Dark Fellows

Get My Updates By Email

Tuesday, October 9, 2012

#938 Me Vs Cerita Pasal Semua

Lawa tak croczilla Zaraa? *wink Wakakaka... Asyik pakaikan prewalking shoes je kan. Orang dah lama  buleh berlari. Nak bawak jalan-jalan atas jalan tar memang tak seswai la (prewalking shoes tu la). Sebelum ni tiap kali aku turun jemur kain, Zaraa mesti curi pakai selipar Adam. Time tuan takde takpe la buleh konker. Time tuan dia ada mana buleh berani-berani sentuh. So I thought, it's time to buy her a pair of her own. Kalu buleh yang slip thru la.

Masa pegi pasar baru ni tengok ada orang jual. Nasib baik dah hafal saiz. Saiz 21 ye sanak sedara kalu nak belikan ;p Itu ngam-ngam lah. Suka benar dia ada footwear sendiri ni. (oh btw, Adam sangat jeles adik dapat selipar baru. Huk aloh, dia dah ada banyak pasang dah. Salah satu pasang tu, Bos IBM belikan. Ada sepasang tu je available dalam satu KL/Selangor. Bertuah tak dia) Dah ada croc ni, baru best bawak Zaraa jalan-jalan. Pakai selipar orang ni asyik tersadung je kan..
Ini kejadian pagi tadi. Blog Diva baik hati masak-masak bekpes. Ye, Blog Diva sangat malas. Hari ni terajin sebab tadi bangkit awal. Sempat la masak-masak. Selalunya, kalu aku sempat masak pun, encik Jack turun lambat, dah lewat tak sempat nak makan jugak. Hihi alasan. Ye lah. Surirumah pun deserve untuk malas-malas jugak. Adam sejak tak minum botol ni, pagi-pagi sebelum pegi sekolah ada lah jugak da request nak makan roti bakar cicah susu manis. Balik sekolah ikut mood kekadang tak makan nasik. Tapi dia makan jugak la roti. Aku no hal. Asal makan.
Sorry jie, aku tak sabar nak story pasal pokok bunga aku. Ini sebahagian je dari semua tanaman yang ada kat sorga aku ni. Pokok yang rendam dalam air tu lain kali la story ye. Sejak musim hujan melanda ni, suhu kat negara aku duduk sini ni dah macam kat Alps. Maka bersuburlah semua tanaman aku (kecuali pokok markisa sebab tanah dah tak cukup, akar pokok dah tak tahu nak bertumbuh ke mana menyebabkan pokok tu terhenti pemanjatannya) Skang ni suka hati bila turun jemur kain/ angkat kain tengok pokok-pokok hijau subur je. Tapi hydrange aku ni terlalu lah subur daun-daunnya. Bila la nak berbunga lagi. Puas dah aku kasi baja 2 minggu sekali. Ada sesape yang pakar pasal pokok siti zubaidah/ pokok kembang 3 bulan ni tak? Cane ek nak kasi dia keluar bunga? Makin meninggi je. Berbunga tidak.
Today
Previously-masa baru lepas beli
As been promised, here's Adam school picture. Hihi. Dia selalu pelik-pelik kalu time orang nak ambik gambar. Family portrait time raya pun camtu jugak. Budak pompuan yang paling kanan sekali tu nama dia Cik Ana... Wakakka... Klasik betul. Yang kedua dari kanan tu nama Amni. Buleh masuk list bakal menantu. Lulus bergaya. Yang lain-lain tatau nama sebab bila tanya Adam, dia sendiri pun malu-malu nak reveal kawan-kawan dia. Apo la.

10 comments:

raudhah sutrisno said...

Waaa! Ada hydrangea kat rumah kamu?? Jeles!! Saya pun teringin nak tanam tapi i guess my hands ni fail la bab tanam pokok bunga..(tanam bawang je yg idup..) nnti nk p sungai buloh beli bunga lagi lah! haritu beli petunia, idup 2 minggu dan mati kering terus! huhuuuuu..
nnti share tips penjagaan bunga deh!=)

Blog Diva said...

raudhah:hahaha..takde tips pun. takat bela taruk air dengan baja je.. penah jugak tggl blk kg seminggu, dtg balik nasib baik ada nyawa lagi pokok2 ni ;p

kekadang time baik ati kat pokok hydrangea ni, i buh jugak kulit/kepala udang mentah2 tu.. time rajin la..

i ni takat nak suruh hidup je terer tanam pokok. yang patut berbuah, belum nampak hasil lagi ;p yang patut berbunga pun, takat beli aritu je la yang memang tengah berbunga. lepas kering bunga tu, tak nampak tanda nak berbunga lagi... ayyyaaa... subur daun je. ada gak baca dalam forum/blogs ramai yg komplen hydrangea diorg tanak berbunga sama kes macam kat umah i ni..hoho..

Anonymous said...

comei kasut zara! hahaah tp angry bird for gal? nvm la asal pink.

masok gapo bfst tu sedap nampak..bersugguh 2 ore tu makei..uhh make me hungry

this weekend nak balik new castle! lalalalallaa
-kakak-

Hasnor said...

omo! aku ado hydrangea plessstikk sahaja..huhu...comeyy!
x lamo lg tubik bunga la tuh :)

Blog Diva said...

hydrange plestik pun kekal berbunga sepanjang zaman.hok aku ni bilo la nok tubik bungo.subur daun sajo.kelih daun jah la aku tiap2 hari.huhu.

raudhah sutrisno said...

Ok la tu..hidup gak subur..tho bunga lom kuar..tu la, I baca pun kata susah sket cik hydrangea nk bunga kt malaysia sbb suhu kot..
Update terkini: pokok bawang pun dah mati..T_T..mcm ada serangga dlm tanah kot yg buat dia mati (alasan kan?!)..
Hope can visit ur taman one day! =)

Blog Diva said...

raudhah:eh, dalam pasu kat umah i ni pun byk semut tau. semut2 ni memang kacau jgk pertumbuhan akar pokok. (rasanya la ;p)

taman? alahai, takat 4,5 pasu tu bila la nak mencapai status taman hihi.

memang nyesal la pasang tiles penuh satu porch ni.kalu tinggal tanah sket tu, buleh la tanam pokok yang consume tanah dalam macam pokok buah markisa ni. tengok umah blakang tanam rumput kapet kat area tanah yang terhad tu rasa sangat jeles. hijaaaaaaaaauuuuu je nampak.

niSamiR said...

Amni tu mcm anak kawan aku je,,,Fullname dia gapo?kalu mak die doktor kerja kat kk seberang jaya, sah2 anak kawan aku..heheh

Blog Diva said...

nisa:hoho..tok tahu la.anok aku ni kalu tanyo psl kwn dia mana dia nak oyat. aritu aku napok ayoh amni jah.. mu tanyo saing mu la..hihi

niSamiR said...

haah la weh..confirm anak saing akuuu...silap dio bukey kijo kat kk seberang jaya..kat kk lain laa..hoho..btw aku tunjuk dio blog mu ni..dio kato dio kenal adam danish tuhh..hehe