Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, June 20, 2012

#895 Me Vs Lonely

Rasa lonely sangat-sangat. Miss my uni friends yang hepening. Miss my wonderful condo neighbours. I am lonely. Kesian sangat-sangat kat diri sendiri. Dok dalam komuniti Cina pulak skang ni, lagi la rasa takde kawan.

Kawan-kawan mostly semua sudah kawin. Bila dah kawin, masing-masing bawak hal sendiri. Jiran Melayu yang ada kat sini pulak semua busy-busy. Pagi petang siang malam asyik keluar masuk ambik hantar anak sekolah, tusyen, shopping, pos barang customer. Macam takde neighbour jugak. Kadang-kadang rasa leceh dengan diri sendiri yang agak desperate nak berkawan. I felt sick with my own self.

Pernah rasa bosan dengan diri sendiri? Dengan ketidakmampuan diri sendiri? Pernah rasa down sangat-sangat? Pernah rasa diri anda takde apa-apa kelebihan yang signifikan? 

Bosanlah. Meh citer pasal anak.

  • Zaraa sudah pandai malahan sangat suka main tarik laci. Juga pintu kabinet dapur. Juga pintu utama rumah.
  • Pandai menunggeng macam sujud tu. Tiru orang sembahyang kot.
  • Kalau puji 'pandai', dia akan tepuk tangan.
  • Suka eskrem.
  • Pandai hisap straw. 
  • Pandai minum guna sippy cup.
  • Suka tabur beras.
  • suka sisir rambut Adam.
  • Suka main tanah time aku jemur kain. Timing baik, siap buh dalam mulut tanah.
  • rashes sampai atas belakang. Corak macam kena bedal. Tiap hari asyik menggaru.
  • Gigi atas dah keluar dah. Kapak besar.
  • suka masuk dalam kabinet, dok tepi tong gas sengih-sengih.
Adam pulak, 
  • tiap kali panggil makan, dia suruh aku cakap 'sarapan dah siap!' tak kira la lunch, dinner or supper. 
  • 5 tahun baru kenal kicap. Baru tahu makan nasik dengan kicap itu sorga.
  • semua toys dah bungkus dan simpan dalam lemari tak kasi main.
  • susu di siang hari dah dicatu. stop terus tak buleh sebab nanti nak taruk minyak habbatus sauda tu ikut mana. oral intake memang totally a no-no.
  • suka komplen tv tebal kitorang tak bagus.
  • suka sondol Zaraa.
  • dah buleh basuh kareb sendiri.
  • dah buleh pakai baju sendiri with minimal assist.
  • jumpa sapa-sapa, mesti citer pasal tayar keta pancit tengah hutan dulu tu.
  • kalu suruh tulis, mesti ajak balik umah tok-tok dia.

Bila lah blogging mojo aku nak mai balik niiiii.

1 comment:

nik faris malik said...

aku suka ayat adam: "suka komplen tv tebal kitorang tak bagus". lambat la daddy dio tukar tv..