Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, June 29, 2012

#897 Me Vs Not In The Best Shape

Tak tahu la apa kena dengan aku. Banyak hari dah rasa lemau je. Tak bermaya. Macam zombie. Rasa malas. Rasa tak bersemangat. Rasa tak bertenaga. Lembik je. Lemah longlai je. Lenguh lumpuh je. Segala-gala yang dibuat terasa dalam gerak perlahan. Kenapa  lah  ye. Vitamin makan. Wiken ni nak kena beli honey lah.
Cikgu Adam bagi surat makluman 2 Julai ni hari Temasya Sukan Tahunan sekolah dia. 8 hb pulak Hari Terbuka sesambil bagi rekod prestasi pelajar. Haha. If you ask me what to expect, I don't have the answer. Entah la. Hahaha... Tapi seminggu dua ni asyik speaking je kat umah. Well, not really. Dia banyak translate perkataan English-Malay gitu la. Ada sekali tu dia cakap Mommy, cuka tu gula. (oh my English!) Telor kan. Suppose 'sugar' tu gula. Tapi sebab telor, jadi cuka tu gula. Tersengih sorang-sorang aku bila teringat kata-kata Adam tu.

Zaraa sejak kelmarin sudah panas-panas badan. Nasib baik la skang ni musim dia nak mengisap straw. So, bagi ubat dengan syringe pun dia sedut macam hisap straw lah. Good girl. Keje membagi ubat semakin senang bagi mommymu ;p No struggles.
Musim tak lalu makan sudah mari. Oh noooo... Tak lama dah nak posa. Kelmarin bangun tido dok rewind-rewind dalam kepala nak makan spegeti olio. Google sana sini, masak la for lunch. Masak untuk diri sendiri aje. Encik Jack tidak menunjukkan sebarang minat selalunya kalu aku goreng spegeti ala olio ni. Semalam, sms dia aku tak masak lunch. Well, sebenarnya masak. Tapi masak olio tu je la. Takut dia tak nak makan. Tengok-tengok balik hantar Adam tu, tapau mekdi 3 set. Terbaek. Habis pekena mekdi, bantai olio aku pulak. Kalu buat banyak semua tengok aje. Kalu buat sikit, beriya nak berebut. Macam tu la umah aku ni. *tangan aku ni pun satu. Kalu buat banyak mesti jadi tak sedap. Kalu buat sikit sedap pulak.
Source
Ada sesape pernah try Oatmeal Cookie nih? Last week aku beli perisa raisins ni. Masa kat Tesco tu tengok ada 4 perisa (tak silap lah)- Raisins, Apple & Cinnamon, Honey & Nuts, Chocalate Chips. Best bangat yang raisins tu. Satu kotak ada 6 peket. Satu peket ada 3 cookies. RM4+ je rasanya sekotak. Worth buying la. Memang sedap giler. Cookies dia ala soft bake gitu. Zaraa makan sampai tak terkata. Diam  kat ceruk dapur sorang-sorang enjoying her best time eating this cookie. This weekend nak borong semua perisa lah. The best things is, biskut ni tak manis langsung. Bye-bye Famous Amos yang manis melenting! Manis-manis buah gitu (yang perisa Raisins  ni lah, yang lain tak tahu tak try lagi) So, i thought this product is good la for both me and kids. Adam pun makan jugak. Osem la kan kalu Adam makan tu. Sia-sia je buat product review tak dapat apa-apa dari Quaker huhu...
Source
Harini encik Jack cakap tak balik lunch kat umah sebab dia ada workshop kat kampus. Mahu masak apa ek.  Time lapar-lapar tapi tak tahu nak makan apa ni, tengok pulak gambar Quaker oatmeal cookie kat atas ni buat air liur nak berjejesan aje. Serius weh sedap cookies ni. Maklum la kan, diva-diva macam aku ni kalu nak bake cookies sendiri.... (....)! Oven kecik tu alahai berapa bijik je mampu load untuk bakar dalam baking tray tu. Mahu 10 trips baru siap bakar. Rugi letrik je. Serabut lagi nak menyudahkan projek tu ke titisan darah yang terakhir. Skang ni keje-keje baking tu dah macam projek membina jambatan payahnya. So, apalah kiranya kalu beli aje kan. Dah memang sah-sah benda tu sedap dan menepati citarasa tanpa perlu berhempas pulas berpeluh ketiak di dapur. Nak kemas lagi kan. Banyak mana sangat nak makan. Until one point, akan rasa bosan jugak. Oh must get this thing this weekend!

Dah lama benar tak tengok CSI. Tak follow. Nak download pun dah tak boleh. Nak watch online pun tak cari lagi site mana boleh. Rasa so not me lah.

3 comments:

jie @ azie said...

nok keno try la jugok sekut oats tu..napok mace sedak jah.

utk citer korea tu (aci dok komen sekaligus), aku tgk online kt dramaload. time weekend la stay up tgk citer korea. laye sore2 time semuo ore tido..hihihi

Blog Diva said...

jie:bukei macei sedak la, memei sedak pun! tok tahu la, pada tastebud aku mengatakan sedap.tra la.bukei mahal pun.aku mano mampu nok makei benda2 mahal ni ;p

cito korea or taiwan or japanese memei mudoh nok kelih online pado cito omputih.payoh doh loni.

jamei aku stay up marathon cito korea berakhir doh jie.tokleh nok jago mlm doh loni.takut gastrik trigger lagi.poso pun xgati2 lagi.

Anonymous said...

kakak pun kena gastrik teruk this week uhh dying la ni nok closing next week. samo2 la jago kesihatan..ime tak po lg tak dok ore ,you hv yr kids & hb who need u..so take care ye..do all yr best make la pil haruan tu.if tak contact pengedar dia pun..leh beli mana2 gok. n beli siap2 ubat gastric mkn. perut jgn biar kosong. pesanan buat diri sendiri jugak ni huhuhuhu

oh ya yr sekuk look dam nice..nok terai beli lah..buring doh make jacobs...ok la got to continue work huhuhu bye..kiss the kids for me!
muahssssssssss
-kakak-