Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 12, 2012

#940 Me Vs Adam Sakit Perut

12.30 semalam kitorang dah siap dressed up dah nak bawak Adam pegi kat Kecemasan Hospital Seberang Jaya. Tiba-tiba muntah 3 kali. Pastu dok nangis-nangis sambil guling-guling kat tilam cakap dia sakit perut. Pelik sebab kelmarin dia makan elok je. Lunch makan nasik dengan chicken soup, siap tambah lagi. Sebelum makan nasik, makan homemade waffle. Petang makan wafer, pastu mintak waffle lagi. Malam makan frozen roti canai cicah susu manis. Kul 9 dah tido sebab kelmarin satu hari tak tido siang tu. Sedar kul 11.30 tu terus lari muntah kat jamban. Drama berterusan sampai 12 lebih.
Aku serba tak kena. Cuak pulak kot-kot dia appendik ke apa. Takot sey. Adik ipar kusayang tu baru je lepas operate apendik pecah. Trauma aku. Tu siap gaduh-gadih manja dengan birthday boy semalam tu suruh dia bawak Adam pegi hospital. Kang kalu apa-apa jadi, menyesal tak sudah pulak. Pegi je la ye dak. Aku dengan encik Jack sama-sama bukan doktor. Apa-apa hal pun kalu rujuk spital, ada la hitam putih daripada dok umah serba tak kena kesian tengok dia guling kiri kanan dok tekan perut.

Tengah dok bersiap cari mykid dia sambil packing susu pampers Zaraa, dah siap angkat pun Zaraa yang tengah lena tido nak pegi hospital la kan kononnya, dan-dan tu jugak Adam ok. Buleh cakap macam biasa. Buleh bangun. Intonasi pun dah ceria. Kensel pegi hospital. Naik balik masuk bilik, dia start sakit perut balik. Haiyark... Driver dah tukar baju naik katil dah. Cemano? Sakit Adam ni on off. Lama jugak la dia takleh tido dok pusing kiri kanan. Nak pegi hospital malas dah. Main sapu minyak angin je la, urut setakat yang boleh. Sejam lebih kot Adam dok camtu. Last-last tertido jugak. Aku pun terlena dengan seluar jeans sampai ke pagi. 
Bangun pagi ni, sambung lagi muntah ngan sakit perut. Semalam bagi ubat minum air terus muntah. Masuk apa pun muntah. Tapi dia tak demam. Kena pegi Klinik jugak la hari ni. Kesian dia menanggung sakit sorang-sorang. Pagi ni pun sakit on off jugak. Tak penah dia sakit perut macam ni. Kul 10, encik Jack balik kutip kitorang pegi klinik. Ramai ya ampun penuh klinik. Satu jam baru dapat turn. Doktor terlalulah prihatin gamaknya. Sampai turn Adam, doktor cek perut dia kata angin or salah makan. Bagi ubat 3 jenis. Balik klinik elok-elok pulak takde sakit perut ke apa. Cuma tu lah, dia takde appetite nak makan apa-apa. Trauma la kot takut muntah.
Budak picky eater ni kalu dan sakit, makin tak tahu nak bagi dia makan apa. Offer macam-macam pun dia tak nak. Huk aloh... Baru je dapat tengok dia makan berselera seminggu dua ni. Jadi camni la pulak.

3 comments:

zahira said...

Sian adam. Get well soon dear! Makin kurus la, huhuhu...

Blog Diva said...

kaklong:tu lah.doh la loni tok minum susu botol doh.pipi koho cekung.

Anonymous said...

he over ate la tu..b4 dio muntoh tu makei byk dooh..peghut terkejut..gastrik la tu..jangei heartburn la kesie
-kakak-