Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, September 9, 2012

#925 Me Vs School Trip

Pakai kasut daddy lah pulak.
Rabu lepas, Adam balik sekolah bagi surat yang cikgu dia suruh kasi kitorang. Esoknya Khamis tu sekolah dia ada penggambaran. Mintak duit lah tu. Biasalah kan. Teringat time aku ambik gambar masa kat tadika dulu. Aku dulu kan mini size (skang pun still), so kena la dok barisan depan sekali. Yang dok depan kena dok kat kerusi. Aku pulak tak pakai stokin. Kucar kacir la cikgu aku pinjam dengan budak yang berdiri atas kerusi barisan belakang. Orang belakang kan mana nampak kaki. Aku yang kat depan kalu tak pakai stokin nampak buruk sangat la dalam gambar. So, cikgu pinjamkan stokin ropol-ropol budak belakang. Hihi. Memories!
Esoknya bila nak pegi sekolah, sempat jugak aku pesan kat dia kalu time ambik gambar tu senyum jangan bukak mulut. Nanti kantoi la kan hensem-hensem takde gigi. ;p Balik sekolah tu, daddy dia cakap cikgu citer dia ambik gambar tadi tak pakai kasut, so kena pinjam kasut  kawan. Hmmm... Similarity?
Esoknya pulak, Adam balik sekolah bagi another surat. Ada school trip ke Zoo Taiping, tasik dengan Muzium Negeri. Cool! Awat la aku rasa benda-benda sekolah budak tadika ni cute sangat! Sejak tu, dia dok repeat cakap pasal nak gi Zoo... Ayooo! Nak pegi tu 22 hb ni lambat lagi. Banyak hari lagi la nak kena dengar dia citer pasal nak pegi Zoo... Satu lagi kan, cikgu dia selalu bagi surat tertera nama MUHAMMAD ADAM DANISH kat dia. Who is Muhammad Adam Danish actually. I want to know.
Kelmarin jalan-jalan cari makan tengahari. Pegi Jusco dulu nak beli pretzel Aunty Anne's kat Adam. Suka benar dia donat masin yang Cik Yeh dia intro ni. Aku beli 3 pretzel Cinnamon Sugar, 2 bijik lebih dia makan. Berbaloilah beli. Dok round-round cari diner yang menarik, last-last makan kat foodcourt. Aku ambik sizzling black pepper beef with rice, encik jack ambik sizzling black pepper chicken with rice. Tak sedap. Kuah pahit liao. Tapi I finally got my Honey Peach Bubble Milk Tea. Puas hati, puas hati. Dulu selalu minum Kat BJ time kat USM. I love the black jelly beans.... Sedapnya... Hari ni kalu jumpa kat Tesco nak beli lagi lah. Addicted!
Tido kat atas skang ni dah makin spooky aku rasa. Malam-malam selalu dengar orang lari naik turun tangga, bunyi alih perabot, etc. Bukan benda baru sebenarnya. Since the first night masuk umah ni lagi. Tapi time tu aku tiap malam pun letih giler dengan Zaraa asyik tak sihat and cranky and sedar banyak kali malam-malam. Bila letak kepala terus dozing off. So, I did not pay much attention to it. The sound came from next door, yang rumahnya belum berpenghuni. Aisyh.... Bila la jiran sebelah kiri nak masuk. Cina dah ada datang tanya nak beli. I can stand yang dengar-dengar ni. Jangan sampai nampak-nampak sudah. Nauzubillah...

Perasaan aku je kot. Ececeh.

2 comments:

mem fiza said...

cakap : jangan kacak keluarga aku..sepak kang baru tahu!

Blog Diva said...

mem:cheh.kalu dah ada kat depan haru nak bukak mulut!