Dark Fellows

Get My Updates By Email

Friday, October 19, 2012

#942 Me Vs Hujan Bom Isnin Ini

Esok nak balik kampung straight sampai raya. Bukan sakan nak beraya haji sangat sampai cuti seminggu ni. Aku ada urusan Isnin ni kat Kota Bharu. Aku jangkakan KB akan hujan bom pada hari itu. Pada sesiapa yang tinggal dalam radius rumah Puan Menteri, berwaspadalah mungkin saje bom akan luruh bertaburan dari langit Baung Bayam. Cikgi Diva, kalu buleh cokeh umoh Jalan Bayam mu tu, silalah berbuat demikian. That's the price you have to pay sebab dok dekat umoh Blog Diva ;p
This Monday's 'meeting' buat kami semua resah gelisah. Doakan saje semua baik-baik dan tiada yang buruk dan menyesakkan dada yang bakalan timbul. Derita kami mendarah tinggi seminggu dua ni harapnya tidaklah berlanjutan sampai ke Isnin ini. Kadang-kadang terfikir jugak aku, macam mana lah orang yang dah mati buleh tinggal sebegitu banyak masalah terhadap orang yang masih hidup ni. Bukan takat time hidup je menjadi dugaan bagi orang sekeliling. Mengeluh. Jawapan yang aku dapat tak lain tak bukan sebab Allah nak uji kitorang setakat mana kesabaran kitorang. Oh cakap memang senang. Time nak marah naik darah sampai tak lalu nak makan. Drama demi drama. We are sick of it.
Isnin ni kalu meeting tertunda lagi sebab hal-hal yang remeh-temeh, aku tak tahu la nak bayangkan macam mana overratednya kitorang. Massace? Mahu saje aku jadikan Pasir Mas itu padang jarak padang tekukur. But that kind of punishment is just too easy for them. Oh sedihnya sampai bila la nak tengok drama lintah macam ni. Letih la.
Oh tukar mood. Malas nak bayangkan kalu tak jadi Isnin ni. Plan kemudian la nak mengamuk cemana. Now kita chill-chill dulu.. Encik Jack dah roll out menu dia nak makan kat KB nanti. Oh seminggu kat KB... Jadual ganti posa aku dah punah ranah makin lama ni. Memang lain la rasa ganti posa zaman muda remaja dulu dengan tak muda remaja sekarang ni. Ganti sehari dah lemah longlai body. Hoi ketahanan tubuh dah makin menghampiri sifar. Umur makin banyak ni makin letih la. Nak tunggu time bukak posa tu dah gaya budak umur 5 tahun  baru belajar posa letihnya. Tak bermaya je. Padahal dah makan madu, vitamin, kurma bagai. Lamanya tak mengurut... 
Life as a housewife macam biasa lah. Susah senang tanggung sendiri. Susah housewife, cara housewife. Susah orang keje, cara orang keje. Bosanlah entry hari ni. Kan?!

5 comments:

mommyNadia said...

tengok cite ape cek mek zaraa tu..nyenggeng molek lah dia nyer ;)

Blog Diva said...

nadia, citer tak seberapa, mommy yang exaggerated ambik gambar ;p!

Anonymous said...

nyenggeng molek mek halus tuh duh atah kusi dio! hahahahhaha so cute..cito gapo dio minta tu?
-kakak-

Cikgi Diva :-) said...

rumoh aku soghe jah ko dale mukim yg sama nga mung...hehe nk tgk rupo bom tuh

Angela said...

Your children are adorable.
Eid Mubarek, I live in Dubai, United Arab Emirates for the last 30 years.
I hope you and your family are enjoining the Holiday.
Best Wishes,
Angela.