Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 18, 2012

#929 Me Vs He Is Down

Adam demam. Batuk. Selsema. Aku rasa baru je balik raya aritu dia tak sihat. Alahai nasib. Kesian dia. Sepanjang Bos IBM ada kat sini, memang Adam tido dengan cik long dia lah. Manja la dengan cik long sebab cik long ada ipod buleh main game.

Bos IBM dah balik KL kelmarin. Lepas dia balik, semua isi rumah macam dilanda kemurungan. Masing-masing senyap je. Malaikat lalu kah? Takde mood je. Baru je nak start koya-koya makan kimchi, sekali Bos IBM sms cakap Nik Pareh kena standby takut-takut dapat pindah tahun depan. Pulak. Poof terus segala angan-angan nak menyanyi Arirang kat epot Seoul. Sobs. Kita pegi USS je lah. Tak pun Phuket. Tak pun Chiang Mai. Tak pun Bali. Potong stim. Kelmarin pegi Tesco pun beli konflek cap Tesco je tau demi nak berjimat cermat nak jejak kaki ke Seoul. Good, minggu depan buleh beli cap Kellog's la.
Makan angin dengan set cikgu ni camtu la. Nak pegi mana-mana mesti time cuti sekolah aje. AA pulak promo free seating time tak kena dengan schedule kitorang. Kalu nak pegi time cuti sekolah hujung tahun, it's winter in Korea. Aku tak prefer makan angin with toddlers time winter. Banyak faktor tak best lah kalu nak citer.

Kalu ikut yang kitorang plan tu, nak pegi cuti sekolah tengah tahun tu. Kat sana time tu baru-baru summer. Oklah tu. Tak panas sangat lagi kot. Baju pun buleh bawak yang nipis-nipis aje. Aku kalu buleh nak pegi time spring, buleh tengok bunga-bungaan kat sana. Or time fall. Buleh tengok pokok-pokok tukar kaler... Tapi set cikgu mana buleh skip masa tu.

Takpe la mana-mana pun. Aku pun tak berapa komfiden nak pegi Jun depan sebenarnya memandangkan banyak lagi posa nak kena ganti. Kalu nak pegi jauh ni aku kena buat persediaaan mental dan fizikal. Kat Korea nanti menuntut banyak kekuatan fizikal untuk berjalan, mendaki, mendukung budak (walaupun bawak stroller), mengangkut stroller, naik turun public transport etc. Travelling ala backpacker memang kena kuat mental fizikal. Aku dah 10 tahun tak guna kaki to the fullest. Zaman uni dulu tak yah citer la bab jalan kaki tu memang makanan aku. Dari USM ke tapak pesta pun pernah aku jalan kaki dengan member-member pergi beli tiket bas. Itu 10 tahun dulu punya citer lah. Skang ni dah handicapped sejak ada driver peribadi ni.

Risau jugak kan kot-kot aku yang paling tak fit kat sana nanti. Spoil mood orang lain pulak nak jalan dengan aku. Kehkeh. Macam bawak orang tua sakit lutut. Bila Bos IBM cakap kensel pegi Korea, rasa frust dengan lega tu sama banyak. Nak pergi. Tapi tak konfiden. Tak nak pegi tapi mengharap. Lebih kurang macam tu lah.

Pergi Korea ni bukan sekadar pegi makan angin bagi aku. Kalu dapat pegi Korea tu, memang amat bermakna bagi aku. Perasaan nak pegi oversea kali ni tak sama dengan masa aku pergi hanimun kat Bali dulu.  This trip is so meaningful to me. I watched so many Korean movies and dramas. I learned their cultures mostly from that. It is time to see Korea for real. Korea means so much to me. Kalu dapat pegi pejabat SBS/KBS/MBC dapat jumpa pelakon lima ringgit pun jadi lah. Never mind the stars, dapat tengok tanah bumi Korea pun jadi lah. Punya lah kan despret. Susah aku nak explain kenapa Korea ni amat bermakna bagi aku. Sebab benda ni terlalu peribadi.

Tak jadi tahun depan, kita pegi tahun 2014. Karang tahun 2014 pun dok standby takut dapat pindah sekolah lagi.... Hayooo... Life is full of uncertainties... 

3 comments:

zahira said...

selalunya gitu lah...kalo plan elok2 sure tak jadik. dia nak kena wat spontan jer...tapi kalo nak gi jauh2 cemana la nak wat spontan unless duit berkepuk2. anytime buleh gi mana2...hihihihi...

Blog Diva said...

kaklong:mipi la kalu buleh beli anytime nok gi tu.haha... kijo makei gaji dgn skoloh ni gitu la.

Anonymous said...

insyallah nanti kiat beli tiket 20hb ni tuk 2013..abe royak dio tok confident pulok buleh transfer tu..apa pun abe suh beli je tiket for all..if dia tak gi kita gi je la
-kakak-