Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, July 7, 2012

#902 Me Vs I Love Me

Birthday bash to the blog diva. Bash la sangat.
Semalam birthday aku. Sebenarnya aku tak selesa orang dok wish birthday aku kat fb. Dunno why. Birthday ni bagi aku something yang sangat private & personal. Aku tak suka orang tahu birthday aku. *bajet hallyu star bangat! Wakakaka.. Anyway, aku tetap appreciate segala ucapan kalian kat fb tu. Sweet, totally. Sejak ada fb ni, ramai betul orang wish aku tiap tahun. Kantoi segala tarikh-tarikh penting. Rasanya dah disable date of birth kat fb tu. Rasanya la. Lama betul dah tak usik Settings.
Okeh kelmarin encik Jack balik keje tanya nak pegi celebrate kat mana. Antara yang masuk dalam shortlisting ialah Chilis, TGIF, Victoria Station, Dalmiral's Grill, Black Canyon etc. Pikir punya pikir, pegi Kenny Rogers aje since Adam nak makan ayam situ. Ke situ je lah. Kena ambik kira apa dia makan jugak. Kalu tak, kita je yang makan, dia tengok je sambil-sambil misbehaving.  Tak kisah mana-mana. Janji tak payah masak! Ngehngeh! *oh next year should go for ikan bakar instead ;p 
Lepas smayang Maghrib, kitorang terus ke Sunway Carnival Mall. Sesambil nak cari Red Velvet Cake kat Starbuck sana. Tak tahu, tetiba kelmarin dalam dok lapar-lapar tu termengidam kat kek susah nak cari ni. Dukacita, red velvet takde. Dunno la dah habis or memang takde dalam menu. Malas nak tanya sama budak Starbuck memandangkan queue yang agak panjang. Blah je la. Sobs. I still want red velvet cake. Tapi nak cari kat mana malam-malam buta ni. Kat Penang pulak tu. Susahnya. Frassss sesangat uols! Tanya kawan-kawan situ sini semua tak tahu red velvet tu apa, kat mana buleh dapat. Apa la. 
Sampai je, kitorang terus order. Sebelum datang dah tengok menu kat umah lagi. Konon nak save masa kan. Lapar pun ye. Senang, bila waiter sampai kasi menu, kitorang terus bagitau tanpa pikir panjang. Kenny's Family Meal( Roasted whole chicken with 4 bowls of side dishes and 4 muffins), 2 soft drinks.
Ambik kau. Haritu order quarter meal sorang satu set tak cukup dengan mulut Adam lagi nak suap. Kali ni makan sampai lebam sampai tak habis. Suku ekor tapau bawak balik. Sebenarnya kalu bebudak ni behave sampai nak balik tu, boleh je habiskan slow-slow. Tapi makan dengan budak mana buleh slow-slow. Nak buat cemana kalu diorang dah start restless, tak kenyang pun kena blah jugak. Semalam tu makan macam Man Vs Food  Marathon je. Agaknya orang sebelah tengok geleng kepala. Pelahap giler. Bukan. Nak cepat kan. Terpaksa la suap laju-laju kasi habis cepat-cepat.
This cold pasta salad aku makan dengan Zaraa aje. Dari zaman anak dara, ni lah antara pilihan side dish aku. Been searching for the recipe high and low. Tapi nampak macam banyak italian herbs nak kena guna, lagi ekonomi kalu makan kat sini aje. Nak buat sendiri agak leceh itu ini takde nak kena beli. Pastu tersadai la tak guna-guna.
Selalunya aku ambik Crisp Garden Salad, tapi malam semalam gatal nak try Fresh Fruit Salad. Tak sempat nak makan habis, bebudak meroyan tak duk diam. Tapau jugak. Coleslaw dengan mashed potato aje berjaya habiskan. Muffins pun tapau. Kali ni merasa lah 3-3 flavour. Selalunya aku ambik Vanilla aje.
Skang ni pegi mana-mana mall, mesti nak kencing je Adam ni. Sejuk or memang sesaje gelenya eksaited nak kencing kat jamban cantik? (jamban umah aku kelas dunia jugak apa?) Time orang sibuk nak makan, dia sibuk la mengajak ke jamban. Padahal nak keluar tadi dah suruh dia pegi toilet umah. Kids!
Tiap kali pegi Sunway, Adam mesti nak naik ni. Seronok tengok Zaraa mengejar Adam. Eksaited dia nak tolak si abang. Adam pulak poyo. Bukan reti pun bawak keta. Asyik langgar orang je. Jenuh Encik Jack nak kontrol keta ni. *bila lagi kan nak tengok encik Jack bersenam ;p
Balik umah semalam, encik Jack tanya tak nak ipad ke. (berani tanya-tanya aku) Ofkos I want it so bad! Tapi mengenangkan aku ada anak yang ada learning difficulties ni kenalah berkorban kan. Anak orang lain takpe la  tabby sorang satu pun. So, terpaksalah lupakan dulu benda-benda yang menyeronokkan aku ni.

Aku pikir-pikir balik, berbanding ipad aku ada satu benda lagi yang aku betul-betul perlukan. So, tengahari tadi encik Jack bawak aku pegi beli/buat/dapatkan. Selasa ni siap. Tak dapat ipad pun takpe lah. Ipad cuma kehendak. Yang aku buat tadi adalah keperluan. Kalu kena soal dengan Tuhan pun, aku ada jawapannya InsyaAllah.

Sedey la teringat kat Red velvet cake ni. Rasa tak puas hati sangat-sangat tak berjaya makan. Some people say tak best mana pun. Sifu Rinnchan tu pun cakap tak best. Kek biasa je, outstanding kat cream cheese frosting dia tu je. Donno lah, itu dia punya verdict. Nak try. Nak try. Nak try.

Aku tengah tunggu 14 butir kek red velvet ada orang tu cakap nak hantar dengan otromen skali. Aku tunggu ni. Dengan muka garang. 




Note: Spot the similarities.
Ini Adam lah!
Tengahari tadi tong sampah terbalik lagi. Celako lah budak! Nak report kat sape ek kalu dok perumahan camni? Kalu kat Kondo dulu senang je komplen sama AJK blok habis citer. Melampau betol la budak-budak ni. Kecik-kecik dah vandal. Kalu tahu anak sape kan senang. * susah juga kalu komplen sama parents yang memang tak ambik pot pasal anak ni. Kalu tak, takkan la jadi camtu.

Mahu meletops lah rasa.

2 comments:

faerni said...

better still report polis, so thAt police buleh wat round check... err before more bad crimes occur... rawang area now, ladies cars being hijacked, the victims being robbed and left in secluded area (nasib x kene raped), 2 bank maybank sama bank islam kene pecah pintu kaca hancur berderai sbb perompak nak rompak atm machine, haiyoooo....

Blog Diva said...

nyoh:ayyoooo...loni bukei tino sajo bahayo tubik.ore jatam pun samo jah bahayo.tokleh rape jate, dio tikam, tekak sampai mati. takottt!!!

where's the cheerleader to save the world.