Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 11, 2012

#926 Me Vs Her New Skill

2,3 hari ni Zaraa makin aktif memanjat sofa. Harini dah expert dah. Tiap kali aku kalih belakang, mesti tengok dia dok atas sofa. Sengih-sengih la dah berjaya. Naik pandai benar, nak turun je tak berapa pandai. Fedap jugak aku membawa watak referee ni. Angkat dia bawak turun pun, sekejap pastu tengok dia dok tercotek atas sofa tu jugak. Lama-lama aku biar je dia challenge diri dia sendiri under minimal supervision. Aku dok dapur tadi intai dari jauh tengok dia dok hulur sebelah kaki nak turun. Hulur punya hulur, kaki tak cecah lantai jugak. Last-last tak jadi turun. Tahu takut takpe. Pastu tersengih-sengih lah buat hal sendiri bersuka ria atas sofa tu sampai la aku datang selamatkan dia. Hulur susu sebotol terus habis on one go. Tu dia dia punya haus.
Skang ni dia suka benar pakai selipar/kasut orang. Kadang-kadang sampai dua lapis dia pakai. Kasut daddy pun tak terkecuali walaupun kelihatan seperti kasut Ronald McDonald besarnya dengan kaki dia. Dia tak kisah. Dia tetap happy. Orang yang tengok pun tumpang gelak sama. Memang pantanglah kalu pintu terbuka or time orang bukak pintu nak jemur or angkat kain, dia pun pantas la menyelinap keluar.
Bubuh stokin busuk daddy dalam mangkuk main masak-masak.
Semenjak pandai naik sofa sendiri ni, aku makin la risau kat mek halus aku ni. Tadi nyaris nak terlentang nasib baik aku sempat sambut. Nak tinggal masuk jamban pun tak senang hati. Tadi nak semayang, aku hampar je comforter banyak-banyak serata sofa ni. Kalu nak terlentang ke, tergangnam style sorang-sorang ke, takde la sakit sangat kan. Time Adam baru-baru terer memanjat dulu pun camni lah aku buat time nak tinggal-tinggal dia sekejap tu. Domestic hazard ni memang payah nak elak. Tapi bila ada toddler in the house, kena selalu berjaga-jaga. Kalu nak jadi jugak, it's beyond our power lah.
Tengoklah gelagat mek Zaraa ni. Kononnya she's on top of the world lah buleh panjat tu. Suka-suki sorang-sorang atas sofa.
Last-last pek diaper ni jugak jadi tangga dia. Aku ajar dia turun. Tarik kaki dia sampai cecah plastik tu. Lepas tu terus pandai turun sendiri. Makin laju la naik turun sofa. Lepas ni memang tergugat la nak online. Selalunya aku laptop memang berstesen atas meja kopi ni. Online sambil dok kat sofa. But now she's able to climb, memang kacau daun lah nak menaip. Cuba tengok muka poker dia.
Tadi Adam balik sekolah bawak balik one goodie bag penuh dengan makanan aka jajan. Agaknya ada birthday party budak sekolah dia la kot. Tanya birthday kawan ke, dia tak reti nak relay story. Tapi gaya cakap tu macam ada acara candle blowing. Ye lah tu gamaknya. Harini bagi surat lagi. Sekolah dia buat open house kat cawangan yang kat Kondo lama aku tu. Sabtu ni 9-11am. Siap catat kat surat tu kena bawak juadah. Hoho. Aku bawak, aku makan. Baik aku makan kat rumah je. Ingat macam malas je nak pegi. Tapi malas nak masak lunch. (awal-awal lagi dah tahu Sabtu ni malas)
Wonderpets hour together.
Emmm... Citer Korea apa yang best korang tengah follow skang? Saje je nak tau... Ehehehe...


Betul. Nak tahu je... Bukan nak tengok pun... Ehehehe..

Saje je la! Nak bagitau ke tak nak ni???

7 comments:

nik faris malik said...

try 'arang and magistrate'.

Blog Diva said...

mcm boring jah.arang ni ado dlm tv aku. nok tahu ending jah. tokkei atu buleh jadi org blk. doh tu nok gewe gano ending dio..

Anonymous said...

hmm mama duk tgk cito kat 391 tu..lover hundei ke apo tu.kisoh ile ingatan gok..

mek weh..teringatnyoo ko anok sedaroooo waaaaaaaaaaaaaaaa tulung la bakar opih kakak ni!


zahira said...

Eh dulu masa kitorg gi cermin besar tu takde lg kan?

Blog Diva said...

kak long:lupa plk.belum kot. eh ke dah ada.lupa lupa lupa. ;p

MiJa said...

dah lama nak tanya,mana mu beli sofa tu?berkenan sungguh rasenye..hihi

Blog Diva said...

mija:ahahaha..Fella Design. beli tiko sale.worth la.memei sedak la nok layei movie or kdrama lama2 atah sofa ni....empukness dio memei maveles... hehe... promo promo.