Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 5, 2012

#924 Me Vs The Milky Way

Time perang susu dengan Adam baru ni pegi Tesco memasing naik syeh la kan nak tukar susu murah dalam plan penjimatan bulanan kononnya. Lebih keji lagi, nak jimat duit susu anak untuk subscribe unifi. Ahahahaha... Bunyinya sangat selfish kan. 
Dalam dok tengok-tengok brand susu yang lebih jimat tu, tengok Dutch Lady macam menarik pulak. Bau pun wangi-wangi vanilla gitu. So, ambik la pek paling kecik untuk try kat Zaraa. Dia dah setahun lebih kan. Dah makan serba serbi. So, rasanya it's okay and it's time to change to cheaper milk. Always trial and error.
Susu asal Zaraa ada separuh lagi. Bila balik Tesco, terus bukak pek Dutch Lady tu dan campur dalam bekas susu dia. Teknik percampuran aku ni takleh pakai kat orang lain. ;p After few days consuming the new milk mixture, aku ada rasa sedikit risau. Kelmarin dulu, dia kareb keras. Kelmarin pun after teran few times baru keluar the hard stool. Tak sesuai kah? Atau her bowel still adjusting to the new milk? Should I give her another days of trial? Bila facing this situation, plan nak berjimat dah jadi tak seronok. Huk aloh. Whatever it is, kesihatan anak mesti didahulukan. Aku cakap kat encik Jack, kalu tak sesuai jugak, teruskan je la dengan susu asal dia. Susu Adam kan dah tak nak beli dah. Dah jimat dah kat situ.
Nak stop susu Adam ni, aku risau kat satu je. Dia kan severe constipation. Time haji tahun lepas encik Jack ada beli minyak habbatus sauda ni. (gambar atas) Berpegang kat sabda Rasulullah yang bermaksud habbatus sauda buleh sembuhkan semua penyakit kecuali mati, so kitorang pun try la bagi Adam-thru his milk-thru feeding bottle to be precise. Habis tu kalu stop susu dia, nak bagi dia telan benda ni macam mana? Meh nak kasi testimoni sket pasal minyak kat atas ni, you all tahu la kan how severe sembelit anak bujang aku ni. Tapi alhamdulillah la, sejak bagi dia minum minyak ni tiap hari, memang mujarab. Kareb journey dia dah makin smooth. No more pain. Sesape yang ada masalah sembelit try lah. Tu Rasul sendiri rekemen. Berani tak nak try.
Hoho. Bukan senang nak stop susu anak ni. Kalu ikutkan kes Adam ni, tahun lepas lagi pakar gastro dia suruh stop susu dia. Tapi as a parent, mestilah tak sampai hati nak buat benda-benda sadis kat anak sendiri kan.  
Ini hasil pengumpulan scoop susu Zaraa sejak dia lahir. 40 scoops je. Hihi. Memang anak-anak aku tak kuat menyusu. The first 9 months kan Zaraa  minum susu botol plus bf. Sebab tu tak banyak mana kot scoops yang ada. Alasan. Bulan ni last redeem pakai scoop. Aku tengah mengumpul semangat yang sikit-sikit ni untuk bungkus dan pos scoop ni.

Barcode susu Adam pun dah banyak ni. Ingat nak redeem sekali dengan susu Zaraa lah. Dapat tupperware pun jadilah daripada tak dapat apa-apa. Ofkos aku aim kat juicer, haha... Tapi nevermind lah. Susah-susah, kita beli sendiri.

Zaraa dah ada vocab dia sendiri. Kelmarin dia bangun tido senyum-senyum terus datang kat aku sambil sebut 'Aaaammm' sambil kiss pipi aku. Auuuwwww... Isn't she lovely? Aku je dia suka kiss. Bila suruh kiss daddy, terus sipu-sipu malu. Sweet lah dia.

Pyong~~~!!

3 comments:

zahira said...

Susu dutch lady zaraa letak bape scoop? Cuba kurangkan scoop & jgn campur susu tgk. If still sama meaning tak sesuai la.

Blog Diva said...

ntah.beli dalam pek plastik tu tak bagi scoop kan.so, guna scoop S26 la buh 2 scoop jgk. nak kurangkan nmpk mcm cair je ;p

zahira said...

Kiki pun guna scoop susu lama gak :)