnya. Walau umur dah agak terlajak sikit, tapi dia maintain happy. Best aku tengok dia. Jenis tak kisah je. Come what may, she'll face it. Sempoi abis. Buleh bergaul dengan sape-sape aje. Bini orang ke, mak orang ke, nenek orang ke. Single ke. Happy-happy-happy je dia. Family nun jauh di Kapit. Dia sorang-sorang je kat Penang ni. Kalu boring, dia keluar la jalan-jalan. Boring lagi, drive la pegi KL ke mana-mana sorang-sorang. Kira jenis hardcore backpackers la dia ni. Sekali ingat best jugak dia ni. *bila la dia nak terbukak pintu hati nak masuk Islam

Ladies, tidak kira apa pun title anda; mrs somebody, miss J, missy elliot, mom-to-be, granny, live your life to the fullest. Mari kita happy-happy. Jadi Queen Elizabeth pun ada time sedih jugak. Jangan sedih-sedih dengan hidup anda. 

Cecey... Bagitau orang memang best. 

No comments: