Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, September 20, 2012

#932 Me Vs Waving Korea

Semua patah hati semalam tengok harga tiket ke Korea after promo. AAX macam tu lah. Patah hati bukan sebab tak dapat pergi tahun depan tapi sebab rasa macam dah tak mampu selamanya kalu tengok kat harga dia. Pergi sorang buleh la. Nak bawak 4 AJK rumah ni mana mampu. Hancur luluh harapan nak tengok kampung aku ;p Nampak gaya nyanyi Arirang dalam bilik air je lah. Sobs... Sungguh envy dengan orang single-single yang dapat travel ke Korea cara backpackers. Cuma perlu tanggung diri sendiri aje. Sobs sobs sobs.

Encik Jack cakap tunggu dia buat PhD la dulu. Time tu dah naik pangkat dan bergaji penuh, buleh la pegi makan angin jauh-jauh. Sobs. Bilakah itu? Okeh minah gelojoh sudah mari. Kata tak mengharap tapi kenapalah ye rasa kecewa tahap jingga aje ni. Bilalah Nuffnang nak bagi aku kalu tak banyak pun, lima ratus sebulan pun jadik la. 

Untuk mengubati kekecewaan jiwa lara ni, destinasi gantian perlu dicari. Tak dapat pegi yang jauh, pegi yang dekat-dekat aje. Ececeh. Aku dah cop siap-siap dalam ati, Indon hanya untuk tokei-tokei ikan kering berlibur. Punya la kan kerek tahap amaran tsunami tak nak pegi Indon. Tapi nampak gaya tu je la yang dalam range kemampuan kitorang setakat ni. Tahap kemampuan tu banyak bergantung kepada faktor tiket penerbangan. Yang lain-lain accommodation bisa diatur lagi. Yang menjadikan kitorang buleh atau tak buleh pergi adalah tiket flight. Even now, not everyone can fly Abang Toni!

Aku serah kat agen pelancong aku lah nak pegi mana. Patah hati malas dah nak pikir. Aku cuma nak pergi Korea aje. Korea is my dream. Bencinya tabung tak cukup! Kalu aku keje gaji ribu-ribu kan best. Tengok orang pegi Korea bawak anak sederet tu, banyak benau duit dia. Tiba-tiba dengki tak patut kan. Takde ke mana-mana jutawan dan hartawan nak buat pahala amal jariah taja kitorang pegi Korea. Taja tiket je pun jadilah. Sobs... Sedey nyer...

Sambung tengok drama Korea lah. Lama dah tinggal kononnya nak spend masa digging up infos pasal backpacker kat Korea. Kejadah. Tiket mahai nak mampus. (walaupun forumers kata tiket under RM600 ke Korea per person dah dikira murah, tapi tetap tak ekonomi bagi orang berkeluarga besar macam kitorang ni) *Habis dah ko nak tiket rege berapa baru nak pegi? :-D 

Plan. Plan. Plan. Think. Think. Think. 4 tahun lagi mampu lah kot nak pegi. By 4 tahun lagi, minyak pun naik harga lagi T_T Okey lah, pegi time tua-tua la. (karang sakit lutut pulak nak jalan naik turun bukit kat sana) Aku sama encik Jack aje. Itupun kalu tua-tua masih minat benda-benda hallyu ni. Kalu bajet malu dengan benda-benda Kpop ni, kita ke Europe doank! Lagi la tak sedar diri kan... Takpe, tua-tua duit dah banyak la kot dalam tabung. Syaratnya bini encik Jack ketika itu adalah kekal terunggul aku seorang. Kekekeke... Kalu cawangan dah bertambah ni, memang kucar kacir kewangan negara. Betol tak?

*anda sudah boleh lihat kesan aku tak dapat pergi ke Korea. Melalut tak sudah-sudah.

Bosanlah membebel benda tak kesampaian ni. Mari mengubat hati lara dengan 1N2D... Episode 24 dah release subbed... 

Ada 68 entries lagi nak sampai ke entri ke1000. Sila kemukakan cadangan anda. I haven't receive any. 

2 comments:

jie @ azie said...

best nya kann kalu boleh cuti2 luar negara.. tp bila pikirkan tentera yg perlu dibawa tu, aku pun rasa terbantut nak gi. sbb 1 je, budget semput...hahaha. skrg ni pikir nak pi dalam negara dulu sbb byk tmpt lagi ktorg tak sampai.

aku vote mu blog psl tumbuhan/bunga2an dalam rumah mu..tok kiro hok hidup atau tiruan ;)

Blog Diva said...

jie:tu lah kei... kalu gi sorg tu senei jah bowok beg sbutir pahtu galas la tido mano2 pun xpo. tiket pun tentu kito sdiri tggung. huhu...

aku mls holiday dlm negara sbb kalu kira kos, lebih kurg jah dgn oversea. cayo ko dok, dlm negara kito pun mhl nok mapuh (food, hotel, transport)

tq jie, aku akan note down cdgn mu itu. ado maso lagi ni. kalu nok uboh pikire nok suruh aku tulis pasal benda lain, byk entries lagi buleh tulis ;p