Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 15, 2012

#928 Me Vs Open House TAR

Harini ada jamuan hari raya Tadika Amal Rintis. Sekolah Adam buat jamuan hari raya ni kat cawangan di kondo yang aku dok dulu. Kalu kitorang dok lama kat situ, memang hantar Adam sekolah situ je. Senang aku pun buleh hantar ambik dia dengan jalan kaki je.
Adam bangun paling awal harini. Bersungguh kejut semua orang suruh bangun bersiap untuk pegi open house sekolah dia. Cikgu dia pun 4,5 kali remind kat encik Jack suruh pergi. Ingatkan dah malas nak pegi. Maklum la, aku memang tak minat nak duduk lama-lama menunggu acara bermula dengan adanya seorang toddler yang super aktif ni. Sangat tak sesuai. Tapi apa nak buat, encik Jack dah malu mata dengan cikgu Adam. Padahal buleh je bagi excuse ada program tanam pokok kat UiTM. Sudahnya, program kat UiTM dia tuanglah pagi ni. Acara tanam pokok tak bagi makan kot. Open house sekolah Adam ni banyak giler makanan. Potluck kan..
Sebelum pegi attend open house sekolah Adam tu, kitorang singgah beli seri ayu setaperware. Senang. Malas lah aku nak masak-masak. Tengah takde mood kan skang ni. Bawak tupperware eskrem siap-siap. Karang kalu nak chow awal pun takde hal main tinggal je tupperware tu. Planning baek punya.
Macam biasa la, sebelum acara makan-makan bermula, kena ada mukaddimah persembahan dari budak-budak tadika ni dulu. Cikgu dah pesan suruh pakai baju raya. Nah hambik. Tengok la sorang-sorang pakai baju merelip-relip kalah baju cikgu. Yang pompuan, peh... Mata siap mekap ala cat's eye cleopatra tu. Bukan takat lipstick eyeshadow je. Malu Blog Diva tau! Kalu buleh zoom gambar kat atas ni, buleh la tengok budak pompuan yang pakai kebaya kain oren depan sekali 4 dari kiri tuh. Aku rasa semua orang tertumpu kat mata dia. Kelas lah ko nyah. Memang cantik solekan mata dia.
The parent-razzi
Adam macam biasa la. Masa orang dok nyanyi nasyid asma ulhusna tu, dia nyanyi jugak. Tapi kepala sekejap pandang sana, kejap pandang sini. Takleh fokus ke dia. Budak lain elok je aku tengok time nyanyi tu.
Lepas ucapan demi ucapan, persembahan demi persembahan barulah semua buleh start makan. Makanan memang banyak la. Tak tersenarai kalu aku nak cakap. Dan memang sedap-sedap. Tapi tak kenyang jugak aku nak makan sambil gilir-gilir jaga Zaraa yang tak nak dok diam. Makan pulak depa tak bagi meja, memang payah la sebelah tangan nak makan, sebelah tangan nak pegang pinggan. This is why aku malas nak attend majlis-majlis macam ni. Kecuali aku tak bawak Zaraa. Buleh la nak makan sambil feeling-feeling pun. Sorry, aku memang tak sporting bab makan terhalang macam ni.
Kitorang chow awal. Malas dok lama-lama. Dengan tanah yang becak, Zaraa yang dah start boring, kitorang cabut gitu je. Balik umah tunggu Bos IBM sampai. Tengahari tu pegi kutip Bos IBM kat terminal bas Butterworth. Lepas tu terus ke Sunway untuk lunch.
Kitorang jakun Nandos. So, kali ni try Nandos la pulak. Next try maybe Subway. Haha. Merasalah makan Nandos harini. Tatau nak makan kat mana. Kalu kat Jusco, lagi la boring takde choice. Foodcourt pun tak sedap. Nape la kat seberang ni takde Chillis.
Balik umah, rehat-rehat. Bos IBM cakap bini Nik Pareh dok mengidam nak pegi Korea. Bagus sangatla mu hantar Bos IBM datang meracun kitorang ni. Agen pelancongan sudah mari. Aiseh, aiseh.... Aku dah goyang ni.

To be continued....

4 comments:

MiJa said...

best la jugok tadika ada open house..zharif ni, smart reader & qiraati dia buat tertutup..suh bwk kuih,pakai baju raya..takdop pulok invite parents skali..huhuhuhuhu!

zahira said...

korea? best best best! nak ikut! kikikiki...

Blog Diva said...

Mija:aku rasa lebih menarik kalu sekoloh dio jemput murid jah. aku boring gilo nok tunggu buleh makei tu.

Kak long:2014 jommmmm!!!

Anonymous said...

buke 2013 ko?