Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 19, 2012

#931 Me Vs The 1000th Posts

Semua orang dalam famili aku tengah koya dengan Korea. Korea Korea Korea. It's all about Korea. Perginya belum tentu ;p Layan je lah kawan-kawanku ;p Selaras dengan kegilaan nak pegi Korea ni, aku pun menyibukkan diri lah mencari info kat travel blog muslim-muslim yang pernah pegi Korea. Sangat membantu tau bagi orang yang tak pernah sampai Korea lagi macam aku ni. Ofkos la, yang paling nak tahu pasal the halal food, tempat nak solat, tempat menarik nak pegi, taking what transport etc. Tengah naik syeh la katakan! Tiket belum beli lagi padahal. Aku no hal. Tak mengharap sangat pon. Kalu jadi, bonus. Tak jadi, takpe jugak. Tahun-tahun depan buleh pegi lagi. Mana tahu tahun-tahun depan umah Puan Menteri dah aman dari pencuri buleh la beliau join skali. Skang ni memang tengah hot la isu pecah umah kat kampung Puan Menteri. Eh uols yang kaki travel ni, kalu ada blog or sites yang ada info pasal travelling in Korea for Muslim ni tolong inform aku ye kat bawah! Tengkius!

Dah 2 hari Adam tak pegi skolah sebab demam. Kelmarin dia tak makan apa pun yang mengenyangkan. Banyak kali aku dok tanya dia nak minum susu sustagen dalam botol tak. Kalu dia nak, aku nak suruh encik Jack beli. Kira continue la kisah minum susu dalam botol. People said, sampai masa nanti dia sendiri akan tak nak. Tapi setiap kali aku tanya tu lah dia insist tak nak susu. Jawab dalam waras tu. Kelmarin dia sembelit. Nangis-nangis dalam jamban. Suffer lagi la tu. Tapi nasib baik kejap je. Lunch encik Jack bawak balik susu kotak Dutch Lady Strawberry, Vitagen dengan ring donat. Dok tackle dia nak suruh makan/minum la. Nasib baik donat lembut liao. Habis la sebijik dua beradik tu makan.  
Pagi ni lepas makan ubat, Adam minum vitagen. Zaraa terliur. Aku bagi la kat Zaraa sebotol. Kelmarin mek ni pun kareb sembelit. Bagus jugak kan kalu dia minum vitagen ni. Hambik, srup-srup-srup habis sebotol on the spot. Dalam gambar kat atas, botol belah kiri yang Adam minum. Yang kanan Zaraa punya. Itu pun dok gonggong ke sana ke mari botol kosong tu sambil hisap straw tak lepas-lepas. Tak cukup sebotol mek ni.  Selera besar jugak anak dara aku ni. Sepanjang hari mesti nak ada makanan kat tangan. Makan tak makan belakang kira. Makanan memberikan ketenangan kat dia. Kot. Haha.
Sempena post aku yang ke-1000 (aku tahu ada 69 entries lagi) aku nak mintak jasa baik dari kamu-kamu semua untuk bagi aku idea dan cadangan atau pun poll apa yang korang nak aku tulis dalam entri ke-1000 itu. I want it to be meaningful for everyone. Korang buleh bagitau cadangan tu dalam setiap entry aku bermula dari entri ini sampai la entri ke-999. Aku akan take notes from time to time. Semua cadangan tu aku akan compile dan pilih yang mana paling menarik. Syarat penyertaan terbuka pada semua. Syarat cadangan tak boleh menyentuh isu-isu sensitif agama, kaum dan bangsa, entri ke-1000 mestilah mengenai aku dan kehidupan aku. Ah pandai-pandai lah. Kalu ada request pasal benda lain pun aku akan pertimbangkan. InsyaAllah. Jangan suruh aku tulis bukan-bukan sudah lah ye.
Dengan penuh rasa rendah diri, aku harap ada la yang sudi bagi idea nanti. Tak banyak, sikit pun jadi lah. Moga-moga sempatlah capai entri ke 1000 dalam blog ni. Gambar banyak-banyak ni anytime je buleh exceed storage limit. Else, kena sign in another account la. 

Don't want!!!!

No comments: