Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, August 6, 2012

#915 Me Vs Shopping Raya

*sambil dengar lagu raya
Tupak sutong in the houzeeeeee!!! Hehe. Kelmarin pegi pasar tengok mr squidward segar-segar. Encik Jack requested for tupak sutong. Layan je lah time tak tahu nak makan santapan apa time berbuka ni kan. Sotong adalah sangat panjang-panjang menyebabkan aku malas nak menyumbat hingga ke hujung nyawa. Akibatnya, hasil akhir takde la le'it mana pun pulut kat dalam tu. Kalu aku gigih sikit tu, dapatlah makan inti pulut yang padat kat dalam. It's okay, aku memaafkan diri sendiri. Sebab cane-cane pun dah memang benda ni sedap. It doesn't matter padat ke tak. 
Kuah adalah sedikit cair sebab memang aku sengaja kurangkan manis. Kalu taruk lebih nise tu memang la likat sikit kuah. Tapi mengenangkan laki aku suka menghirup, maka aku dengan penuh rasa tanggungjawabnya cut off the sweetness level. Takde lah guilty sangat kan kalu tengok dia slurp-slurp sampai licin. Oh sedapnya tupak sutung...

Kelmarin jugak kitorang keluar ke Pacific konon-konon nak shopping raya lah. Encik Jack beli kasut. Living in this so called environmental concern state ni memang padah jugak time sale raya ni. Kan aku dah cakap seluruh pasaraya besar kat Penang ni tiap hari tak bagi plastic bag or paper bag. Imagine lah kelmarin nak shopping baju raya anak-anak tangan sibuk pegang kotak kasut sebelah, pegang tangan anak sebelah. Payah benar! Belum kira anak sibuk nak lari-lari sana sini lagi. Oh tertekan! Tertekan. Dan aku takleh nak shopping dalam keadaan tertekan.
Tak sabar nak grab buku once si abang done.
Tertekan dengan tak cukup tangan satu hal. Tertekan bila tengok price tag baju anak-anak yang aku berkenan pun satu hal. Dulu time takde anak pompuan dok berangan nak beli gaun. Skang ni bila dah ada, nak beli gaun tengok harga. Walaoeh. Semua gaun yang elok dan cantik rupa adalah dalam range RM60+. Baju anak lagi mahal dari baju mak. Baru selai. Cilakak. Terus takde mood. Dan terus balik empty handed. Huk aloh. Nak shopping online pun, yang aku berkenan takde size pulak. Tak pun, dah sold out. Sungguh tidak adil.
Alhamdulillah. Sehari dua ni anak-anak menunjukkan kerajinan dalam belajar. Aku tak tahu cane dia buleh berubah secara tiba-tiba ni. Sebelum ni kan memang habis daya nak ajak dia menulis. Tetiba je jadi rajin. Tak payah suruh. Sampai kekadang kena suruh berhenti, cikgu tak larat nak ajar. Hahaha. He can write numbers and arabic characters too. Setakat ni aku ajar dia ABC aje. Sebab yang tu pun memang hazab kan nak ajar pun. Tetiba je dia tulis tunjuk kat aku 123, alif ba ta semua. Memang syukur sangat-sangat la. *bye-bye disgraphia **pandai-pandai je aku diagnose dia kan haha

Zaraa pun tidak kurangnya rajin. Semua yang Adam buat, dia nak buat. Semalam dia bawak buku dengan kaler letak dekat aku. Aku senyum je sambil puji-puji dia rajin. Tak puas hati agaknya, dia tarik tangan aku, letak kat atas buku tu. Konon suruh aku pegang tangan dia la ajar cane nak pegang pensel, cane nak tulis. Okay I get it. Lalu aku pun buat la macam yang dia dambakan tu. Terus sengih-sengih gembira berjaya dapat apa yang dimahukan kan. Gelagat dia skang ni memang buat aku geli hati lah. Dengan sound effectnya sekali.
Da lama tak tengok orang mendulang guna kaedah ni.
 
Harap berterusan lah progress diorang ni. Adam skang ni tiap kali dia merajin menulis tu aku puji-puji la dia kan. Kasi boost sikit semangat tu. Most of the time dia akan jawab, Barulah Mommy tak sedih lagi kan? Anak aku memang tereris kalu bab bagi ayat drama skang ni. Bila tengok Adam dah ada sense nak menulis dan dah tahu guna imagination untuk tulis ABC tu, (tanpa bagi dia tengok contoh, bila aku bagi soalan impromptu, memang dia buleh tulis huruf-huruf yang aku sebut) Seems like I've been underestimating him before. My mistake!
Kemain lega aku skang ni. Tertekan weh kalu anak tak nak belajar. Don't play-play. Tapi pandai tulis skang ni pandai la jugak menuntut. Sebelum-belum ni, tiap kali nak pancing dia suruh tulis, kitorang umpan nak bagi dia main game la, nak beli keta la, etc. So skang ni macam-macam la dia tuntut. Mommy, Adam nak main game kek (decorating/baking/cooking game on the internet). Adam kan dah tulis banyak. Terkedu aku nak kasi alasan apa lagi tak nak bagi dia main. Bukanlah nak berkira sangat. Tapi once dah bagi, lain kali tiap hari dok asyik mintak nak main je. Tak bagus la for his eye vision.

Bukan takat menulis, now Adam dah buleh baca simple-simple words. (aku rasa dia hafal kot, sebab dalam buku phonetic dia tu perkataan sama je tunggang terbalik) ((underestimate him again, mommy!) Hahahaha... 

Apapun, alhamdulillah syukur sangat-sangat. Dulu letih nak suruh tulis dia tak nak. Now letih mintak dia take 5. I tried not to potong stim orang tengah naik syeh nak menulis ni. Memang tak boleh caras dia. We've been in hardships to make him write like today. Bila dia dah pandai ni, takkan kita nak back down kan. 

Situasi: Penat memasak sambil Zaraa dok bergayut kat kaki merengek itu ini, sambil kemas benda-benda yang Zaraa selerakkan bawah dapur etc, sambil mengemop lantai yang melekit, Adam datang bawak buku yang dia dah habis tulis dengan suara penuh bersemangat nak suruh aku check keje dia... Nak rijek tak sampai hati, dia dah bersungguh buat keje yang aku tak suruh. Tapi diri sangat penat mental dan fizikal. Layanlah jugak gitu-gitu pun. Apa nak buat.... Mata terbukak separuh pun kena layan jugak.

Zaraa skang ni kalu tak dapat apa dia nak, memang suka sangat lompat-lompat, tonggek-tonggek bontot sampai la orang bagi perhatian kat dia. Makin besar, makin macam-macam dia ni. Lari pun makin laju. She's real funny.

Okay dah. Aku nak pegi tengok 2 Days & 1 Night.. or 1 Night & 2 Days.

3 comments:

Anonymous said...

mama buat tupak sutung sedaaaaaaaaaaap! sapa nok jilat pingge raso
-kakak-

MiJa said...

aduhh..tupak sutun..nk nangis aku.ni la untung kawen ngn org serumpun.selera serupo.xpo xpo,once dapur aku launching nnt aku ikut tekak aku pulok.muahaha

Blog Diva said...

mija:hor la..mugo negara aku duduk ni mano ado org jual tupak sutum. nok tokse kalu nok makei jgk gak keno gohek buat sdiri la.sedak xsedak blkg kiro.janji ado la rupo dan raso sikit2 tuh..hehe...

dapur x launching lagi ko?hahaha...