Dark Fellows

Get My Updates By Email

Monday, October 15, 2012

#941 Me Vs Pretzel Ganja

Googled
Aunty Anne taruk ganja ke dalam pretzel dia? Ketagih lain macam pulak aku rasa. Semenjak Adam tak sihat ni memang gigih la kitorang mencari makanan yang dia nak makan. Macam-macam la. Flavoured milk, fast food, pretzel, street food, etc. Punya la kan nak suruh dia makan. Mana tahan weh, tiap malam nangis kul 4 pagi berdrama sakit perut nak muntah, mintak sapu minyak angin. Siang hari tak nak makan. Zombie jugak la kitorang 2,3 hari sejak dia tak sihat ni. Bila makan, muntah. Kesian dia.

Sabtu tu sesambil keluar mencari kuda plastik kat Zaraa, melencong ke Jusco Perda. Beli terus pretzel 4 bijik. 3 cinnamon sugar, 1 parmesan cheese. Hajat di hati nak mencuba varies of flavour, tapi takut tak sedap pulak. Nak pegi beli pulak bukan dekat sangat dengan umah aku. Nasib baik time pegi orang tak ramai. Lepas je turn aku, queue panjang berjela. 

Tadi Adam balik sekolah aku suap nasik. Ye, kena suap baru dia makan. Lepas makan nasik, mintak reheat pretzel yang tinggal sebijik je lagi dalam fridge. Pulun la dia hari ni. Selera dah datang balik kot. Yay lah rasa. Tengok dia  makan, rasa terliur pulak aku. Hihi. Nak berebut pun, kesian pulak dia baru nak lalu makan hari ni. Encik Jack suggest aku google resipi aunty anne ni. Dah cari pun. Dah jumpa pun. Bila baca komen orang yang dah try, yang ada oven kecik macam kat umah aku ni, malas la pulak.. Haha.. Sebab jenuh la nak membakar sampai habis tu. Dah la tangan kecik banyak sekali di sekeliling aku. Nak tepis tangan budak lagi, nak uli tepung lagi. Haih. Conclusion: M-A-L-A-S! Tapi sekali beli pat belas ringgit buleh bengkrap tokei apa sekali pun.
Woh cakap pasal pretzel ni berair mulut aku. Heh heh. Tak boleh ingat la bau cinnamon sugar pretzel panas-panas tu. Nak-nak pulak tengah musim hujan ni. Sluuurrrppp!!!!! Apasal la kat Penang ni ada 3 cawangan je. Kat Sunway depan umah aku ni bila la nak bukak. Cheh. Dok Penang tekak mat saleh. Kalu kat kampung, hujan-hujan kucar-kacir cari goreng pisang. Omo! Wiken ni dah nak balik. Ai bercuti panjang uols. Dekat 2 minggu kot. Lalalalalala... Kat tuan hotel tak inform lagi nak check in. Suka hati je kan. 
Pipi Zaraa yang nampak macam nak kempis tu ada chan la kembung balik. Lalalalalala.... Berair mulut weh teringat goreng pisang nangka dengan goreng tapai ubi kayu tu.... Lambatnya nak balik... 
Balik, balik jugak. Minggu ni Adam exam kat sekolah dia. Nih jadual dia. Tak tahu nak ajar dia revise apa. Kita tunggu dah lihat aje lah. Hi hi. Chill la. Baru tadika. Wakakaka... Sangat la takde perancangan masa depan kan. Tengok Adam balik sekolah tadi rilek je dia. Tahu ke tak dia yang dalam kelas tadi tu dipanggil 'peperiksaan'. Jeles tengok Adam. Rilek je. No worry boundary.
Kelmarin jumpa tv bracket kat Tesco. RM48 je. Lupakan tv bracket kat Ikea yang RM99 itu! Sila dapatkan di Tesco ye incik-incik. Balik rumah encik Jack menggigihkan diri memasang tv kat dinding. Sebab drill set hak milik UiTM dah berminggu tersadai kat tangga ngehngeh Budak 2 beradik ni aku umpan tengok Upin Ipin kat laptop dalam bilik bibik. Selamat la diorang termakan umpan aku. Daddy buleh buat keje dengan aman. Mommy pun takde la stress tengok dusty footprints kat serata lantai kan sepanjang tunggu daddy nak siap pasang tu.
Zaraa skang ni liat betul nak kasi tido. Malam-malam tutup lampu pun, selagi tak terhantuk dinding tak meraung, memang tak tido. Bangun lambat pulak tu. Yang pompuan bangun lambat. Yang laki pulak, pantang orang bukak mata, dia pun sekaki la nak turun.

Nak tengok citer Korea apa pulak ek? Teringin nak tengok Ghost sebab baru ni tengok Guerilla Date dengan So Ji Sub sampai jem satu bandar. Punya la fanatik orang Korea ni kan bila nampak artis. Yang gred A la maksud aku. Tapi bila tengok review citer Ghost, macam takde gelenya-gelenya. Mana best. ;p Tapi orang kata citer tu best macam IRIS. Ok. Tapi IRIS banyak part gelenya-gelenya jugak Lee Byung Hun tu tua-tua pun.

Tolong suggestkan Blog Diva anyone?

Oh citer pasal citer korea ni kan, i met a friend from Indon. Mana lagi kalu bukan dalam fesbuk. Dia la add aku. Aku kan bajet diri hallyu star! Sama-sama minat kat satu hero baru Korea ni la. Muda 12 tahun dari aku. Finally I met someone yang berkongsi minat yang sama dengan aku. Surirumah bertemu college student.  Yang lawaknya, nak berkomunikasi kena guna English baru paham. Bila cakap melayu Malaysia/Indon, both parties terpinga-pinga. Nama je serumpun kan. It's good to get to know each other among the Joowonies fan all around the world. Baru tahu manusia ni bila fanatikkan satu-satu artis ni, memang sanggup buat macam-macam. Kita kat Malaysia ni takde la fanatik mana sangat. Budak ni panggil aku eonni. Daebak la sangat! Bila ada apa-apa news pasal chenta hati kami ni, pantas dia bagitau aku. Daebak, daebak.

Sape lagi nak add aku. Meh aku confirm.

5 comments:

zahira said...

RM48? Murah2! Semua size ado ko? Kitorang pun tgh carik bracket tv nak gantung. Nuha skrg dah pandai tarik sana sini. Memey kena gantung la tv.

Blog Diva said...

kaklong: xsure la saiz tu/tp fits well for our 42" tv. kitorang sbb adam dengan zaraa sokmo dok main gelek keta depan tv tu.pastu baru ni mama citer jiran dia kena angkut tv nipis siang-siang hari nyo wak lari kat orang. tu en jack ambik langkah drastik tepek tv dia kat dinding ;p

raudhah sutrisno said...

Saya paling suka chocolate mint!!
Nyommm!!

mommyNadia said...

Haha, patut kena beli groupon voucher pretzel aritu, 2 pretzel + 2 cheesehotdog tu baru RM13..waaaa!!!
Kita suka almond nye...huih terliuh jugak doh ni...

NAdia pun dah sakut tv jugak, si Ryan duk pusing 180deg je keje,serabut..
Ingat nak beli hak biasa2 jugak, buleh ke Harith nak peseng gini lah gitulah..last2 beli IKEA hak tepek tapi still buleh pusing kiri kanan..susah lah weh,engineer tak boleh hak stick tak gerak gtu!!

Dira said...

wahh..i minat GHOST u...
sebab all the hacking is true and i penah belajar 1 daripadanya dulu..sekarang dah kembali buta IT.
http://whatever-ville.blogspot.com/2012/10/vitamin-hot-selling-kembali-lagi.html