Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, September 3, 2012

#922 Me Vs Raya Gallore

Citer 2 minggu lepas baru terhegeh-hegeh nak update. Mojo berblogging tak berapa nak ada. Tapi tetap ada bingkisan untuk tatapan diri sendiri di hari tua nanti. And for those who worships this blog too. Kalu ada lah.
Bertolak lepas Subuh hari Khamis terakhir Ramadhan. Kul 8 lebih pun masih berkabus somewhere after Baling area. The kiddos both fallen asleep. Mudah lah aku nak tido-tido jugak. Semalam sebelum tu ofkos la tido lambat packing itu ini pastu prepare umah nak tinggal lama ni. Adoyai. First time kan tinggal umah lama-lama lepas pindah umah baru ni. Hopefully Allah jaga la harta benda dunia yang tak seberapa ni.
Adam muntah 3 plastik. Padahal kejut bangun tido tu takde makan minum apa-apa terus mandi bersiap, naik keta terus. Kesian dia. Habis isi perut keluar. Tapi mantain banyak mulut. Kitorang balik Apal dulu. Sebab tahun lepas kan raya aku pantang kat KB. So tahun ni giliran Apal la dulu raya pertama. Disebabkan baju raya encik Jack Puan Menteri yang tempah, kena balik ambik kat KB dulu. Ingatkan Nik Pareh tak sampai lagi, rupanya kitorang yang last tiba. Good. I hate waiting. Nak-nak pulak peak season macam ni mana-mana ceruk KB akan congested.
Bos IBM sangat bertenaga mengalahkan kuasa kuda hitam Babylon. Dari pagi sampai ke tak pagi dia dok buat keje dapur. Baking and cooking and washing and cleaning and all sort of things. Bertuah Puan Menteri ada anak macam dia kan. Sepanjang hari umah Puan Menteri berbau kek. Berapa bijik kek Bos IBM buat  hari tu. Kek coklat aje 3 or 4 bijik. Nak bagi MIL aku, jiran-jiran Puan Menteri dan makan sendiri katanya. Baiknya. Me? Malas.
Oh tahun ni tat nenas buat sendiri! *clap clap clap... Berbaloi lah Puan Menteri beli oven baru. Biskut, kek semua gebu-gebu. Sila beli oven cap Pensonic. Eh Pensonic ke?
Malam raya terus balik Apal semula. Kesian MIL raya dengan Orang Kaya Apal laki bini je kalu kitorang tak raya sana. MIL rilek je. Semua hidangan untuk santapan pagi raya dia dah prepare berminggu-minggu awal. Takde la kucar kacir sorang-sorang kan. Ada 2 fridge ni senang la dia nak simpan satay frozen banyak-banyak. MIL aku memang sangat organize kalu bab makan-makan raya ni.
Pagi raya MIL hidang satay je la. Makan besar tunggu nanti kroni kat KL nun balik. Baru best ramai-ramai. Pagi raya tahun ni, encik Jack sorang-sorang bakar satay. Encik Orang Kaya masih dalam pantang. Hihi. Ralit dok tengok dia bakar satay, teringat kat arwah FIL. Raya 2010 sempat aku capture diorang dok bakar satay.Sobs....
Raya 2010.
Lepas encik Jack balik dari kubur, kitorang balik KB semula sebab Encik Hilal dah sampai kat epot Kb tu. Aku angkut MIL sekali lah. Kalu tak boring pulak dia sorang-sorang kat umah. Nanti karang, encik Hilal bawak balik keta merah aku tu. Kitorang pakai keta Puan Menteri dengan Nik Pareh je la kalu nak pergi beraya mana-mana. 
Rupanya raya tahun ni memang tak banyak rumah pun berjaya diserang sebab most of them datang serang umah kitorang. Eloklah tu. Tak payah serabut-serabut jem dalam keta nak menyampai umah orang. Baik orang pakat datang umah kita kan!
Lepas Zuhur baru berjaya meloloskan diri. Pegi raya umah sedara terdekat je. Tu pun otw balik dah terlibat dengan macet. Dah tiba masanya KB buat highway 5 tingkat kot. Adam sampai terbongkok-bongkok terlena dalam keta. 
Sape punya yang paling outstanding itu?? Mine ofkos!
Raya tahun ni paling sempoi. Buat persiapan pun gitu-gitu aje. Masuk kedai, pilih, try, bayar. Takde survey-survey. Rasanya tahun depan pun nak buat macam ni jugak la. Avoid tempat-tempat ramai orang. Nak shopping baju budak, serang kedai ala Rumah Mode tu je.

Aku tak tahu gambar raya family kitorang camera sape yang paling ngetop. Sampai la ni dok nanti bila la buleh tengok gambar raya. Menyesal pulak tak suruh diorang snap pakai fon aku je. Nak buat cemana, masing-masing hunus DSLR dengan smart phones, malu la ai. Kepada pengambil-pengambil gambar, sila upload gambar kat fesbuk dan tag aku cepat-cepat.
Tahun ni puas hati dapat bedal tat gulung yang sedap-sedap. Banyak tahun dah kan aku mencari. Aisy... Kecur liur. Aku posa tau hari ni! Biskut-biskut yang semua orang tapaukan semua dah lemau. Bila sampai Penang, semua pakat bolayan biskut raya. Aku memang diva. Kalu main boh je sekaligus 4,5 jenis sebekas, memang aku tak layan. Sebab lama-lama, biskut tu akan hilang identiti bau dan rasa dia. Pastu memang takdir biskut tu akan ke tong sampah la jawabnya. Yes, I am picky.

Tetiba rasa nak makan biskut makmur. Ehem. Bila lah nak kira duit raya bebudak ni. Malasnyer!

Pyong~~!!

2 comments:

zahira said...

Duit raya kiki & nuha dah selamat masuk their savings acct. Malas nak simpan lama2 duit. Byk. Kang mak ayah terguna lak :).

Anonymous said...

hahaha bilo maso ambik gambar2 tu weh? teringat time baking2 tu..
hmm next raya kena bake byk2 lg!
hehehe kena beli oven cap pensonic baru kek gebu2 hahahhaa comei pulok napok tart ina tu!

oven tu ina beli tuk mama..thank you mek ina! eeeeii tak sabar nak baking2 ngan both aleesya & zara!
-kakak-