Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, August 6, 2012

#916 Me Vs Shop Till We Drop

Aku sudah gila agaknya. Beli handbag dengan kasut tema Frankenstein. Ahaha.. Tak tahu kenapa aku beli. Kena rasuk dengan frankenstein apakah. Tak sangka pulak macam tu sekali warnanya bila sampai kat umah. Kat kedai sebab diperdayakan oleh lampu downlight, maka aku terpengaruh dengan keunikan warnanya. Sekali sampai umah, BINGO...... Hahahahaha... Mata aku masih kompius lagi ni. Sekali tengok nampak cantik. Dua kali tengok nampak menarik. Tengok jauh nampak cantik. Tengok dekat, far from nice! Wakakakakaka... Apa sudah jadi dengan taste Blog Diva ni.... Ke laut nampaknya.

Kitorang tadi shopping kat 4 tempat. Dari kedai rijek kat Machang Bubuk ke Jusco Seberang City, ke kedai ala rumah Mode kat Perda then lastly ke Sunway. Hari ni mostly semua orang dah beli persiapan raya. Kat kedai rijek tu encik Jack beli baju + seluar keje. Great bargain la. Kat Jusco tengok-tengok aje. Disebabkan Zaraa lena, malas la pulak nak memilih high and low. Last-last beli Aunty Anne pretzel je kat Adam. Blah gi Rumah Mode Perda. Bought 2 Ralph Lauren dresses for Zaraa, one Guess Jeans for Adam and a polo T for Adam.

2 dress Ralph Lauren adalah sama harganya dengan 1 Dress cap Anakku/Baby Kiko/seumpamanya. Kanasai. Nasib baik tak beli kelmarin. Puas hati hari ni. Memang rezeki lah shopping kat rumah mode Perda ni. Baju seluar semua branded, tapi kasut takkan cap Bata je encik Jack cakap. A plain conflict of interest. Tadi kat Sunway aku ada berkenan kat sepasang kasut Baby Kiko style Mary Jane gitu. Tapi mengenangkan queue panjang berlingkar dan kitorang tak semayang Zuhur lagi, terus lupakan saje hasrat nak tengok dia pakai kasut mary jane hitam tu raya ni. Takpe lah, ada rezeki nanti jumpa la yang lagi elok. Harapnya lah.

Rasanya shopping raya tahun ni paling penat dalam sejarah kitorang. Sebab shopping 4 penjuru sehari kan. Pastu bawak dua budak pulak tu. Raya tahun lepas tak buat persediaan sangat pun sebab aku dalam pantang. Kira tahun ni la first year kitorang shopping lintang pukang dengan dua beradik ni. Memang penat lah. Nak bawah stroller pun malas sebab orang adalah sangat ramai bersesak-sesak.

Pengajaran yang aku dapat hari ni, kalu nak shopping tempat besar seelok-eloknya pegi terang-terang tanah lagi. Baru tak berebut parking dan tak perlu queue panjang kat cashier. Ataupun, kalu malas beratur panjang, satu cara lagi adalah beli kat butik or kedai-kedai tunggal. Contoh: Butik Anakku instead of dalam Anakku dalam Jusco tu... Nak kena queue sekali orang yang nak beli benda lain. Adalah sangat menyampah beratur panjang okay.

Tinggal footwear budak-budak ni aje tak beli lagi. Oh, Blog Diva beli wedges tahun ni. Gila kentang. Tak tahulah apa kena aku tahun ni. Semua taste dah pegi ke laut. Baju lilac, kasut dengan handbag ala frankenstein. 

Adoi la tolong aku.

8 comments:

Cikgi Diva :-) said...

post la hasil tangkapan di laut tuh...hahahaha...

Blog Diva said...

mah:tokleh.aku masih berpegang kepada kepercayaan bahawa persalinan raya tokleh tunjuk awal2 takut basi.hehe..

malu lah.mugo bukei designer handbag & shoes supo set cikgu cikgi ni... aku cuma surirumah hok sekali nok jangok tetiba ke laut jadinya.hahahha

mommynadia said...

pergh!! I can imagine how Blog Diva will turn to be a real diva soon ..tak sabo nak tgk bag ala Frankenstein, mesti vogue divas wokey..
Jgn tak tahu,mommynadia tahun ni ber"wedges" jugak..setelah selesa dgn flat shoes,tapi dek selalu kn kutuk dgn che mimi, baju n kasut tak sesuwai..amik pakai wedges 3 inci ok..Ni kalau kat shopp complex, anak lari, harus mommy dia yg tertonggeng dulu..

memang lah mek, pose2 dgn org ramai..shopp complex mmg kena avoid sgt. Tp biasalah pompuan, lagi tak takbir raya kan,lagi tu suka beno nk ke shopp complex..I ler tu..
Next year,kita shopping awal k blog diva ;)

Itulah puas scroll ingat buelh tgk bag n kasut pn blog diva ;)

Blog Diva said...

nadia:ahahahahaha...malu la i.the colour is too shocking.bajet datin la sangat kan.sekali ke laut jadahnya.kahkahkah....

tu lah.time beli tu tak sedar apa.tgn main capai je.bila sampai kat umah, baru lah macam, 'what the hell did i buy'...too late. dah beli pun.

naik syeh kot tengok org pakat capai mencapai.kita pun capai la jugak. sekali sampai kat umah, ambik ko. hazabnya kaler!

huhu...takleh komplen byk2..nanti boss marah ;p

anyway i'm thankful that he bought me things... biasalah pompuan kan.. dah beli rasa tak puas ati pulak. beli 10 jenis pun belum tentu puas..hihi...

zahira said...

Wahhh...beraya sakan nmpknya thn ni!! Siap kasut ngan henbeg baru! Me? Takat bj kurung je la baru. Kasut raya henbeg raya ilekkk..

MiJa said...

wow!seronoknye baca story soping moping u!sakan sgguh blog diva thn ni kira ujung rmbut smpai ujung kaki la preparation!haha igt nk pau laki aku bli henbeg gak lah.hrp jgn ler duk ungkit yg dia bli 2thn lps tu elok ag.huaaa

Blog Diva said...

kaklong:me mano ado hengbeg dgn selipar. beg loni tu hok mekna beli bundle, pinje jah tu (dekat setahun doh hahaha). Selipar pun dok buat sehei gi pasar, malu mato nok raya dengan selipar tu. Selipar tu tu tunggu masa je nak tercabut tapak.

Last henbeg beli 2,3 tahun lepas. mahal tlajok sapa paka smeta terkopek abis doh 'leather' dio...hahahaha..aloh, beli tahun ni bukei kelas2 designer's item pun.

Blog Diva said...

mija:hoh ado doh tu mano aci mitok hok lain.hahahahha...aku kes terpencil. hengbeg aku ninonino doh, terpaksa la beli hok baru dengan selipar. mugo hok sedio ado nazak doh kei.. selalunya aku tak beli pun hengbeg sokmo2. paka sapa xleh guno baru beli lain.