Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, August 14, 2012

#919 Me Vs The Lil Picasso(s)

Dalam masa 2 minggu ni memang banyak kejutan Adam bagi kat aku. From nothing to something, it's quite an awesome achievement. Aku masih terpinga-pinga memikirkan macam mana dia buleh tiba-tiba pandai banyak benda ni. Sebelum ni, pegang pensel pun trouble. 

Aku rasa aku start perasan dia dah boleh lukis muka/orang since last week. First dia tunjuk hasil nukilan dia ofkos aku rasa nak tergolek-dot. Adoyai... Sebijik rupa watak Sheldon the plankton dalam Spongebob Squarepants tu. Anybody knows him? Puzzle sungguh aku. Macam mana dia buleh master skill tulis dengan lukis dalam satu masa dalam masa dua minggu. Or.... Did I miss something?? maklum la kan sebulan dua ni full time marathon kdrama...  
Sheldon. Ada iras-iras kan?
May I present you hasil seni teragung Adam. Penting ni tepek sini. Nanti dia besar-besar esok ada la memory lane kan untuk dia. Skang ni memang dia obses lukis benda ni. Bila aku tanya Adam lukis apa ni. Dia jawab orang lidi. *thinking So, kat mana-mana yang pernah dia tulis memang ada la signature benda ni.....
Celah no3 pun sempat lagi.
Buku latihan yang aku beli dengan Puan Menteri last time aritu agak tebal sikit from the one yang dia biasa buat. Makanya, syeh menulis adalah lintang pukang. Tulis sebijik dua muka surat depan pastu distract pegi flipped page belakang-belakang pulak. Ikut dan ikut sedap dia je. Advance la konon kan. Pastu habis la salah. Baca tak terer mana lagi dah poyo nak buat latihan yang ada soalan kena baca dan faham. Geleng kepala la jugak. Takleh nak potong angin dia sangat. Nanti tak nak tulis forever and ever aku jugak payah. Kita ikut je rentak dia. Nanti pandailah dia bosan tu.. Hahahaha...
His handwriting. Booooley la kan.
Jauh-jauhnya la satu-satu huruf tu.
Semenjak dah pandai tulis ni, tiap hari balik sekolah memang cari buku la. Terbongkok buat latihan tanpa disuruh-suruh. Bila nak diingat balik detik-detik awal dia pergi sekolah aritu yang cikgu bagi homework suruh tulis A-K tu, memang sadis lah. Anak dengan mak sama menangis bila bukak buku. Tapi sekarang tidak lagi. I don't know to whom should I show my gratitude. Sangat berterima kasih sebab buat dia berubah jadi nak menulis skang ni.
The late bloomer now in the fast lane.
No komen. nanti makin elok la tuuuu...
Zaraa's masterpiece. LOL dalam panas-panas hati pun.
Kitorang tak jadi balik esok. Pospon sehari. Khamis maybe after Subuh kitorang bertolak balik. Saje nak delay takut pokok bunga pokok pine encik jack mati kalu tinggal lama-lama. Kena ubah strategi kepada pasang sprinkler nampak gaya. Tak senang hati balik kampung lama-lama musim summer ni.
Oh must start packing from now. Ada banyak barang nak kena bawak balik. Baju raya pun baru nak basuh. Esok lusa Gaksital release episode 21-22. Kalu zaman melanun dulu buleh la balik kampung bawak bekal kdrama. Now semua lanun sudah retire. Lepas raya pulak la sambung 4 episode back to back. Ok jugak tu.

Bye for now. Maaf zahir batin. 

Pyong~~~~!!!

2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

bulih roba ko pergo mung tuh

Blog Diva said...

mah:hehe.mujo buleh ;p