Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, August 27, 2012

#920 Me Vs Puasa Lagi

Heret diorang masuk Popular sementara EnJack pilih tv.
Haih. Mintak laptop, terbeli tv pulak derrr... Bertabah aje lah dengan kesiputan laptop yang makin hari makin ketara ni. Google Chrome aku dalam ni kejap ada, kejap uninstall. Semua shortcut kat desktop tah mana-mana ghaib. Terkial-kial nak mencari satu-satu folder gambar. Tadi Chrome takde, try guna Firefox. Oh bertulong! Last-last install lagi skali Google Chrome untuk kali entah ke berapa. Geli lah nak guna Firefox. 
Hari ni kami laki bini posa. Sementara aura posa belum jauh tertinggal ni baik aku start awal-awal. Tadi bangkit sahur pun takde la rasa aneh sangat. Masih rasa macam bulan posa aritu la jugak. Tak sangka aku dah terbuat satu keputusan yang tepat. Encik Jack posa 6 ngan sunat ari Isnin. Aku posa sunat Isnin, posa 6 ngan posa ganti. Buleh kan. Saje busuk ati ajak encik Jack posa. Kalu tak, kena masak lunch. Bawak-bawak la posa sunat banyak-banyak. Risau aku tengok kekiloan dia. 
Soak
Masa balik Penang aritu singgah Bukit Bunga. Terbeli beras pulut hitam. Sebab aritu ada pegi wedding belah Nyonya Zainab. Tak puas hati makan bubur pulut hitam hangit kat wedding tu. Tu yang naik syeh beli beras pulut hitam tu. Kena pulak arini posa kan, pagi tak berapa pagi lagi aku roger sana sini bertanya cara nak masak bubur pulut hitam ni. Tak pernah buat hokey. Tapi tersangat suka makan. Makanya, aku harus belajar bertitik tolak mulai hari ini. Umur makin muda ni nak tak reti masak sampai bila kan.
Pekat lah pulok! *choi
Bukak posa karang encik Jack order mi bandung ngan mi soto. Pakai perencah Adami aje. Anak-anak aku specially cik mek cewi ni dah terjangkit sindrom ke-maman-an. Pantang aku jauh sikit, mula la memerap. Kalu masak, tak sah kalu tak memerap kat celah paha. Cane la nak jadi masterchef. Masak pun simple-simple aje skang ni. Jangan berani-berani nak kompelin. Nak sedap, masak sendiri. Serabut macam gaban nak masak skang ni. Masuk bilik air pun begitu juga. 
Tadi Adam pegi sekolah cakap cikgu suruh bawak cawan. Ada sesi gosok gigi lah tu gamaknya. Zaraa bila nampak berus gigi, terus gonggong bawak lari serata rumah. Rajin lah sangat eksyen gosok gigi tu.

Orang kat kampung kiri kanan dok hasut aku skang ni. Abih la aku. Raya aritu Nik Pareh dah prebiu Dummy Mommy kat tv besar Puan Menteri. Bila dah balik Penang, hasutan masih diterima. The Moon That Embraces The Sun pulak. Lebih hebat dari Winter Sonata kabo nya. Ni...... cer citer kat aku. Yang berani-berani dok hasut aku ni, bila masa aku nak tengok 1 Night 2 Days lagi, nak karang blog lagi, nak upload gambar kat fesbuk lagi, nak download drama lagi. Zaraa kacau lagi.

Cer citer.

2 comments:

Anonymous said...

mcteh...hehhee saturday aritu memerap tgk The Moon That Embraces The Sun ngan mama! dr pg sampai tgh male! Best la cito tu! Harap2 yr abe ipa dpt supo Lee Hwon..uhhh i'm in love.
Tgk jgn tak tgk! Suko tgk cito zame dulu..tgk culture dia org..handsome king etc heeeeeee

Dummy mommy tu buke setakat gilo2 jah..bekok gok la mato tgk ..huhuhu
sedih gok ..anyway good drama.

sigh Sept will be bz gaban..nik pareh nik pareh..bakpo la hasut tgk K-Drama! eeeeee meroyan la nanti
-kakak-

zahira said...

huiyo beli Tv baru! hehehehe...