Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, August 10, 2012

#917 Me Vs Ueno Rie

Zaraa tak sihat. Adam dok berdarah hidung. Encik Jack and I are sneezing. 

Frast sangat.. Bajet buleh posa cukup sebulan tahun ni. Entah kenapa lintang pukang cycle aku kali ni. Biasanya kalu awal tu jarang-jarang sangat lah berlaku. Lewat 2,3 minggu itu adalah perkara biasa. Nak-nak pulak time bulan posa tak cukup makan minum ni. Dah 4 hari aku diharamkan berpuasa. Sedih sangat. Ingatkan tahun ni buleh fokus untuk qada posa tahun-tahun lepas je. Bertambah lagi la hutang dengan Tuhan nampak gayanya. Apa nak buat ye. Aku dok plan-plan, rupanya Allah ada yang lagi menarik nak bagi aku. *bersangka baik

4 hari beraya di siang hari dan berpuasa di malam hari join budak dua beradik ni rasanya agak dull. Diri agak serba salah, nak makan ke tak. Tak nak makan, takut gastrik pulak. (padahal dah 2 minggu lebih dah posa takde pun gastrik-gastrik). Nak makan, takde selera sebab dah banyak hari terbiasa tak makan di siang hari kan. Tapi semenjak takleh posa ni, memang perut sakit kalu tak makan. Pelik betul. Selalunya aku seronok jugak diberi keizinan meninggalkan posa cara bermaruah ni. Sebab dah terlalu banyak sangat hari kot nak kena ganti kan. Memang BERAT la aku rasa dugaan yang satu ni.

Oh Bridal Mask dah release episode 20. Minggu ni drama ni dapat 1st rating kat Korea. Kuku aku dah tinggal separuh dah dok gigit-gigit thrill to know the next scene. Sakit jantung! Akibat aku dengan encik Jack dok kucar-kacir marathon k-drama lain-lain citer respectively ni kan, tak pasal-pasal berlubang sofa aku. Kisah benar ni wei. Gilos kan. Abih, kalu encik Jack balik keje sibuk tengok Secret Garden, aku pulak sebelum dia balik keje sibuk marathon citer X 58 episod, tak berkawah sofa aku? Hahahaha... Sayang pulak kat sofa molek-molek ni kitorang dah lenjankan.

Zaraa skang dah pandai cium orang. Cium, cium jugak. Kekadang dapat bonus gigi kacip dia skali. Petang tadi aku terlelap. Tetiba dia gigit lutut aku. Sedar-sedar tengok beg pampers dia kat tengah kapet dia campak. Oooo.. Nak habaq dia kareb la tu. Nice try. Lebam lutut aku.

Adam  masih lagi dengan syeh nak menulis dia. Kadang-kadang adalah sangat annoyed. Ok arasso. Dulu bising satu blogsfera risau anak teruna aku tak nak tulis kan. Now upside down dah. Kalu buleh nak sorok buku dari dia. Bila dia naik syeh, adik pun akan join sama syeh itu. Lepas tu akan ada world war between the two berebut buku, berebut pensil. Bagi asing-asing pun tak berkesan. Hayoh.

Aku nak pegi tengok 2 days 1 night. Addicted!

Pyong!~~

No comments: