Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, September 18, 2012

#930 Me Vs 4 Days Without Milk

Dah 3 hari 4 malam Adam tak minum susu. Last minum susu lepas balik open house sekolah dia. Itupun buleh buat untuk 4oz je. 2 scoops je kan belen dalam bekas susu dia. Sebelum susu habis lagi aku dok hypnotized dia cakap bila susu dia habis, daddy tak nak beli dah kecuali dia minum dalam gelas. Memang sanggup tak minum susu tu. 

I'm quite amazed la dengan dia. Sampai ke saat aku menaip ni dia tak pernah mintak nak susu. Pergi tesco baru ni pun aku tanya dia, nak minum susu lagi tak? Tapi kena minum dalam gelas la kalu nak. Terus geleng kepala tak nak. Buleh pulak bertahan sampai ke hari ni. 

I don't know la is this a good or bad thing. Skang kan dia demam. Makan memang tak lalu. Susu dah tak minum. Nasib baik ubat buleh telan guna syringe. Banyak hari dah tak kareb tu. Risau sembelit lagi. Haih... Aku lah ibu yang takde pendirian. Sekejap nak stop susu, sekejap nak continue. Kesian kan tengok dia. Demam-demam makin kurus. Tengok aku buat susu kat adik pun takde mintak-mintak nak jugak. Lagi la kesian aku tengok.

Malam-malam pun rilek je tido tak ingat-ingat nak menyusu macam biasa. Semenjak dia tak minum susu ni, aku perasan dia kerap ulang alik pegi dapur minum air. Which is good la kan. But still, aku dirundum rasa bersalah. Guilty pulak macam aku telah  merentap kebahagiaan dia minum susu pakai botol. Tapi bila aku offer susu, dia cakap tak nak. (tak nak la kan sebab kena minum dalam gelas)

Kitorang ada substitute susu dia dengan other drinks. Such as cultured drinks, susu kotak, fruit juices gitu la. Tapi ok ke? I mean cukup ke nutrien macam yang dia minum susu tu? Ofkos la, mana kenyang macam minum  susu dia kan... Haih.... Susah betul la. Makin dia rilek, makin aku guilty. Kalu dia makan nasik macam budak lain aku apa kisah. Ni, lepas stop susu, nasik pun tak makan sangat. Pahit mulut kot demam-demam ni.

So, ibu-ibu yang membaca..... Apa pendapat anda pasal ni. 


2 comments:

Cikgi Diva :-) said...

let me be the first to comment...hoho!

aku loni percubaan kedua utk naufal minum susu guno gelas...percubaan pertama aritu menemui kegagalan.haha..

marin dio duk mitok susu, aku offer gelas dio toksey last2 serender gok.tapi pagi2 bgn tido yg jd masalah sbb n suh dio bgn pagi kena bui botol dulu...apo pndpt mu? eh aku tya mu plok...

Blog Diva said...

mah, mslhnya anok aku xmitok2 pun susu sapa ko harini. mugo dio tahu, kalu dio mitok, aku suruh minum dlm gelas.dio kei xsei minum dlm gelas...
haiya...pening aku.eh, xmenjawab soalan mu ;p