Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 22, 2012

#933 Me Vs Adam's First School Trip

 
Adoiii.. Aku tertekan upgrade interface kat dashboard habis bertukar rupa sampai nak mengarang pun bingung kelu nak tekan kat mana. Ni sebenarnya entry untuk hari Sabtu 22 September yang lalu. Tapi disebabkan kejakunan aku dengan rupa baru blogspot skang ni, haruslah tak tahu nak klik date options kat mana. Oh help!!! Macam mana nak kembali ke rupa dashboard yang asal ek? * boleh ke kembali ke pangkal jalan ni Oh sangat tak suka dengan yang upgraded ni. Aku prefer yang lama!!!! Tolong! Tolong!
Balik keje usap kepala anak dia sampai lena.
*****updated: Ok dah jumpa kat mana nak tekan schedule post... Haha... Semua icon dah tunggang terbalik kedudukannya. Not used to it. Nak yang lama! Nak yang lama!
Bekfes pagi ni. Begerku roboh.
Hari Sabtu tu bangun awal lah sebab kul 7 Adam dah kena ada kat sekolah dia dah. Dalam dok sibuk-sibuk koya nak makan angin tak jadi minggu lepas tu sampai nyaris-nyaris tak ingat hari ni trip sekolah Adam ke Zoo Tepeng. Dia tak berapa nak pegi jugak sebenarnya pagi ni. Pujuk-pujuk, pergi la dia. Minggu lepas kan tak pegi sekolah 2 hari demam tu. Lepas MC dua hari, memang kembali berdrama la bila tiba masa nak pegi sekolah. Padahal dok umah lagi boring.

On the way nak sampai sekolah tu macam-macam la pesan kat dia. Jangan jalan sorang-sorang. Jangan dok jauh-jauh dengan cikgu. Kalu hilang, bagitau nama daddy, bagitau daddy keje kat mana. Etc. Just in case kan. Takut jugak dia buat perangai lama yang suka poof sana sini tu. InsyaAllah tak la kot.

Lepas hantar Adam pegi sekolah dia, kitorang terus ke pasar. Hari ini dalam sejarah la pegi pasar terang-terang tanah lagi. Serba salah kan nak balik umah, pastu dok tak sampai sejam takkan nak keluar pulak. Shopping lebih kurang aje sebab langit gelap nak hujan. After that terus ke Tesco pulak. Memang lain lah shopping tanpa mulut murai sorang tu. Tenang yang amat haha.. Zaraa tak pandai membebel lagi. Rilek la. Kul 9 dah ada kat umah. Sungguh rilek membeli belah macam gini! Pukul 12 dah boleh makan nasi. Tapi kesian kat Zaraa la, missing her sparring partner. Haha.
 
Adam takde ni, lama la sket Zaraa tido. Masa terbaek untuk marathon Dummy Mommy. Hehe. Damn good. Sape nak tengok kena letak hp/laptop/tv yang korang guna nak tengok citer ni tempat tinggi-tinggi sket. Sebab nanti banjir air mata pun tak akan menjejaskan prestasi tayangan citer ni. Pasti banjir besar! Empangan pun tak boleh tahan punya.  
Kul 5 lebih pegi kutip Adam kat sekolah dia. Whoooaaaa... Bas dia naik memang smart lah. Too bad aku malu nak tangkap gambar sebab ramai parents tengah tunggu sama. Cikgu cakap dia makan banyak nasi ayam jamu kat zoo tadi. Tapi tak pegi toilet pun sehari sejak pagi tadi. Padahal aku dah pesan kat dia kalu nak kencing cakap kat cikgu. Muka dia memang penat giler ar. Haha. Atas keta tanya aktiviti dia tadi pun tak berapa nak cerita. (tunggu lah esok, penat nanti telinga aku). Atas keta lagi bukak beg tunjuk aktiviti menulis kat rajah gajah pastu bawak keluar anak zirafah ni bagi adik. Awww so sweet kan. Tapi sekejap je. Pastu dia rampas balik. Hahaa. Member baru je nak naik syeh main zirafah dah kena rentap.

Sampai umah, macam-macam mintak nak makan. Lapar benar anak aku ni. Padahal tadi cikgu kata makan banyak kat sana.
Malam, memang tido awal lah Adam. Penat benar sehari pegi Zoo, tasik dengan Muzium. Esoklah aku tanya pasal kejadian hari ni. Tengah malam sampai mengigau terkekek-kekek gelak dalam tido. Seronok lah kot tadi.

Kul 11 lebih dah. Time to cook. Apa la nak masak niii..

3 comments:

zahira said...

Best budak skrg. Tadika lg dah pegi lawatan sana sini.

Blog Diva said...

kaklong:skang kan dah jadi trend dan tarikan utk ibubapa hantar anak ke tadika. padahal, trip fees kena byr suku pulok! zaman kito mulo takdok tempat menarik la kot haha...

Anonymous said...

mano gambar adammm???
-kakak-