Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, July 24, 2012

#909 Me Vs Day Four

4 Ramadhan. Masih meneruskan puasa. 4 hari dah ye. Semenjak balik ke rumahku syurgaku ni, memang terasa lah perit berpuasa di perantauan. Macam yang ct cakap la, sahur kena bangun masak sendiri. Kalu kat kampung, semua mak yang uruskan. Kita tolong-tolong je. Kat sini, sendiri manage lah macam mana pun.

Selera masih gone with the wind. Berbuka, bersahur takde beza. Berbuka kat sini selalunya dalam chaos anak-anak. Sorang nak tu, sorang nak ni. Yang kecik suka meragam time orang nak buka posa. Dugaan lah kan. Memang peritlah untuk orang yang tak lalu makan macam aku ni, nak handle kerenah anak-anak lagi. Selalu berbuka tak habis makan nasik. Mood pun lari kalu serabut dengan bebudak. Tabahkanlah hati. Semua orang pun face the same problem selagi bergelar ibu ni. Tapi alhamdulillah walaupun tak lalu, aku masih boleh telan-telan-telan tanpa feeling. Makan paksa-paksa. Dapat habiskan 2 senduk pun jadilah daripada tak jamah apa-apa kan. Lepas smayang maghrib tu, aku topap la benda-benda ringan yang buleh mengemaskan perut aku.

First few days memang steady je aku posa. Rasa bertaraf legend jugak lah. Masuk hari ni, dah start rasa lemau dah. Sangat-sangat tak bertenaga. Habis, kalu sahur dengan iftar makan 2 senduk je, mana nak datang tenaga ye dak? By Zuhur dah rasa macam nak merangkak tak larat nak jalan. Ada anak kecik ni, posa ke tak posa ke, still kena prepare food for them. Agak kucar-kacir jugak menu anak-anak. Kadang-kadang tak makan nasik for lunch. Makan ringan-ringan je. Kesian diorang. Kejap-kejap mintak nak itu. Kejap-kejap mintak nak ni. Macam posa jugak diorang ni.

Zaraa sehari dua ni kareb agak kerap sepanjang hari. Memang takleh nak dok diam jugak la aku. Baru nak landing-landing, dia datang dengan bau yang tidak seronok dihidu. Angkat ke jamban. Baru nak landing, dia nak susu, makan or anything, bagi. Lepas makan, lepas menyusu, kareb lagi. Hooof! Sehari dua ni favourite word dia 'Yek!' Kelmarin dia sepahkan asam keping aku. Selambak atas lantai. Agaknya dah terjilat lah kot, aku pergi dekat dia, belum sempat cakap apa lagi dia dah berbunyi, yek! Kahkah. Mesti terkejut masam asam keping tu. Padan muka. Suka sepahkan barang dalam gerobok aku. 

Tensi jugak nak memasak skang ni. Dah la takde idea nak masak apa. Takde selera. Pastu tiap kali memasak, Zaraa asyik bergayut kat betis ni apa citer. Sampai terlondeh-londeh seluar ditariknya. Nak masak benda 10 minit pun jadi dekat setengah jam sambil berperang dengan anak-anak. Ayo.

Petang kelmarin encik Jack balik keje singgah pasar Ramadhan dekat umah aku ni. Bawak balik nasi dagang dengan satay. Nasi dagang untuk dia sebungkus, pastu satay untuk Adam. Nasib baik jugak dia beli siap-siap. Aku tengah takde mood giler-giler nak masak. Nak pikir selera dia lagi, nak pikir selera anak-anak lagi, dalam masa sama aku sendiri pun takde selera. Bila tengok dia dah ada makanan dia, lega lah sangat-sangat. Aku sendiri makan ala kadar pun takpe la. Janji part dia dah settle. Macam tu la aku. Time takde selera, nak bagi orang makan lah yang aku risau. Nak suruh dia beli lauk kat pasar Ramadhan, sini kari-kari dengan asam pedas je la buleh harap. Sangatlah boring. Kalu ada pintu Doraemon kan best, transport je time nak bukak posa tu ke Kelantan. Settle masalah. Aku memang takleh berenggang dengan Kelantan. It's in my blood.

Dengkinya dengan orang kat Kelantan tu...

No comments: