Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, August 2, 2012

#912 Me Vs The First 365 Days

Emmm... Berdosa rasanya pada diri sendiri. Kelmarin birthday Zaraa. Tapi tak teringat langsung nak ambik gambar. Gambar-gambar dalam entry ni both taken a day before her birthday. Guilty ok. Adam dulu memang aku ingat untuk ambik gambar setiap harijadi dia. Sungguh bersalah pada Zaraa. Nanti dia besar, takde kenangan la harijadi pertama dia. Dah la tak celebrate pun. No cake. No candle. No presents. Nothing. Cuma suruh Adam je nyanyi lagu harijadi kat Zaraa. Boring kan kitorang. Parents lain, birthday 1st anak dah kucar kacir buat birthday party. Kitorang rilek macam ni jugak.
Anybody wonder what makes me forget to take photo of her yesterday? Haha. Blog diva kalu busy tu takkan tak paham-paham. For this reason I am even more guilty. Kelmarin aku wrapped up satu drama sepanjang 58 episod. The story was so nice. Sape tengok pasti akan meninggalkan effect-effect gelenya dan berhati dalam taman. I spent 3 beautiful weeks to finish this drama. Bila citer tamat kelmarin, memang hati tengah bertaman bunga. Sampai lupa nak ambik gambar Zaraa. Aigoo... What to do?

Tadi pegi klinik untuk cucuk MMR Zaraa. Suppose kelmarin lah. Tapi misi baik hati kasi delay sehari kot-kot birth date tu nak celebrate choi lah pulak kalu demam lepas cucuk kan. Berat bersih dia 7.7kg aje. Bising lah misi. Tinggi pun just 69cm. Lagi bising. Terus kasi lecture pasal pemakanan, suruh aku bagi makan kacang panjang kat Zaraa banyak-banyak. Hihi.. Makan kacang panjang can make my girl grow taller? -Mesti try. Cucuk tadi Zaraa tak nanges pun. Terkebil-kebil mata tak mengerti rasa apa yang dia alami itu. Misi cakap ubat(vaksin) MMR ni senang masuk. Mostly budak-budak setahun yang cucuk MMR memang tak nanges la sebab ubat terus masuk effortlessly. Makes sense.

Aku tengok graf misi plot tadi untuk berat tu masih dalam graf putih lagi which  is fine. Dah beranak pun 2 kilo 3 bunga je, takkan expect dia 10kg sekarang. Dengan aktifnya, low appetitenya. Graf tinggi je nampak tak berapa cantik. Heh, nak jadi macam kak semek jugak ke Zaraa? Bertambah la geng ayam serama Puan Menteri. Wakakakakakaka... Raya ni buleh la tengok 2 ayam serama comei pakai baju kurung tergedek-gedek mengutip angpau together-gether. Rindu la kat Semek. Bila la Nik Pareh nak update blog. Tunggu semek masuk sekolah dulu kot.

Citer pasal sekolah ni kan, minggu lepas Adam balik sekolah ajar aku main set-set-set, bom-bom-bom (yang aku main zaman retro dulu set-set-set, tom-tom-tom). Bersungguh dia ajar aku yang blur-blur. Haha... Dah besar dah anak aku. Esok lusa balik citer dah ada girlfriend pulak.

Zaraa skang ni dah boleh lari. Pantang dengar gate terbuka, mesti berlari pergi ke pintu nak tengok Abang Adam balik sekolah or tunggu daddy balik keje petang-petang. Bulan posa ni kitorang semua squat bilik bibik. Encik Jack risau bini dia sorang-sorang masak sahur kat bawah kan. Tidolah 4-4 beranak dalam bilik kecik kat bawah ni. Skang ni tiap kali nak tido malam-malam walau dah tutup lampu pun Zaraa tetap galok. Sorang-sorang pun menjadi jugak dia ni. Sampai Adam sendiri pun annoyed tak boleh nak tido Zaraa asyik lari panjat sana sini atas dia gelap-gelap tu. Belum kira sound effect dia lagi. Kesian kat Adam. Kitorang buat tak tahu pun takpe la kitorang tido atas katil. (tu pun dia dok main tarik-tarik comforter nak ajak orang main dengan dia). Adam tido kat bawah sekali dengan dia memang bengang la. Hahaha... Memang penat hokei. Kul 11.30 kadang-kadang tengah bergalok lagi. Kul 4 pagi aku dah nak kena bangkit. What to do. Orang ada nak kecik ni macam ni la.

Wiken baru ni, memang record breakinglah bagi aku seumur hidup lepas kawin ni. I slept for over two hours in daylight. Woof! Dapat tido atas katil putih, cadar putih, pillow case putih, bantal bulu angsa, dengan suhu bilik ala-ala macam pasang ekon tapi sebenarnya tak, and the kiddos encik Jack jaga. Forget about staying in hotel. I am in my own hotel anyway. Memang heavenly cozy. Sedar-sedar tengok jam dah 1.30pm. Fullamak! Semenjak jadi mak orang, this is the only time aku buleh dozzing off peacefully macam ni. Memang perasaan indah tu tak boleh nak gambar lah. Mengalahkan menang loteri. Indah lah kan. Semenjak posa ni, satu hari satu malam berapa jam je buleh tido. Dengan aman.

Tapi kan... Lepas bangun tu, Zaraa merajuk dengan aku. Wakakakaka.. Tak pernah berenggang dengan mommy kan. Lepas habis merajuk, dua-dua beradik kasi aku wishlist menu. Hambik. Kot-kot mana pun, nak makan tu memang kena dengan aku jugak. Kenapa lah lelaki tiada sensitiviti kemanusiaan sepertimana yang Allah kurniakan pada kaum ibu?* dah dapat tido 2 jam kareb Zaraa encik Jack basuh pun masih mengomel lagi! Ampun!

Recently, timing 1-2 am gitu Adam akan bangun muntah. For that reason, bekas tadah muntah memang siap tepi tempat Adam tido. Dekat kul 12 baru buleh tido, kul 1 Adam bangun muntah. Kul 4 dah kena bangun. Huaaarrrgghhhh mengantoknyeeeeeee~~~~~ Siang hari, Zaraa kareb 4,5 kali. Tak boleh tido jugak. *yawning

Redha aje lah. Orang lain keje lagi susah.

4 comments:

mem fiza said...

releks la teh..eryna dulu 1year pun 7kg aje..mase pantang tembam, lepas beralih susu tepung terus kecut..susu badan mlm2 je..kecik ati kot sbb aku kena gi kerja. skarang ni aje br lepas are kuning dlm graf tu..jumpa pakar zat makanan pun, jwpn metabolisma tinggi..bagi aje mkn..yg penting heppi

zahira said...

Adoila....tergelak klong baca ayat ayam serama tu! Nuha 6 bln dah 7.3kg. Pjg 67 cm.

Blog Diva said...

mem fiza:anak aku pun, lepas stop bf terus kecut jgk. tp masa adam dulu pun, x bf langsung pun.once dia dah boleh menyulur, merangkak, berjalan, memang kecut belaka anak-anak aku. pastu graf berat stagnant la.

kak long:memei semek demo ni panggil aye kapei.hahahahhahahaha...tp semek kiut sbb dio montel.zaraa ni halus kurus doh.supo poso jgk dio tu.

MiJa said...

supo lah teh.aku pun mengalami mslh sembelit jgk lps branak ke zakwan.zharif dulu normal jgk tp xdok pun prob ni.huhu.