Dark Fellows

Get My Updates By Email

Saturday, October 6, 2012

#937 Me Vs The Happy Lil Dragons

Sepanjang Puan Menteri ada kat sini I noticed that my kids ni keje diorang asyik nganga je. Specially yang kecik tu. Petai pun buh dalam mulut jugak. Memang seronok la tengok dia enjoy her food to the blast. Adam pun, time nak pegi sekolah, time balik sekolah, minum petang, makan malam semua makan makanan yang mamatuk dia bawak. Boringnya dok Penang. Nak cari ikan kering sedap pun payah. Kenapalah bab makanan ni, orang utara tak kreatif macam orang pantai timur. Nak balik Kelantan!!!
 
Zaraa makin berat skang. Lengan pun macam archer dah aku tengok. Susu memang kerap dan banyak la skali minum. Kalu semua anak-anak aku macam ni sepanjang zaman kan best. Hoho. Culture shock jugak aku mula-mula Zaraa ni naik syeh nak makan. Sebab most of the time in a day nak kena spend untuk suap dia kan ;p Time Puan Menteri ada ni memang kesempatan diguna beliau bersungguh-sungguh menyuap cucu-cucunya. Sampaikan Zaraa sendawa pun dah lain macam sound efek yang keluar. Dia punya echo macam anak naga sendawa. Sungguh! Lepas makan or minum, memang sendawa besar-besar 3,4 kali. Payah benar sebelum ni nak keluar sound efek macam ni. Happy Puan Menteri tengok cucu-cucu dia makan banyak. Adam tu tiap hari order nak makan donat. Memang donat frozen yang Puan Menteri bawak gebu-gebu. To Kelantanese, sila beli donat frozen kat Umi Mini Market ye. Memang berbaloi.
Kelmarin Puan Menteri dah balik KB. Tertinggal henpon pulak dah. Bila la Puan Menteri ni nak hire PA. Dah huru hara benar hidup dia aku tengok ;p Budak 2 orang ni kembali meneruskan hari-hari tanpa Puan Menteri kat sini. Sejak Puan Menteri balik ni, semua orang kelaparan kat umah ni. Haha... Pemalas benaran!  Makan cincai-cincai je la. Stok frozen food pun tinggal roti canai je. Karipap, sardin roll dah habis. Kat Tesco bukan takde. Ada je. Tapi inti pedas nak mampos budak mana buleh makan. Bencik. 
Oh hey, gambar kelas Adam dah siap. Hihi... Canggih gambar budak-budak sekolah sekarang. Zaman aku dulu tadika ambik gambar belakang blok akademik je. Zaman skang ni, semua pakai edit. Ko nak background kat mana? Atas gunung? Atas pokok? Dalam istana? Tepi rak buku library? Semua main photoshop aje kan. Nanti aku upload dalam next entry je la gambar Adam tu. Belum snap lagi. Cikgu tak bagi CD copy gambar. Nak tepek sini kena snap bodo dulu la baru upload... Sila bersabar ye sanak saudara. 
Oh boringlah Puan Menteri dah takde ni. Tatau nak suap apa kat bebudak ni. Apa yang aku suap kat diorang rasa tak semenarik macam yang Puan Menteri buat. Kelapa muda yang dia bawak ada lagi sebijik ni. Nak sembelih dengan apa tatau.

2 comments:

Anonymous said...

hahahhahahhaha gelok gilo baca pasal mczara! hahahahhahah best la dio suko makei..mu keno la suap2 sokmo..
eh peti sejuk tu keno tukar baru doh la..since u kenot drive..kena la stok makene ..beli cukup2 ni susoh la..
kalu dekat idh give u my fridge yg gabn tu..brand new lg..and i take yrs..kiro swap..

duk 4 ore peti halus..uhh me pulok peti gaban besar harharharhar

eh gambar adam koho kure lonih! buh la byk2 gambar adam...
leh buat ilang rindu ko adam..
next week me blk kb..the following pun blk kb..huhuhu kenot go penang..lil lilo pun tak dan nok jupo lg..aiyaaaaak
-kakak-

Hasnor said...

hihi comey..bulat getey budok tino :)
sedak molek dih nenek ado gak..memey non stop laa duk ngango mulut..
:)

*byk lg entry mung aku nk kene qadha nih..hihi