Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 13, 2012

#927 Me Vs M Alert

M. Malas. Takde idea. Tak tahu nak masak apa. Bosan dengan air tangan sendiri. Bosan makan di rumah sendiri. Banyaknya reasons and excuses untuk tidak menjebakkan diri kat dapur. I am hungry but yet I don't know what to cook. A simple cliche scene for a housewife like me. Aku tanya MIL pun dia macam tu jugak. *sigh
Breakfast harini dengan pagi kelmarin makan chicken deli sandwich aje. Hujan-hujan ni roti cepat benar naik kulapuk. Tapi aku makan jugak. Trim the edges and keep the clean white area. Sure orang lain pun pernah jugak buat benda keji macam ni kan. Sayang buah kepayang lah. Ditelan pahit dibuang sayang. Ewah.

Memang dah banyak hari dah dilanda ketidaktahuan nak makan, nak masak apa. Aktiviti memasak adalah sangat tidak produktif. Aku macam tu lah. Kalu dan datang time syeh nak memasak tu, lancar je seminggu terbentang siap-siap menunya. Skang ni, tiap kali nak masak bawak keluar semua isi freezer, thawed but then punggah masuk balik. Encik Jack pun kerap balik keje singgah pasar malam beli nasik kerabu etc. Sangatlah tak tahu nak makan apa kan.

Ni pun, konon Zaraa tido nak sneeking online untuk search recipes. Kejadah. Dok usya kdrama yang boleh dibuat stok tak jumpa-jumpa. Last-last update blog pulak. *pompuan biasa la tukar pikiran di saat akhir hehe... Huh, lepas deep impact citer Bridal Mask habis, aku jadi tak tahu nak turn to what drama. Citer tu memang tebabo sangatlah dalam hati aku ni. Takde engage dengan mana-mana drama lagi so far. Tengah mencari yang baguslah ni kiranya. Sementara bertemu jodoh, aku download US movies dulu. Rasa lain pulak feel dia bila tengok citer omputeh ni. Dah lama kan tinggalkan semua US series semenjak semua site kena blok ni. *bosan giler Malaysia ni.
Posa ganti untuk tahun 2009 dah settle. Alhamdulillah. Tinggal 67 hari lagi. Menggelupur rasa nak habiskan. Untuk elakkan aku lost counting nanti, kena tulis betul-betul lah.Kalu mati di tengah jalan pun, kurang-kurang pewaris aku tahu lah nak kira berapa fidyah aku nak kena bayar. Harap-harap Tuhan tak ambik la nyawa aku sebelum semua hutang langsai.

Time nak masuk opis. Haih nak masak apa lah ni. Zaraa pun dah bangun.

4 comments:

zahira said...

Selalunya klong kalo roti exp 2,3 hari mkn lg. Kikiki...

Blog Diva said...

kitorang selagi tak naik kulapuk, seminggu expired pun layan lagi :D

MiJa said...

huhu aku pun sokmo dgr mak aku mil aku duk ngeluh benda sama "nak masak apa hari ni?" my turn will come lah nampaknye...huhu.. aku kena ganti 21 hari tahun lepas punya..bila lah nak start ni... :(

Blog Diva said...

mija:21 hari jah keno gati.. aku ado 67 hari lagi mek...wuhu!

mu xpo la, sero mls msk gak buleh start keto gi bukuh lauk kedai... aku ni, xmsk gak, lpr lah....wakakakaka