Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, July 6, 2012

#901 Me Vs The Moron, Malay pulak tu.

Semalam time nak hidang makan, dengar bunyi orang pres-pres motor kat lorong belakang umah aku ni. Ingat nak ignore je la. Pastu dengar one by one tong sampah dijatuhkan start dari umah ujung sampai la umah aku. Bodo piang punya budak. Takde game lain ke nak main. Ni bukan festaim jadi. Rasanya dah kali ke tiga. Agak-agak tak rasa geram ke. 
Ada sekali tu diorang terkantoi dengan aku. Kebetulan time aku bukak pintu dapur nak buang sampah, diorang tengah nak start game bodo diorang tu. Tong sampah orang lain je sempat dia jatuhkan. Tong umah aku selamat lah sebab aku ada kat luar time tu. Jiran-jiran punya habis terbalik kuang. Masa tu diorang datang dengan basikal. Malam tadi dengan motor pulak. Shameful la. Yang datang buat pasal kat sini anak Melayu lah. Bukan residen sini pun. Aku selalu tengok petang-petang budak kampung (Melayu lah ni nak citernye) datang sini dok buat wheely dengan basikal, pres-pres motor depan umah orang. Shameful, really shameful. Anak Cina India mana ada buat perangai macam ni. By maghrib je, semua dah masuk 'gok'. Buat malu je kaum Melayu ni. Islam pulak tu. Yang herannya, mak bapak tak marah ke keluar malam-malam?
Mine. Botol kicap memang sengaja letak luar untuk apek scavenger.
Kalu ikut cara pentadbiran Puan Menteri lah kan, maghrib je semua anak-anak kena ada kat umah. Dah siap mandi salin baju. Semayang tu yang penting. Mana ada nak keluar malam ke apa. Nik Pareh pun tak keluar malam ok. Kalu nak keluar pun, kawan datang ambik kat umah. Itupun lepas abis zaman persekolahan. Selagi masih bergelar budak sekolah, mak aku tak biar anak-anak bebas keluar malam-malam. Nak keluar mesti bersebab. Kalu semua ibubapa sebagus Puan Menteri dan parents kawan-kawan aku yang baik-baik ni, kan takde lah jadi benda-benda yang memalukan bangsa Melayu camni. Ikut hati rasa nak maki-maki je budak semalam. 
No 5 & 7 baru angkat tadi sebab tuan nak isi sampah kan.
Time tong sampah umah aku tumbang tu, mulut nyaris-nyaris nak jerkah aje. Tapi bila ingat-ingat balik, karang budak tu mai lagi bawak geng parang kang aku jugak yang naya. Tuan rumah pulak yang takutkan pengacau skang ni. Tahu-tahu la geng mamak Penang ni macam mana. Better stay away from trouble. Tapi tu lah kan. Kita atau mereka yang di pihak yang benar? Skang ni pihak yang benar pulak yang tak berani. Sebab manusia dah hilang nilai-nilai kemanusiaan. Dalam paper bukan takde jiran kena libas, kena belasah sebab jiran tak puas hati, sebab sound menyaund. Oh, sangat tak adil. Geramnye! Padahal diorang buleh nampak aku kat dapur terang benderang dari luar tu. Berani jugak jatuhkan tong aku. Sangat biadap lah.

Benci lah. Selalu spoil hari Jumaat aku.

No comments: