Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, July 11, 2012

#904 Me Vs The First Steam

Sabtu lagi aku beli siakap, dok berkira-kira nak masak stim. Ahad kan Adam ada majlis sukan sekolah. Pastu tiap kali nak masak, Adam dok order nak makan benda lain. Bila fikir-fikir, memang tak matching la lauk yang dia nak makan, dengan siakap stim ni. Tu yang dok pospon-pospon sampai la ke hari ni. Tadi memang aku buat sampai jadi lah. Nak simpan pun makin lama, makin tak fresh ikan ni. Patutnya lepas beli masak terus baru lagi sedap.
Kredit to Cikgi Diva kita sebab bagi aku resipi Siakap Stim Mudah Tak Hengat ni. Aku mana layan resipi payah-payah, banyak bahan bagai. Tanya Iron Chef, dia cakap kena ada bawang jeruk or asam boi baru best. Ah both aku takde. Kita buat yang mudah dan tak pakai banyak bahan. Tapi maintain sedap liao.
Aku takde steamer. Boleh je kan kalu nak stim dalam kuali taruk air  pastu raised dengan mangkuk hayun ke apa. But I'm plain LAZY today. Kita guna kecanggihan teknologi apa kata? Kredit pada Puan Menteri sebab kasi aku microwave yang ada function untuk 'Steam Fish' ni. Juga kredit untuk MIL sebab kasi aku set Corelle yang ada pinggan bujur macam ni, buleh la buat stim ikan aku ni. Kalu tak, berenang dalam loyang kuih je la jawabnya.

Sebenarnya kalu stim dalam kuali pun bukan payah sangat sampai aku tak nak buat. Begini, (ececey bersungguh nak explain siot) Dapur kiut aku ni, semua perkakas memasak adalah serba satu. Kalu aku guna kuali untuk stim ikan ni, lambat la pulak nak goreng ayam dengan baby kailan tu pulak kan. Nak save time dari menunggu ikan masak, pastu nak cuci kuali bagai, apa salahnya guna saje cara shortcut yang easy-peasy ni...I like it.
Kalu ikut function dia, otomatik dia set timer untuk 3 minit. Macam was-was pulak. 3 minit sempat ke nak masak? Aku tekan sekali lagi cuba try tengok. Mata ikan sudah putih tak see thru lagi. Meaning ikan isi ikan dah masak lah. Biar je ikan berehat dalam microwave. Nanti chenta hati balik lunch baru aku hidangkan kat luar.
Twisties tu lauk adam.Haha.
Ni lah lauk hari ni. Baby kailan goreng ikan masin, ayam goreng kunyit perap garlic and ginger, and the steamed seabass. Lagi satu tak tunjuk sambal tomato ala MIL buat. Boleh lah kan di hari hujan sejuk-sejuk macam ni. Oh hey, cik mek halus aku ni suka aku suap isi siakap stim tu. Senyum-senyum makan penuh kegirangan sambil main bawah meja makan. Nak suap kena selak tablecoth. Haha.

Masak pakai micro ni memang la cepat dan mudah. Tapi satu kelemahannya untuk masakan stim ni khasnya, lauk jadi sedikit kering. Kalu guna steamer kan ada steam circulation dalam tu sampai makanan masak. Jadi ikan pun jadi berkuah berair-air gitu. Kalu tengok dalam gambar, memang nampak sedikit dry la takde kuah banyak. Maka benarlah kata-kata orang tua-tua, there's no short cut in cooking. However, bagi orang yang malas tapi mahu macam aku, this will suffice.

Esok mahu masak apa pulak ye... Dok berkira-kira nak percik ayam. Tapi tak tahu apa side dish yang sesuai. Macam tu lah aku ni. Bila aku cakap takde idea nak masak apa, kekadang maksud aku memang aku dah ada idea untuk main course, cuma side dish yang tak tau apa yang seswai. Arwah nenda aku, kalu masak mesti make sure semua lauk matching. Contohnya, kalu masak kari, must have ikan kering. Rasa lauk mesti balance. Ada masin, ada masam, ada manis. Gitu.

Kat umah makcik aku yang kaya raya tu, dia memang ada menu khas untuk seminggu terus. Dah siap tulis menu apa satu set siap dengan main course, side dishes, dengan dessert kalu ada. Hujung minggu, masak sebedung, simpan asing-asing dalam deep freezer. Time nak makan ikut jadual tu, just bawak keluar reheat dalam micro aje. Cuma benda yang bergoreng dengan masakan sayur je la buat last minute. Senang kan? takde la pening-pening macam aku ni.

Ekceli wiken baru ni lagi encik Jack ugut aku dia nak roll out menu seminggu. Tapi lepas cakap tu dok melopong tengok F1 sampai la ni tak nampak-nampak lagi menu nak submit kat aku. Hoho. Dia tulis pun, aku jugak yang approve dulu. Takut ada lauk pauk yang tak blend together la. You see now, the art of cooking is not only to make the food taste and look good but also to make all food great to be taken at the same time. Ada paham.

15 comments:

Anonymous said...

i love to grg kering2 bilis+cili+bwg then renjis kicap+ sos mana2 yg nak..mkn ngan nasi panas..peghh simple & yummy..kurp krap..nok tamboh beradong buh la tempe grg or kentang grg kikiki
-kakak-

Nini D.. said...

wow....sedapnya ikan tu! saya suka!

Anonymous said...

terliur la tgk ike comel tu! nanti nak beli ike setim jugok la..
-kakak-

jie @ azie said...

teh,
mu buat la list utk seminggu .. ku nok c&p .. tamboh2 plok nok masuk poso doh ni.. kalu ado menu simple sharing la deh ;)

Blog Diva said...

jie:wakakaka..melampau nyer... hahaha..acu mitok utk 2 hari jah tgk aku buleh buat ke dok. ada ati mitok menu sminggu.hahahha...aku sbnrnya masih ternanti2 menu hok en jack oyat nok tulih utk seminggu tu.xdok napok bayei menu lagi ni.hahaha

mem fiza said...

periuk nasik yg boleh kukus xde..aku wat pau ke, puding, apam dot2 guna periuk nasik je

Blog Diva said...

mem fiza:dah tu mu letak penapis santan ke kat tengah tu?

MiJa said...

hebakkkkkkkk!!!!

Blog Diva said...

mija:oloh la.bo-bo rasa jah. bukei osem mano pun.

MiJa said...

bila dh official kt dapur sndiri nnt,aku nk mnuntut ilmu masakan ngn mu lah!simple tp ohsem!

Cikgi Diva :-) said...

Menu aku kah itu.haha seney dih?hebat la mu ado kukus,gril,panggang....hehe.

Yours truly said...

teh, care to share the recipe?? haha utk ayeen yg super duper lazy nak masak, amat memerlukan resipi yg sungguh mudah sahaja! kesian hubby asyik makan nasi bungkus jer! muahahahaha

Blog Diva said...

mija:mu buat aku ingin ketawa! aku pun masih menuntut, nok ajar org kunun.

Blog Diva said...

mah:hor la.aku ambik dari blog mu.gigigh tu skrol 1-1 entri nok cari entri ike stim mu.wakakaka... wjr lah mendapat red velvet itu ;p

Blog Diva said...

ayeen:sure sure! nati ada masa i put in my next entry okies?! u xpo la xmasak pun, buleh drive gi beli lauk mano2..mcm me ni, terpaksa tahu msk in order to survive haha