Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 5, 2012

#900 Me Vs Masak Oh Masak!

Skang dah pukul 9.15am. Idea belum datang nak masak apa. Lauk-lauk belum bawak keluar dari freezer. Apo nak jadi dengan Blog Diva ni. Hujan-hujan sejuk-sejuk ni lagi la malas nak ke dapur main air paip. Bestnya kan kalu lepak je..... Cukup time je, ada orang datang hidang makan kat lutut. Siap sekali jus dengan dessert. Walaoeh melampau. Apa kau ingat kau permaisuri Agong?
Gigit botol sirap.
Sehari dua ni aku dok harass kawan-kawan kat ym, fb. Tak kasi-kasi hai pun, terus tanya harini masak apa. Wakakaka. Despret okay. Macam tulah nasib bagi insan yang tak punya lesen keta macam aku ni. Encik Jack dok ugut nak beli motor skuter kat aku suruh bawak pegi pasar sendiri. Macamlah kaki aku sampai nak tungkat motor! Mau kat traffic light merah, terbalik likung sorang-sorang. Apasal la Penang ni teksi tak efisyen macam KL. Sini tak tau la pakai meter ke tak. Kalu kat uni dulu diorang pakai ikut suka je letak harga. USM ke Minden tu pun caj sploh hengget! Kalu pakai meter, lima engget pun tak sampai. Itu siang hari. Kalu sampai pagi buta tu, double la.
Adam balik sekolah kmarin tak citer banyak pun pasal naik bas. Asyik tukar topik je. So, ai tak tahu la nak citer apa pasal school trip training dia tu. Adam skang ni buleh harap kalu mintak tolong urut badan. Rasa lah jugak tangan halus dia picit. Compared to Encik Jack yang urut, lagi sedap Adam buat lagi. Encik Jack urut glenya buleh la. *LOL Weh, hujan-hujan ni habis sakit urat aku. Teringat kat tukang urut yang  nama Teh jugak kat kampung. Memang legend lah makcik tu mengurut. Habis tubuh ko dilipat, disikunya terbalik kuang. Tapi memang lega la lepas tu. Nak berurut! Nak berurut! Nak berurut! Kalu aku jutawan, aku nak hire tukang urut khas dok dengan aku, bagi gaji bulan. Pastu hire Iron Chef jadi personal Chef aku. Blissful!
Mek comei aku ni sehari dua ni pandai dah membentak. Kalu orang tak nak dukung dia, dah pandai lonjak-lonjak kaki ngan bontot suruh angkat jugak. Kalu lambat suap, dengarlah jeritan dia. Dah pandai nak ikut kalu tengok aku sauk tudung nak keluar jemur kain pun. Nampak orang pegang anak kunci pun dah laju follow. Tapi bila la penyakit gatal dia nak hilang. 2 minggu lebih dah dok menggaru. Berbirat-birat atas selebi digarunya macam kena bedal pun ada sekali tengok. Bukak pampers je, tangan mesti otomatik nak menggaru. Kesian dia. Padahal dah stop bagi makan seafood, telur semua tu. Bulan depan nak jab. Kalu nurse tanya dia ada allergy kat telur ke tak, aku tak tahu nak jawab cemana. Gatal dia skang sebab telur ke, or telur tu sekadar memburukkan keadaan yang dah sedia gatal. Huduh dah kulit anak dara aku.
Abih bersepah gerobok aku.
Compared to masa Adam kecik dulu memang takde masalah kulit la. Pakai pampers lama pun takpe. (kalu tak bocor lah) Bab gatal-gatal, garu-garu adalah sangat minimalis la bagi anak laki aku. This time anak pompuan, sangat horor kulitnya. Sensitif sangat. Atau sebab kenan tak habis lagi? Aku nak bagi makan apa-apa kat dia pun takut. Takut makin worse gatal. Ubat sapu, krim, lotion, macam-macam dah try. Mungkin sebab udara dengan cuaca kot. Aku perasan dia start jadi camni masa jerebu kuat aritu. Sampai la hari ni. Kalu time pakai baju, dia lupa la nak garu. Once bukak baju nak mandi or nappy changing time, macam garu kurap la tengok. Apahal la tuan comei, kulit kodi ni.

Weh nak masak apa hari ni!

4 comments:

faerni said...

iman ari tu pun gatal2 igt kenan garu melecet kat atas punggung sampai berdarah n jadi mcm terbakar merah tapi berair2 mcm nanah. gi ppum dr suh beli foban cream sbb gov hosp x provide sbb satu tiub mahal katanya. walaweh, mmg berkesan, terus kering dan baik... gi laa try beli kat farmasi. nih dr yg kasi nama ubat.

Blog Diva said...

nyoh:iman pun?! kesiannya. zaraa ni kalu kita halang tangan dia dari menggaru, marah betul dia.nikmat bokali garu gitu.pahtu melecet la.

nok try foban cream tu jgk la.

faerni said...

doh keturunan nyakit kurapan nok wat guano.

Blog Diva said...

hahaha..