Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, July 19, 2012

#907 Me Vs Kegelenyaan

Tajuk takde kaitan. Semalam mimpi pegi Singapore terserempak dengan my current hallyu star eye candy. Rasa tak nak bangun pagi ni. Sungguh manis sekali mimpi semalam. Wuhu! Penah mimpi macam ni tak pastu bangun tersengih-sengih sepanjang hari dok teringat pasal mimpi semalam? Merasalah. Nak jumpa in real mana lah ado kan. Jumpa dalam mimpi pun dah cukup. The best part, tak share dengan sape-sape. My dream belongs to me!
Encik Jack currently busied himself watching Big. Kerana mulut siapa? Mulut aku lah yang dok promo citer tu. Aku pun tak tengok lagi. Saje bagitau dia current high rating k drama kat dia. Sedang molek malam yang aku citer tu ada citer tu, kitorang tengok lah kat KBSW. Dah episod 7,8 kot. What, another body swapping plot? Tahun ni dah 3 drama kitorang tengok bertema body swapping ni. Kenapa kat Korea rakyat dia suka citer tukar-tukar badan ke? So typical lah. Tapi citer adalah best walaupun tema sama. Percaya lah. So skang ni encik Jack adalah gigih memfollow citer tu time lunch, lepas isyak dan sebagainya. Tu lah, citer ni pun tengah airing kat Korea. Nak tunggu release satu-satu episode tu adalah nail biting jugak. Semalam aku nak tergelak, encik Jack dok syok tengok Big, tetiba Zaraa pegi tarik plug. Terus shut down laptop. Hahaha... Nak marah pun tengok si pelaku adalah sangat comel dengan gigi 4 batang buat muka sengih kerang busuk kan... Hahahaha. Nasib baik la watch online skang tak buffer, buleh terus play.

Zaraa skang ni dah menunjukkan pemahaman kalu orang cakap apa-apa. Dah tahu susu, biskut, bola, abang adam, daddy tu refer pada apa dan sape. Kalu suruh ambik pun dah paham. Alhamdulillah. Dia suka benar lagu Oh My English tu. Siap joget-joget lagi. Pagi-pagi suka tengok Zumbers. Terlopong depan tv sampai habis. Selaras dengan kepandaian itu, tangan pun pandai memusnah jugak. Suka benar tumpahkan apa-apa pastu lumur-lumur kat lantai. Susu dengan syampu adalah kesukaan dia. Aritu aku dok ralit buat something, tengok-tengok dia tertunggeng-tunggeng kat dapur kegirangan sorang-sorang. Pegi tengok dekat-dekat, rupanya dok picit botol syampu pastu lumur kat lantai dapur. *pengsan Satu dapur bau Rejoice. Satu keje pulak nak mop sampai hilang licin tu. Zaraa, Zaraa.

Kelmarin agen susu Zaraa call nak kompem alamat sebab nak hantar sampel susu step 3. Sembang punya sembang, sekali dia cakap start step 3 buleh la kumpul barcode untuk redeem points dengan barang. What?! Aku silap paham rupanya. Yoyo lah aku dok kumpul scoop selama ni. Rupanya scoop untuk Gold aje. Susu biasa kena collect barcode. Selama ni aku buang je la kotak sekali bar code. Cheh. Eh, tapi dia cakap susu under setahun memang diorang tak terima scoop or barcode. *keliru 

Mana satu ni?

9 comments:

faerni said...

don't worry, actually yg gold pun pakai scoop yg sama, jgn bagitau dioranglah yg kita consume tu x gold, just sent it out and redeem barang, habiskan scoop2 tu semua.... i pun wat camtu gak..... ok je....

Blog Diva said...

nyoh:tapi dah tercakap kat dia kitorang beli susu biasa, bukan gold. erkkk..kantoi la plk.

jie @ azie said...

comeeiiii semek zaraa.. cute miut gitu.

Blog Diva said...

jie:tulah.saiz pun koho kiut jgk loni.

R I N I . R A N I said...

Haha...aku pun tgh dok gigit kuku nok tunggu coming episode citer Big. Ada 2 episode lg sblm citer nih abis. Tgh ushar2 for next drama pulok haha...

zahira said...

Klong pun anta scoop jer redeemm brg. Ok jer :). Ooo..pasni kena anta barcode la ye?

Blog Diva said...

rini:suffer dih nok tggu tubik 1-1 ep tuh.tokleh terjebak dgn airing drama pahni. *kalu lah buleh halang diri sendiri kei

Blog Diva said...

kaklong:ntah..kalu ikut kata dia la.tapi barcode pun start step 3 ke atas baru dia terima.

dah tu yg kaklong ngan nyoh anta selama ni diorang proceed jgk tu?

nak gamble pun, dah tercakap dah kata kitorg beli yg biasa.kalu dia tak key in dalam sistem takpe la. buatnya dia dah key in, sia-sia duit pos je hantar, diorg tak terima. *gulp

faerni said...

anta scoop redeem brg dlm list gold. so far no problem bar code sila redeem brg dlm list yg non gold pny different website...