Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, July 21, 2012

#908 Me Vs First Day Kan

Kelmarin bertolak balik Apal lepas semayang Jumaat. Dah lama tak balik kampung (2 months is considered as lama lah bagi perantau berjiwa patriotik macam kitorang neh) macam-macam items tertinggal. Ubat aku, ubat encik Jack, ubat Adam. Hahaha.. Selalu kerap balik kampung tangan dah otomatik tahu nak capai apa. This time, packing berkelajuan siput. Kitorang balik Apal dulu sebab encik Jack nak bukak posa kat bumi makanan mewah. I like!

Tadi sahur kat Apal. Aiseh... Nasib baik jugak kitorang balik. Kalu tak, kesian Nyonya Zainab sahur sama Orang Kaya Apal je kelip-kelip. Sahur makan biasa-biasa aje. Kalu letak ayam golek pun memang tak lalu jugak first-first day macam ni. Masing-masing terkebil-kebil memaksa diri untuk makan. Telan-telan-telan. Janji habis sepinggan. Tak lalu, tolak dengan air.

Untuk insan istimewa yang dah 3 tahun tidak dapat berpuasa, ofkos Ramadhan kali ni aku sambut dengan perasaan penuh saspen. Takut tahun ni tak dapat puasa lagi. Memang susah hati. Tiap-tiap hari doa agar Allah permudahkan selera makan aku. Mengadu pada orang, takde yang mengerti. Kembali pada Sang Pencipta lah. Tiap-tiap hari jugak doa supaya Allah bagi kekuatan pada aku untuk mengharungi puasa serta dijauhkan dari gastrik lagi. Memang aku takut giler. Takut takleh posa lagi tahun ni. Takut terlalu paksa diri sampai muntah-muntah. Takut  nak puasa sangat sampai gastrik worsen. Takut macam-macam la. Susah nak explain kat orang.

Kul 10 pagi, perut dah berkeriut. Hihi. Mengalahkan budak baru belajar posa kan blog diva ni ;p Memang! Berpeluh-peluh lah jugak neves takut kecundang di tengah hari. Hahaha. Punya lah kan! Anak dara aku jugak lah maveles. Sahur kul 9 tuh makan durian 2 ulas. Kagum Nyonya Zainab tengok cucu dia makan. Nyaris-nyaris nak tersuap mulut sendiri jugak aku sesambil suap Zaraa durian tu. Hahaha.. First day kan.

Tengahari bertolak balik KB. Encik Jack menyinggah beli keropok lekor kiriman teman-teman sepejabat. Orang luar ni kan, kalu tahu kitorang nak balik sure memesan tak hengat. Lepas beli-belah terus balik KB cepat-cepat. Takut jalan jem. Sabtu tak puasa pun jem, inikan pulak Sabtu first day posa. First day kan.
Antara barisan kuih muih. Sila serang.
Sampai je KB, diorang dah siap beli siakap, tenggiri dengan ketam. Dah tahu kan aku dah canang satu blog kata aku tak lalu makan. Hambik! Puan Menteri siap beli Enercal kasi aku satu tin. Susu macam ni sangat bagus untuk manusia kategori sotong macam aku ni untuk topap tenaga untuk mengharungi hari-hari berpuasa. Bos IBM belikan aku Yogood cereal. Tima kasih semua. Terharu ai. Besar pahala menyenangkan hati orang berpuasa ni tau!
Siakap 3 Rasa aku punya. Ikan kecik Puan Menteri punya ;p
3 Tier ulam. Ko ado?
Alhamdulillah. Tak sangka hari ni memang berjaya puasa penuh. 2,3 hari lepas aku hidup dengan bubur je sepanjang hari. Tak sangka buleh survive posa hari ni. Semoga esok lusa sampai sebulan pun tahap kesihatan masih mantain macam ni or even better amin. Harini Iron Chef dengan encik Labu Labi ada bukak posa kat sini. Iron Chef masak macam-macam kat aku. (kerana diriku begitu berharga!) Jadi, terbuka lah sedikit kan selera makan aku ni.
Gulai ketam batu.
Bukak posa kat Kelantan memang meriah. Merasalah semua orang nak makan apa, nak minum apa for iftar ni. Teringat sama Nik Pareh sekeluarga nun di Tioman sana. Kalu semua orang ada, alangkah bagusnya.
Sambal durian, budu
Bird eye view from my seating position.
Blissful! Lagi 28 hari to go. Or 29?

10 comments:

Cikgi Diva said...

adedeh...membuatkan aku telah air liur di hari bekerja pertama berpuasa.

MiJa said...

*drooling*
tgk ketam ngn siakap tu aku xheran.tp budu+ulam2an itu buatkan aku nak pitamsss ok!

najmi said...

sedapnya! leleh air liur tgk, dari budu ke lauk ketam seme terliur, mi ni ngandung ni baru dapat nyakit gastrik, baru tahu betapa hebatnya nyakit ni, huhuh selamat berpuasa kak teh n family

Anonymous said...

teringatnyoo kat iftar aritu..
best make ramai2 esp ulam budu yummy
-kakak-

Blog Diva said...

mah:oloh.selera supo mu tu gak, tengok lauk gapo pun terliur blako.lain la supo aku ni.

Blog Diva said...

mija:negara mu duduk tu xdok jual ulammsss ko? kelik ragut di klate la.

Blog Diva said...

mimi:u pun gastrik jgk?my heart goes out to you.memang seksa kan? tambah2 lagi u tgh preggy skang ni. but what to do kan.endure it as possible as we can. gastrik kalu lalu makan takpe, jgn gastrik dan tak lalu makan.parah. like me now.tapi tahan jgk la posa pedih2 perut pun.

good luck with ur health n pregnancy cik mimi. Caiyok!

Blog Diva said...

kakak:mu xpyh mkn budu pun xpo.selera XXL.

MiJa said...

nk makan ulam budu ni kna brjemaah.stkt aku sorg2 jah,sgguh la x nyakut.huhuuu

Blog Diva said...

mija:sungguh.aku dok penang ni pun kalu ado ulei seberkas pun xlalu jgk nok cicoh budu. keno mu colek, aku colek baru naik selero.