Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, October 20, 2012

#493 Me Vs Baby Ridwan & The Hotspring

Bertolak dari Penang kul 9++. Sampai Apal tengahari. Sebelum bertolak, aku suap ubat muntah kat Adam belen ubat muntah batch time sakit perut baru ni la. Alhamdulillah, perjalanan hari ni tak buat Adam muntah. Sampai Apal, makan-makan then MIL ajak pegi tengok baby Ridwan; the newest member of the Ramlis.

Kat penang haritu kitorang dah belikan sepersalinan Guess kat baby Ridwan. Kelas ko baby. Kocik-kocik dah kenal baju, kasut Guess. Best sangat melantak kudapan tradisional sampai lupa nak ambik gambar baby. Hihi. Buruknye perangai kan. Disebabkan biras aku ni umah parents dia dekat dengan Lata Tembakah, lepas visit baby tu aku ajak Encik Jack melencong ke La Hotspring. Aku tak pernah pegi lagi. Hujan-hujan ni pegi hotspring memang kena lah.
Diorang ni semua membisu aje. Weird-o.
Kitorang sampai kat hotspring tu dah pukul 6.. Memang orang pun dah tak ramai. Ada berapa bijik keta je pun yang parking kat situ. Sunyi je. Memang scary mary la journey nak sampai ke hotspring tu. Rasa macam kat negara lain pun ye. Dah la aku pegi time langit mendung hitam serata angkasa. Lenkali tak nak la pegi time menakutkan macam ni.
Tak boleh rebus telur.
Mata air panas keluar dari celah batu ni gitu je.
Ini first time aku jejak kaki kat hotspring. I mean mana-mana hotspring la. Baru aku tahu atmosphere kat hotspring adalah tidak sama dengan waterfall. Pelik jugak mula-mula sampai dekat kolam tu, orang-orang yang berendam semua senyap je. (orang ke?) Kalu kat waterfall kan riuh rendah buat somersault, main simbah-simbah air etc. (ko nak mampus melecur air panas nak main percik-percik air?!) Weird, weird... Tak reti la aku nak sesuaikan diri! Macam pelik je bila kita nak join dalam kolam tu, semua mata pandang je kita. Masing-masing mulut tak berbunyi. Takde orang bersembang pun. Betul ke orang ni... Wahahahaha... Reti jugak aku takot.
Air yang mengalir kat batu tu je panas. Air kat kaki dah sejuk.
Budak takot air panas dan sejuk.
Kalu kat waterfall, aku tahu la mana sumber air tu datang. Tapi kat hotspring ni kan, tetiba jadi geological moron. Tetiba je terpinga-pinga dari mana datangnya air panas tu. Padahal dalam tv banyak kali dah tengok, dah tahu. Tapi bila dah di tempat kejadian ni tetiba jadi bodoh apa hal. Pelik pulak bila tengok air tiba-tiba keluar dari celah batu. Omo! I'm on valcano? One thing for sure, I couldn't stand the sulphur smell. Very unpleasant.
Tukang jaga henbeg.. :P
Kitorang celup-celup kaki kejap je. Hujan rintik-rintik bawak budak ni payah la. Kalu cuaca elok, buleh la berendam beramai-ramai. Kitorang aje yang cakap kuat. Orang lain yang dah lama berendam tu senyap je memasing. Heran lagi. Celup-celup kaki lebih kurang (menyesalnya tak bawak baju spare) then kitorang pun turun semula kat bawah. Kolam tu kat tingkat satu. Eceh.. Macam tekan lif je nak naik.
Takot!Takot!
Air kat bawah sejuk macam air bukit waterfall tu la. Air dari kolam yang mengalir turun tu je yang panas. Once sampai kat bawah, air tu terus jadi sejuk. Ingatkan air kat bawah tu panas jugak. Air bawah tak dalam. Ada la takat betis. Sesuai la korang nak rendam anak-anak kecik tu. Air kat kolam air panas kat atas tu takat pinggang orang tua agaknya. Panas jugak la kalu nak selam budak.
Angkat saya! Angkat saya!
Pasir kat dasar air kat bawah tu sama macam kat Lata Belatan. Sangat kasar. Balik rumah memang rasa licin je tapak kaki aku. Surirumah kan kaki crack heels. Haha kantoi. Jalan kaki dalam air dengan pasir kasar ni memang tanggal la all the dead skin cells. Memang liciiiiiiin jeeee.... Serius! Tak payah nak apply krim, losyen ke pebenda... Putih bersih kulit tapak kaki kitorang... (aku nak lawan iklan Veet Hamis Jalika)
Bila pulak jadi ikon pelancongan Hulu Terengganu ni.

Balik umah MIL, malam tu encik Jack dengan MIL kecoh tengok bola. Bersemangat MIL aku tengok bola seyy.. Zaraa ketakutan tengok MIL aku menjerit GOL... Hahahaha... Terperanjat tengok nenek dia naik syeh kan... Habis ayu MIL aku selaku mantan ustazah kampung Apal... Hahahaha...

Aku tido awal dengan anak-anak. Tak tahu pun sape menang sape kalah. Kul berapa diorang masuk tido pun aku tak sedar. Bola atau tido. Baik tido lah. Sebab tengok bola pun aku tak paham apa. Baiklah aku tido. Sebab aku paham tido itu sedap.

No comments: