Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, September 29, 2012

#935 Me Vs Invading Rawang

Malam ni kakak ipar kat Rawang nak buat kenduri tahlil dengan akikah. Kitorang bertolak tak berapa pagi sangat. Semalam sepupu aku dengan kawan dia tumpang bermalam kat sini sebab diorang ada kelas kat USM hari ni sehari suntuk. Lepas diorang chow awal pagi tadi, kitorang packing slow-slow then bertolak ke Rawang. Sempat lagi aku curi-curi tengok To The Beautiful You sesambil tunggu semua bersiap. Nasib baik line slow, kalu tak harus lah aku tengok berjangkit dari episod ke episod!
Kitorang bertolak dalam 9 lebih kot. Singgah lunch kat R&R Tapah sebab lapar bangat. Tadi bekfes kecil-kecilan aje. Zaraa makan banyak gile. Yang tumpah bersepah pun banyak gile jugak. Thehehe...
Sebelum sampai umah kakak ipar, kitorang singgah umah Pokli classmate kitorang kat MRSM dulu. Memang dah inform dia sehari dua lepas. Ingat nak jumpa Azril, Mr Pres kelas kitorang tu skali tapi malangnya si Jeril balik Seremban. So, jumpa Pokli je la kali ni. I guess Ghazalian tetap Ghazalian. Walau lepas 14 tahun dok sekelas, tetap tak mesra. Pokli dengan Encik Jack ok la. Dalam kelas dulu diorang ni partner. Kat mana ada Pokli, kat situ la ada encik Jack. Tapi harini aku tetap rasa janggal nak sembang dengan Pokli. Dia pun tak banyak cakap dengan aku. Bini je dia la dok potpetpotpet dengan aku. Wife dia memang baik la. Baik sangat sampai aku nak sembang dengan laki dia pun tak sempat haha. Adam bestlah bila sampai umah Pokli ni. Masuk-masuk, terus masuk dalam toysroom anak dia. Anaknya pompuan tapi toys semua keta, lori, bulldozer, train gitu. Sorga lah kat dia.

Bila nak balik tu, Pokli ajak kitorang lunch umah dia esok. Ye lah, harini tak sempat sebab bini dia cikgu ada kelas ganti. Time kitorang sampai tu pun bini dia baru je balik dari sekolah. Tengoklah cemana esok. Tak tahu program lagi. Kalu jadi, kitorang mai lagi. Tapi  nampak gaya macam encik Jack malas nak mengharung jem teruk depan umah dia tu.
Dari umah pokli terus ke rumah kakak ipar. Disebabkan makan malam ni semua cater, so kitorang rilek-rilek lah petang ni. Ada la tolong kakak ipar gaul spegeti olio dia. Peh, makanan malam ni yang kakak ipar tempah memang orang Korea kata daebak! Maveles orang kampung aku kata. Dari kambing guling, kuzi kambing, acar buah, bubur pulut hitam (alamak kecur liur aku nak menaip satu-satu ni) semua pun sedaplah! Berbaloilah tangkap catering yang sultan-sultan pun tangkap jugak ni. Sumpah, kalu Zaraa tido time makan tu, aku dah patbelas kali ulang alik tambah lauk. Potong stim la budak kecik ni. Nak makan olio pun tak sempat.

Hadirin jemputan memang meriah malam ni. Tumpang seronok pulak aku bila jumpa kroni-kroni encik Jack yang very the happening macam famili aku jugak ni. Bukan kroni biasa je tau, blogger-blogger hebat pun dapat jumpa jugak malam ni ;p teruja I tau! The only reason takde gambar bukti kejadian adalah sebab I malu nak hunus kamera henpon zaman batu I ni. Memasing kat tangan DSLR dengan smart phones. Sape lah I ni kan nak ambik gambar pun masih cara lama. So, aku tengok je la orang lain klik-klik sana sini. Apa susah, nanti keluar kat fb sape-sape, aku curi je lah ;p

Zaraa sejak sampai sini petang tadi lagi tak lepas-lepas keta Maman. Keta yang boleh naik tu la. Suka benar dia. Balik Penang kena beli la kuda hitam babylon yang ada tayar tuh.. Haha. Nak beli sebijik sama macam yang ni tak mampu lah. Yang penting, buleh duduk. Kat sini tak berebutlah dengan Adam sebab Adam sibuk main keta Abang Du yang juta-juta bijik tu. Puas main keta, main ipad pulak. Memasing dengan sorga memasing.
Bebudak ni memang main nonstop la. Kul 12 lebih pun dok gi mari lagi. Masuk kurung dalam bilik, yang kecik ni dok bising lagi tak nak tido.

No comments: