Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 3, 2012

#899 Me Vs Kelaparan

Bila pegi Tesco or pasar, tatau nak beli apa. Dari satu  lorong ke satu lorong lalu sambil koya-koya apa aku nak makan/masak sepanjang minggu. Tapi takde idea nak makan apa. Bila balik umah, start hari bekerja, mula la kelaparan takde benda nak mamam. Apo lah.

Teringin nak makan goreng pisang dengan goreng keledek dengan goreng tapai. Tahu-tahu je la, semua tu tak dapat ditemui yang sedap-sedap kat sini. Pegi pasar baru ni tengok ada la orang jual keledek yang aku nak tu. Pisang takde jenama yang aku nak yang sedap untuk goreng. Dalam hati berbelah bagi nak beli keledek sebab lepas tu nak pegi Tesco pulak. Lagipun kat pasar tangan dah full nak membimbit barang berat-berat. Keta parking jauh. Sangat la leceh kan nak membimbit barang yang berat ni sorang-sorang. Encik Jack tunggu kat keta dengan bebudak. So, dengan harapan beli je keledek kat Tesco, aku skip je la. Sekali bila sampai kat Tesco, keledek habis stok. Arrrgghhhhhhh!!!!!! Rasa nak maki diri serta Tesco-Tesco sekali.

Time macam ni la aku homesick kat tanah air bumi makanan mewah yang dah lama aku tak jenguk tu. Kali ni balik dengan wishlist yang agak panjang. Nak beli ikan kering 45 hinggit sekilo, nak beli tapai, nak beli buah tanjung, jala mas, akok, bubur pulut hitam, tepung apam, cek mek molek yada yada yada... Kenapa sini takde semua itu? Oh kenapa?

Petang-petang asyik makan cekodok bilis, cekodok pisang, fries, dengan puding kastad bosan jugak. Tekak ni nak jugak makan kuih muih berkukus macam tepung bungkus ke, onde-onde ke, pulut durian ke, kepek hidung ke, butir nangka ke..... Aiseh, entri ni memang marabahaya betul.

Posa-posa ni sedih pulak rasa dok tempat majoriti bukan Islam ni. Bangun sahur, umah aku je la cerah seawal 4 pagi. Jiran-jiran syok tido... Waaaaa.. Kalu kat kondo dulu, bangun sahur meriah je dengar bunyi kelentang kelentung jiran-jiran sahur sama. Miss my kondo life. Lagi satu best dok kondo, bila bukak sliding je buleh tengok pemandangan 360 degrees from above. La ni, bukak main door nampak sampai gate je la. 'Kecik' je la territory kitorang skang. Luas dalam umah je luar umah sekengkeng kera je.

Oh sambung pasal makan tadi. Now cooking mojo pun agak merudum. Tatau nak masak apa. Habis idea. Selalunya aku tiap pagi sambil kemas-kemas umah sambil tunggu mesin siap basuh kain tu sure dah ada clue nak masak apa-apa. Tapi kalu kul 9.30 tu masih blur-blur tak tahu nak masak apa tu, memang idea tak mai dah tu.. Ended up goreng bihun je or anything light and simple. Selera aku lain. Selera Adam lain. Selera encik Jack lain. Cemano? Sape nak makan, makan. Kalu tak habis, buang.

Esok cikgu Adam pesan kena hantar awal. Paling lewat pun 7.15am dah kena ada kat sekolah. Sekolah dia nak bawak semua murid ke cawangan kat Guar Perahu by bus untuk rehearsal sports day. Merasalah dia naik bas. Selalu tengok Rapid Penang dia dok cakap nak naik. Kali ni tercapailah harapan dia. Sure esok balik sekolah dok repeat citer sama. Eksaited kan. Haha. Citer pasal tayar pecah dalam hutan hari tu pun tak habis lagi dok bagitau orang. Letih mendengar. Aku dok lecture dia pasal DOs and DON'T ikut rombongan ni. Tahu-tahu lah dia penah hilang dalam jagaan kitorang sendiri kan.

Madu, mu masak apa petang-petang tunggu abang Dee mu balik keje?

4 comments:

Cikgi Diva :-) said...

aku pun sokmo petey2 mikir nk makey gapo...kalu la ado tepat jual2 supo di cherang petey2 tu key sedak...hurmmm...

Blog Diva said...

mah:tu lah...memei xdok idea nok buat kuih.lgpn bukei specialty aku hoho.

R I N I . R A N I said...

Aloh lahhh, aku lg sadis weh. setahun sekali baru bulih jumpo kuih2 tuh. Dok qatar ni, seeba-serbi keno buat sendiri. Tp last year aku kelik, kuih2 & the food kat kedai dop berapo sedap doh. Ke sbb tekak aku hok beruboh doh?

Blog Diva said...

rini:kesimpuleinyo, rakyat2 klate memei xleh tggl lamo la negeri tanoh air kito...

loni brg mhl blako keh.memei la demo buat lebih kurei jah la.sbb tu rasa kuih mueh jadi xbrp ori doh.