Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 4, 2012

#923 Me Vs Perang Susu

Jumaat baru ni ex-roomate aku kat USM datang beraya kat umah. Dia belum sampai lagi umah baru aku ni. Kat kondo dulu banyak kali dah. Puan Sarmiza, mu bila lagi? Marcela dah kenal umah aku. Menariknya kunjungan beliau baru ni, laki dia ada dinner kat Auto City, tinggal la dia dengan anak dia kat sini. Buleh la sembang lama sket. Dinner malam tu encik Jack baik hati belanja makan char koay teow Permatang Pauh. Tengkiu laling!
Adam memang seronok la ada member. Sampai je diorang, terus offer toys ajak main sesama. Pastu tunggang tebalik la umah aku dikerjakan hero-hero jambu kitorang ni. Dengan Zaraa-Zaraa sekali terjerit terpekik seronoknya. Macamlah orang nak main dengan dia. Haha. Hero-hero lari, dia pun lari jugak. Pastu bila eksiden, terus bangkit sambung main lagi. Seronoknya anak dara aku ni. Time raya baru ni dengan Semek tak nak pulak dia main sama-sama. Kecik-kecik dah buleh tahan gelenyanya ye.
Wiken baru ni Adam secara tak sengaja tertumpah susu dalam bekas besar tu. Ada la dalam secawan lebih tepung susu tu berselerak atas lantai. Aku tengah sibuk memasak, daddynya tengah sibuk layan My Princess, Zaraa sibuk menyibuk. Mau tak hot tebabo semua orang. Encik Jack punya mengamuk, terus campak botol susu Adam dalam tong sampah. Pastu dengan muka garang ugut dia suruh minum dalam cawan. Kalu tak nak jugak, pasni tak payah beli susu dah. Diam je Adam. Kesian pulak aku tengok. Bancuh susu dia dalam gelas, tak minum lah dia. Masam lah, tak sedap lah. Macam-macam excuse dia kasi. Tengahari dok bisik-bisik kat aku nak susu dalam botol. Aku buat tak tahu je.
But then, bila tengok susu dia ada satu pek lagi belum buka, sape nak habiskan. Kalu bancuh dalam gelas sekalipun, memang dia takkan minum. Ugut la cemana pun. Pikir punya pikir, aku slow talk balik kat dia (macam lah dia paham) cakap ni last susu dia. Lepas habis satu pek tu, daddy tak nak beli dah. (yahoo, buleh cover untuk bayar monthly bil unifi) ;p Dia angguk-angguk. Cheh. Pasni meroyan jugak mintak susu.
Budak seputeh kasih ramadhan ni pulak satu hal. Kelmarin pecah rekod pecah periuk vision aku sebijik jasa dia. That's the price of having a hardworking daughter in the kitchen. Seingat aku lah, sebuas-buas Adam dulu tak pernah pecah apa-apa kat umah sendiri mahupun kat umah orang. Pinggan ke, cawan ke, gelas ke... Tak pernah pecah. Sebab tu kat umah aku ni mana ada cawan pinggan mangkuk plastik. Kalu ada pun, yang dapat free bila beli ubat gigi ke susu ke apa-apa. Adam memang tak pernah threaten barang kaca umah aku. Kelmarin semua orang dok luar tengok tv. Bila Adam masuk dapur ambik Nutrigen dia, Zaraa ikut sekaki. Bila Adam keluar, dia tak keluar-keluar. Tetiba PPPPPAAAAAANNGGGGG!!!! Dalam hati dok fuhfahfuhfah doa biar la yang pecah tu pinggan free ubat gigi. Sekali tengok, warna coklat. Periuk Vision aku!!!! *Antara nak marah dengan nak menari Gangnam Style. Dalam banyak-banyak kaca kat situ, kenapa lah Vision menjadi pilihan. She got taste.
Orang lain dok tido, ni keje dia.
Mek halus ni suka memanjat skang. Grill pintu utama ni dipanjatnya sampai ke atas. Adus sakit jantung aku. Panjat katil, panjat sofa. Bila berada di puncak, sengih-sengih lepas tangan. Koya sungguh.Perkataan yang dia pandai skang 'dah'. Selalu tengok aku marah Adam main air lama-lama dalam jamban cakap dah-dah-dah kat Adam. Dia pun tiru la. Kalu aku bawak dia masuk bilik air, dah-dah-dah jugak la dia bagitau aku. Biar air belum bukak lagi pun!
Nuffnang aku dah buleh cash out. Hihi. Nak tamak lagi buleh?

Pyong~~~!!!

7 comments:

zahira said...

Huiyo! Congratslah! :)

Blog Diva said...

Tahniah utk gapo ni? buleh cash out ko adam nok bercerai susu ko zara pandai ngukah? ;p

mama ct said...

mek...aku ada hidupkan balik blog pasal anak2 belajar ni...mari lah melawat..hahaha

earlyedukids.blogspot.com

boleh lah earlyedukan zara tu...she got the potential! hahahah

zahira said...

Tahniah dpt cash out nuffnang! :)

MiJa said...

hebak lah zaraa,puyuk vision!!mujur auntie mija x mampu nk beli puyuk mahal.wah shila dh smpai umh agam mu.bila la aku nk g png ag.huhu

Cikgi Diva :-) said...

Bkpo nk bercerai susu nyoh..susu keno minum sapa tuo..bercerai botol lebih tepat...naufal byk kali percubaan doh tapi x jjadi2...paka gelas susu x sedap dokpun x rasa apa2...kaunselor xtau nk guna teori gapo doh.

Blog Diva said...

ct:aku dah tgk sblm ko invite lagi ;p good job ct! insyaAllah, aku kena kuat smgt mcm ko lah br menjadi ;p ;p

kaklong: hoho...holoh, baru brp rial. nok cash out pun serba salah tolok caj situ sini buleh berapa sen jah ;p

mija:aku pun mano pernoh beli puyuk pingge makuk mahal2. semo hok mhl2 tu adioh org bui. hrp kakku, memei darat bendo mahal lah.

mah:aku neves jgk ni.tggu supik terakhir tu habih. pahtu keno rasuoh dgn soya kotok atau vitagen atau air-air kotok hok sedak2 la. siye plk skali ingat gak.