Dark Fellows

Get My Updates By Email

Wednesday, September 26, 2012

#934 Me Vs What I'm Up To

Kalu dia masak betul-betul kan bagus.
Bila entry dah nak dekat seribu ni, tajuk pun dah tak tahu nak taruk apa. Sejak hujan berhari-hari ni memang aku-aku sekali tak produktif. Dah 2 kali tak sedar nak bangkit sahur. Bila masa tekan off alarm pun tak sedar. 

Haih, tiap kali online tengok videoclip Ojakgyo Brothers mesti tak jadi nak update blog. Zaraa pun skang ni dah terer benar memanjat. She's the next spiderman 4. Nak online secara terang-terangan adalah sangat impossible skang. Even meal time pun semua orang akan makan dengan tidak aman sejak dia pandai memandai ni. Nak aman cemana la kalu dia sendiri panjat atas meja duduk cotek sekali lauk pauk? Cedok itu ini sampai terbalik mangkuk tumpah kuah dan sebagainya. Zaraa, Zaraa... Tinggal dia depan tv sekejap nak pegi dapur buat susu, keluar-keluar tengok dia dok bergayut kat cermin besar kat ruang tamu. Melekat tertempek kat dinding. Sebab tu aku kata dia the next spiderman 4. Kenapa bukann spiderwoman? Sebab spiderwoman ni umi-umi sikit. Spiderman lah ganas sikit.

2,3 minggu consume susu Dutch Lady ni, Zaraa poop hard stool. Walaupun tak bleeding dan tak menunjukkan ciri-ciri dia tu suffer, tapi aku tetap rasa tak best. Sebab makin menyusahkan pulak rasa. Dari nak jimat, tengok-tengok lagi tak untung. Kareb tak lawas pulak dia. Bila hard stool, keluar pun sikit-sikit. Sebijik-sebijik skali keluar. Malasnya nak tukar pampers dia banyak-banyak kali. Tapi takkan nak biar je kan walau dalam tu ada sebijik besar kacang pis aje. After banyak kali mengeluh, last-last encik Jack pay attention jugak (sebab banyak kali terkena turn dia basuh kareb Zaraa, baru dia realized how serious it is). Nak beli susu asal dia tapi kat kedai abis stok. So, encik Jack beli Dutch Lady jugak tapi yang ada FOS dengan TT Ratio bagai tu. So far alhamdulillah la, keje-keje pooping dia sudah semakin lancar. Aku dah nyaris-nyaris nak putus asa dah nak suruh encik Jack cari sampai jumpa jugak susu asal dia, nasib baik ok dengan susu yang baru ni.

Looking at the bright side, bagus jugak dia minum susu ni. Nampak serasi. Sejak minum susu murah ni, nampak dia berisi sikit. Beli susu mahal tubuh tak gebu-gebu pun kan. Baguslah selera rakyat jelata ni. Tak payah berhabis banyak sangat. Bukanlah berkira uols. 
Adam dah seminggu lebih tak minum susu botol mahupun cawan. Tapi dalam fridge tetap kena ada jugak la gantian susu tu. So far nampak ok je dia takde feeling-feeling tak dapat minum botol. Aku pulak kekadang naik kesian tengok dia tanpa candunya. Heh heh.

Sehari dua ni nampak syok benar dia makan roti. Kekadang sampai 3 keping dia bedal. Oklah kan kalu tak nak makan nasik pun. I don't have problem with that. Asalkan dia makan benda-benda yang healthy dan mengenyangkan. Makan nasik pun kalu asyik lauk ayam goreng dengan kicap je, bikin sembelit jugak.

Kelmarin Adam balik sekolah tunjuk cikgu bagi topeng suruh gunting. Hihi. Cute la benda-benda budak tadika ni. Aku dulu darjah dua pun time pendidikan seni cikgu suruh gunting buat selipar aje. Bertuah budak-budak tadika zaman sekarang ni.

Korang ingat lagi tak kenangan tadika korang?

1 comment:

mama ct said...

mek..aku tak ingt..sebab aku x gi tadika...hahahahah

anak2 aku pun x de memori tadika lah kan... hahaha..tak pe..anak2 aku enjoy..tak de cikgu nak marah..piat telinga!