Dark Fellows

Get My Updates By Email

Thursday, October 11, 2012

#939 Me Vs Aku Rajin Hari Ini

Lepas habis marathon kdrama ni, tengah free la kononnya. Hari ni datang syeh spring cleaning peringkat bawah. Dah lama tak spring clean umah. Tadi cuci curtain bilik bibik tu, tukar all the beddings, vakum habuk (sisa habuk pasang siling kapur dengan cornice aritu pun ada lagi), vakum kapet, kait sawang (crucial), cuci kipas (hewhew hitamnya habuk. Sebenarnya tak payah cuci pun takpe sebab memang kipas aku warna hitam pun) Haha. Lepas voom sana sini, siap buleh lepak sambil pandang hasil titik peluh aku yang berkilauan lagi. Si Zaraa kul 9.30 baru bangun. Sungguh aku enjoy time dia bangun lambat ni. Puas hati buat keje takde orang kacau.
Search: F-O-O-D
<Selingan:> Rare pulak aku tengok budak ni bukak saji. Kesnya, zaman Adam dulu umah aku mana ada tudung saji pon! Ni tudung saji pertama ku dia rumah baru. Kahkah. Kalu ada pun dulu, Adam bukan jenis suka makan. Sure tak bukak jugak kan saji. Macam tu lah Zaraa berdiri every meal time kitorang. Memang kat situlah sampai orang habis makan. Adam dulu mana buleh dok macam ni. (memang dulu kitorang makan kat meja jepun kat bawah, jarang makan kat meja makan camni) Kalu makan kat memana pun, mana lah si Adam tu lekat lama kat kerusi. Zaraa ni lain la. Sebab dia suka makan. Ngehngeh. Pantang tengok orang makan-makan kat meja makan kalu tak angkat dia, memang bising la suruh orang letak dia kat kerusi. Nak jugak join skali tu. Sepah je lebih. Yang makan, mungkin suku dari yang dia sepahkan. Kat kerusi meja makan aku, memang bertempek-tempek la nasi kering yang dia makan. Nasib baik guna meja makan 100% kayu. Kalu fabrik seat la, adoyai.... Nanges la.
Result: Not Found
<kembali ke cite tadi>Masuk bulan ke-10 lepas pindah umah baru ni, aku dah start berperang dengan sawang. Awal-awal aritu rilek je kan umah baru le katakan. Lelabah pun tak kenal lagi umah ni. Skang ni dah start rasa sisi kurang indah dok umah besar. I mean, rumah yang paling besar la daripada umah-umah yang pernah aku sewa sebelum ni.

Dok kondo dulu, umah besar lubang idung je bak kata kakak ipar aku. Memang besar lubang idung pun. Lemas la hai kalu tetamu datang lebih 3 orang. Dengar orang calling-calling cakap nak datang umah pun dah ketar lutut. Kalu buleh tak nak bagi orang datang. Hihi. Now, umah sendiri ni besar la sket. Tanggungjawab pun makin la berganda. Kalu dulu mengemop sekengkeng kera je, skang ni sekengkeng zirafah. Anak pun dah 2. Lagi la penat. 

Zaraa skang ni dah pandai bukak laci drawer kain baju dia yang bawah-bawah. Aku lipat simpan elok-elok, dia pegi tarik kain baju bawak depan tv konon-konon nak lipat la. Memang ajuk sebijik-sebijik cara aku kebas nak lipat kain tu. Ewah. Seronok kirai kain baju yang dah siap lipat ye. Belum campur yang dia sepahkan periuk belanga, kain lap kaki, (kain lap kaki kat dapur buleh sampai ke pintu depan dia heret nak lipat), toys, kusyen sofa etc. Time makan, memang nak duduk sama rendah la kat meja makan. Tangan kiri kanan tak dok diam ceduk itu, ramas ini. Dalam pinggan aku skang ada dua tangan. ;p Tangan aku. Tangan dia. Itu pinggan aku. Pinggan lauk kekadang ada tangan dia dua-dua kiri kanan. Berkuah pulak tu. Kawai tak. Waktu makan yang menyesakkan jiwa!
Tido 3 Beradik ;p
Cikgu Adam cakap minggu depan dia exam. Hehe. Tatau nak ajar dia revise apa. Ingat aku zaman sekolah rendah dulu pun tatau nak study apa jugak. Paling-paling pun Alam Dan Manusia je la sebab banyak kena hafal. Yang lain BM, BI, Maths alah bisa tegal biasa je. Kali ni sebagai mak orang, aku rasa kompiden sikit anak nak exam. Exam first tengah tahun aritu kan dia tak nak menulis lagi sampai cikgu kena tolong sama-sama pegang pensel tu baru terhasil jawapan kat kertas ujian ;p Kali ni kompiden la sebab dia dah tahu tulis ABC, 123 (aku pernah test dia suruh tulis nombor ratus-ratus pun dia buleh buat), baca syllable pendek-pendek pun dah buleh. Tak kisah la hafal pun. Janji, kitorang hantar dia pegi sekolah ada la jugak faedahnya.

Happy birthday encik Jack. Hadiah takde. Anggap la titik peluh isteri tercinta yang pulun membersih rumah umpama titisan emas yang berkilauan di segenap rumah sebagai hadiah harijadi yang ke-32. Kalu sambut harijadi dalam sawang, tak syok jugak kan. ;p Kek takde sebab birthday boy tak suka kek.

61 entries lagi...

4 comments:

mommynadia said...

Biar betul en jack 32 dah?dia bkn 81 ke?

Blog Diva said...

nadia:wakakaka....kantoi math blog diva!!! syhhhhhh!!!!!

MiJa said...

supo zakwan la..suka makan..tp berat makin turun,heran aku
pehs..baca entri mu ni buat aku mula terbayang rumah aku 3 level tu..huaaa!!!!!!!!

Blog Diva said...

mija:3 level? syabbas mera beta!selamat membibik la. ko mu memei pakai bibik?