Dark Fellows

Get My Updates By Email

Sunday, September 30, 2012

#936 Me Vs Ikea Lagi!

Hari ni semua tetamu dengan tuan rumah bangun lambat. Penat kan semalam hosting an event. Breakfast pagi ni perangat lauk semalam. Wow! Suka! Buleh la mencekik lagi ganti yang semalam kehampaan tu. Adam dengan Zaraa memang dari semalam lagi dok layan makan nasik beriyani kuzi kambing. Suka benar depa dua tu. Time mak budak gelojoh nak makan, nak kena suap anak-anak lagi. Ni lah sisi tak indah bila jadi mak budak aku rasa. Nak-nak pulak orang macam aku ni time beriya mencekik tu jarang-jarang kali je seumur hidup. Haisyh... Time aku beriya nak makan, time tu lah diorang pun nak tumpang naik syeh skali nak makan. Kadang-kadang sampai terbantut syeh aku nak makan.
Lepas bekpes, dok merangka-rangka nak pegi mana lepas ni. Ingat nak kensel lah lunch umah Pokli. Encik Jack malas nak masuk jem. Setelah itu ini begitu begini, last-last decide nak pegi Ikea. Punca utama sebab nak beli besi wall mounted tu. Alah, besi yang nak hold tv nipis ni kat dinding tu la. Kakak ipar cakap kat Ikea murah dan nipis. Aku ikut je. Buleh cuci mata! Ngehngehngeh... Ingat sesambil pegi Ikea tu buleh la jumpa amoi roommate aku dulu si Irene tu. Dia balik kampung pulak. Ni lah susahnya kalu pegi mana-mana last minute decision. Semua tak available. Apa aku ingat aku ni Agung agaknya bagitau nak jumpa sesapa, then orang kena make way untuk jumpa aku cecemana skali pun. Thehehe.

Tak kisahlah si amoi tu tak available pun. Aku ke ikea memang ada tujuan. (cuci mata) Konon pegi Ikea nak beli besi tu kan, skali terbeli benda lain. Sebab besi tu yang murah untuk tv kecik. Tv tak berapa kecik macam umah kitorang ni harga dia lain ;p So, encik Jack decide tak nak beli kat sini. Dia nak cari kat Penang jugak. Terserah. Sebab kat sini aku dah ada benda pilihan hati aku yang encik Jack dah kasi green lite untuk di bawa balik ke Penang bersama ;p ;p ;p Lalalalalalala.... Apakah benda tangkapan aku di Ikea? Hehe... Tengok lah.. Kalu aku rajin, nanti aku reveal. KALU AKU RAJIN. Read that. Hati sungguh girang lah dapat apa dihajati. Dah banyak kali pegi Ikea doh berjejesan air liur tengok. Kali ni baru dapat bawak balik. Tak sia-sia lah Makcik Martha (Stewart) ajar aku. Encik Jack cakap, bawak duit seribu pun tak cukup kat Ikea ni. Sungguh aku cemburu dengan kamu-kamu yang kat KL ni.

Shopping, shopping, bayar then terus bertolak balik Penang. Sebelum balik umah, singgah makan kat drive thru mekdi Sunway dekat umah aku ni. Tadi tak stop lunch pun. Dekat nak habis makan baru aku perasan, Adam tak berganjak pun dari seat dia sampai habis makan. Selalunya kalu datang mekdi, belum apa-apa lagi terus terkam ke playground. Emmm... Kesian dia. Kesian aku. Kesian Zaraa. Berjalan jauh dengan encik Jack memang akan kelaparan. Semua destinasi pun direct flight.
Budak kelaparan dua-dua. Yang ambik gambar pun.
Lapar
Lapar
Balik umah dah dekat kul 6. Terus terkam keje-keje umah yang tinggal sejak semalam. Bunyi tinggal umah semalaman tu macam tak banyak je keje kena buat. Realiti? (.............) Malam masa aku dok iron baju keje encik Jack, tetiba encik Jack cakap Puan Menteri dah on the way nak datang umah aku. Lagi dua jam nak sampai. Oh? Sungguh saprais sekali. Tak cakap pun nak datang. Patut lah dari pagi tadi lagi dok tanya aku nak bertolak balik Penang pukul berapa. Ada hidden agenda rupanya. I like! I like! I like! Yang tak bestnya dalam fridge takde benda sebab tak pergi pasar. Kalu tetamu nak datang tapi fridge kosong, rasa macam tak syok je. Tapi apa nak buat. (dush!dush! sape suruh tak reti drive)
(prebiu sikit benda Ikea yang aku beli. Tunjuk meja dah la. Yang lain, later-later)
Budak dua orang ni dah terlena tunggu Puan Menteri sampai. Kul 12.30 malam baru dia sampai. Kesian Puan Menteri kepenatan naik Rolls Rois Encik Dekan yang rosak separuh hari kat kampung. Nasib baik berjaya sampai Penang tanpa masalah. Macam-macam lah yang Puan Menteri bawak. Umbuk kelapa pun ada. Frozen food dari roti canai, karipap pusing, karipap bulat, sardin roll dengan donat, nutrigen Adam, buah-buahan beli dan tanam, etc... Adoi... Tu last minit nak mari. Kalu datang well planned tu tak tahu la berapa beg dia nak bawak.

3 comments:

zahira said...

Setuju! Kalo pegi ikea mmg selalu terbawak blk brg yg takde dlm list! Bak kate udin kalo bwk seribu pun x cukup.

Blog Diva said...

kaklong takpe la, tak nak beli takde duit lagi pun buleh hold beli bila2 since ikea tu reachable from ur place. macam i ni, dpt pg ikea jrg2, kalu pegi tu time duit tak tebal, telan liur je la balik tgn kosong huhu...

mommyNadia said...

weeewiit meja baru..I loike ;)
walaupun within our reach mek,nak g ikea bukan setakat perlu plan awal2,kena plan mental sekali..dgn jam, parking mek...woihhhh,I is tak suka..how wish Ikea boleh online shopping,hahaha tiap2 ari agak2 van ikea smp kat flat kami ;)